Dalam artikel tersebut beliau ada menyatakan kajian melalui gambar yang dibuat dari hasil tangkapan sebelum itu menunjukkan ianya adalah spesis Chicla Ocellaris. Hujah saudara Tan SG ini dikuatkan lagi dengan bantuan dari Pakar dari USA iaitu Professor Emeritus, Boca Raton Walters R. Courtenay, Jr., Ph.D., of Florida Atlantic University yang juga merupakan Sukarelawan di USGS Florida Integrated Science Center.
Jadi, apakah spesis yang banyak terdapat di perairan di Malaysia ini? Adakan Monoculus atau Ocellaris. Mari kita recall balik posting teman sebelum ini tentang spesis spesis peacock bass.
Bagi spesis monoculus pula, garis menegak yang terdapat di badannya tidak panjang dan tidak melepasi garis panjang melintang yang bermula dari sirip Pectoral. Dibahagian Operculum (pipi) juga tidak terdapat tanda berwarna hitam. Ia akan menjadi warna yang sangat cantik iaitu warna kemerah merahan di bahagian bawah rahang apabila bertelur dan untuk spesimen yang besar akan terdapat garis occipital (di bahagian kepala).
2. Cichla Ocellaris
Spesis ini juga dikenali dengan nama 'butterfly' di Florida dan beratnya juga boleh mencapai sehingga 12Lbs. Cichla Ocellaris ini mempunyai garis menegak pendek dan kadang kadang mempunyai satu bintik ocellum yang berbeza di bawah sirip dorsal kedua. Spesis ini juga tidak mempunyai tanda hitam di bahagian operculum (pipi).
Apakah peratusan spesis ini di perairan Malaysia? Kajian yang menyeluruh perlu dilakukan seperti mengambil sampel dari pelbagai tempat, jumlah sampel, saiz sampel, tempoh kajian dan sebagainya.
Apa pula pendapat saudara saudari sekalian?yang mana anda rasa spesis yang banyak terdapat di Malaysia pada waktu ini?
P/s:info tentang peacock bass ini teman rujuk pada website Acuteangling.
No comments:
Post a Comment