Followers

Tuesday, 3 July 2012

Laporan Trip Hampala 1 Julai 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog teman ni. Kali ni teman nak buat laporan sedikit tentang trip teman pada 1 Julai yang lalu. Teman pulang ke kampung halaman pada miggu tersebut, tetapi sahabat baik teman si Ayoi pula tak balik. Nampaknya tiada harapan nak masuk ke AK. Tapi teman tetap juga melepaskan gian mengilat teman di sungai berhampiran rumah teman, layan Hampala pun jadila. Teman pergi ke spot sama teman pergi pada trip yang sebelum ini.

Air sungai pada hari itu juga jernih, macam ada harapan je nak dapat hampala. Setiba di lokasi teman tak buang masa terus memasang gewang dan mula mengilat. Dari gewang popper, teman tukar ke minnow. Lepas tu tukar kepada gewang sesudu masih juga tiada sambutan. Teman beralih port sedikit kehilir. Kali ini teman menggunakan gewang minnow Abu Garcia Tormentor yang dah lama tak beraksi. Balingan pertama ke reba teman terus mendapat sambutan dari pemangsa. Tak sampai 5 saat mangsa sudah berada diatas daratan hehe. Jadila tak besar mana.


Gambar mangsa dengan set yang teman gunakan untuk mengilat. Tali tu teman baru tukar, teman masukan tali Tuffline xp 10lb. Lepas sesi bergambar macam biasa teman lepaskan semula ke dalam sungai. Semoga ketemu lagi hehe.


Lepas teman dapat sekor ni, dah tiada lagi sambutan sampai ke sudah. Beberapa kali tukar spot namun keputusan tetap hampa. Hari pun dah masuk waktu tengahari dan panas. Apa lagi teman buat keputusan untuk berangkat pulang. Takpa, lain kali boleh datang lagi, dekat je dengan rumah teman hehe.

14 comments:

  1. Fishing very great activity, keep going...

    http://hypnosis-sehat.info

    ReplyDelete
  2. Saya menyebutnya ikan "Jurung" sulit di pancing, populasinya pun amat sedikit.....
    Hobby mancing ya.... Hmmm :D

    ReplyDelete
  3. tangkap lepas..tangkap lepas...gitu ya? Peace.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup..untuk kesinambungan masa hadapan :)

      Delete
  4. Untung lah bro..rumah pun dekat dengan lokasi / port sebarau...orang lain terpaksa memandu berjam2 semata-mata nak sampai ke port tu...tapi CNR technic tu yang kawan respect tu...teruskan usaha murni bro tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la bro, buat lepas gian kalau tak dapat casting peacock. Skrg ni sungai dekat rumah saya dah susah nak dapat yang saiz2 monster. dapat sedap2 layan dah kira syukur la.

      Delete
  5. Abg tumpang tanya `mengilat' itu aper yer ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengilat tu salah satu teknik yang ada dalam dunia pancing ni. Kalau dalam bahasa omputihnye dipanggil Casting. kebanyakan aktiviti mengilat ni menggunakan umpan tiruan yang dipanggil gewang.

      Delete
  6. dpt tangkap seekor pon dh puas hati ok :)

    ReplyDelete
  7. Mau Tahu , Tutorial Blog2 terbaru untuk gratis
    Klik Disini

    ReplyDelete
  8. hantar sini sikit ikan heheee

    ReplyDelete
  9. byk nya ikan..boleh jadi lauk buka puasa nnti nie..hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...