Followers

Monday, 3 September 2012

Laporan Trip Peacock Bass 25hb Ogos 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog teman. Minta maaf kerana sudah lama tiada laporan dari teman. Maklum ler sibuk dengan kerja dan sibuk menyambut Hari Raya yang tak habis lagi ni hehe. Alkisah teman nak kongsi sikit laporan trip teman minggu lepas semasa teman pulang ke kampung teman di Bidor. Teman dapat sedikit info dari sahabat baik teman bahawa ada toman baru ditemui tapi spot tu bertuan. Teman ni yang takde buat ape2 haritu terus ke lokasi seorang diri memandangkan tiada kawan2 lain yang boleh diajak bersama.

Setiba nye dilokasi yang dinyatakan oleh sahabat teman, memang benar lombong tu bertuan, betul2 dibelakang rumah tuannye. Teman parking motor teman betul2 di tepi lombong berkenaan dan mula meninjau kawasan sekitar. Memang benar terdapat beberapa kumpulanibu toman sedang membawa anak2 nye di permukaan air. Toman2 bujang juga ada juga timbul tetapi tak banyak. Apa lagi teman terus memasang gewang Lucky Craft Gunfish 95 laser clear ghost peberet teman tu. Timbul je toman dipermukaan terus teman baling ke sasaran. Tepat ke sasaran tapi tiada sambutan pulak..haihh. Makin lama makin jauh kumpulan anak2 toman tu ketengah lombong. Nampaknye teman terpaksa meredah hutan sikit untuk supaya boleh pergi lebih dekat dengan kumpulan anak2 toman tersebut. Walapun dah tiba di spot yang mudah untuk melempar gewang, namun masih tiada sambutan dari mama toman. Kelibat nye teman boleh nampak, tapi teman tidak tahu mengapa mama toman tersebut tiada nafsu untuk menyambar gewang teman. Sudah bermacam macam gewang teman tukar, namun tidak berhasil.

Sedang teman termanggu mangu berfikir ape nak buat dengan kumpulan toman tersebut teman terlihat ada riak anak2 ikan disambar dicelah2 samai. Mungkin kerja toman bujang agaknya, terus teman lontar gewang ke sasaran. Sebaik jatuh sahaja gewang ke permukaan air, terus dihambur oleh pemangsa. Lenturan rod teman yang kuat itu menguatkan lagi tekaan teman yang menyambar itu adalah toman bujang. Tapi ternyata sangkaan teman tu meleset apabila pemangsa membuat aksi akrobatik diatas permukan air berkali kali. Rupa rupanya ikan Peacock Bass yang menyergap gewang Gunfish 95 teman tu. Agak kasar juga kerana hampir 5-6 kali pemangsa tersebut cuba melarikan diri ke dalam samai2 tebal. Nasib menyebelahi teman kerana berjaya mendaratkan pemangsa tersebut.


Gambar diatas adalah hasil yang teman dapat, agak kasar juga kerana mencecah 42cm. Selepas menganmbil ukuran dan gambar teman lepaskan semula ke dalam air. Ada jugak Peacock Bass di lokasi ini. Teman cuba tukar gewang minnow kecil untuk menduga banyak mana Peacock terdapat di lokasi ini. Lontaran dibuat, memang banyak juga peacock2 juvenil mengejar gewang. Selepas tiada sambutan lagi dari Peacock mega, teman kembai kerancangan asal iaitu memburu kumpulan toman2 tadi.

Memang tiada rezeki teman untuk mendaratkan toman hari itu, naik panjang tangan teman melontar gewang dan mengah2 mengejar kumpulan toman tersebut namun tak berhasil. Jam dah menunjukan pukul 10pagi dan matahari pun dah naik..teman pun kemas2 dan beransur pulang. Tengahari nak pergi kenduri kahwin tok sedara teman lagi. Lain kali boleh datang lagi ke lokasi ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...