Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Teman nak cerita sikit pasal minggu lepas, tapi bukan cerita pasal trip sebab teman tak balik ke ke kampung mase cuti raye haji sudah. Ceritanya teman takde kerja punya pasal teman telah design satu gambar untuk dibuat baju. Dah lame teman nak buat baju ni cuma takde kesempatan. Ape ape pun ni design teman yang simple hehe. Teman buat ni saja suka suka takde niat pun untuk nak buat jual.
Setelah siap teman design corak teman terus ke kedai yang boleh print baju ni. Kedai ni boleh buat baju sehelai kalau mahu, kebiasaanya kalau kedai2 lain ada tempahan minimum kalau nak print baju ni. Cuma buat sehelai ni lebih mahal la daripada tempah banyak2 ni.
Ini la cubaan teman yang pertama. Teknik Iron On digunakan untuk baju ini. Tak tahu macam mana ketahanan die kalau dibasuh. Ape ape pun teman cuba dulu, tu sebab teman tak berani nak buatkan untuk kawan2 teman yang lain. Rosak nanti naya je teman :)
Oh ya, harga sehelai baju ni teman terpaksa bayar RM49! hehe.. Teman tak kisah itu semua janji teman puas hati.
kalau ok bgtau renjer :) nak wat baju macam tu jugak :P
ReplyDeletekena rendam air suam klu x silap nak kasi tahan.. rasanya boleh beli kertas khas tu dan print sendiri, kemudian kita iron.. teringat kecik2 dlu iron baju bubuh gambo kartun gila-gila.(dpt percuma masa beli majala tu)
ReplyDelete