Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Entry kali ini teman nak buat sedikit laporan trip Peacock Bass teman bersama sama rakan teman pada 19 & 20hb haritu. Alkisahnye minggu lepas ada kenduri kawen sepupu teman di Temoh, jadi dah dekat sangat dah le tu hehe. Trip ni dijalankan di sekitar Temoh,Sg. Lesong, Malim Nawar dan Kota Bharu, Gopeng.Teman dan rakan rakan teman bercadang hendak ke lokasi lokasi lama yang telah kami tidak pergi di sekitar Temoh.
Peacock Bass pertama teman di Lokasi lama yang telah lama tidak dijenguk disekitar Temoh. Pada mulanya teman menggunakan gewang permukaan seperti popper dan pensil tetapi tidak mendapat sambutan. Teman tukar kepada minnow pula dan hasilnya sepeti gambar diatas menggunakan minnow Smith DD Panish kegemaran teman hehe.
Peacock Bass juvenil merupakan hasil kedua yang teman dapat tetapi foul hook kena dibawah badan ikan tersebut. Juga dengan gewang Smith DD Panish.
Selepas itu tiada sambutan lagi dan teman membuat keputusan untuk mengubah ke lokasi lain. Ketika itu hujan dah mula turun rintik rintik namun teman tetap teruskan juga perjalanan ke lokasi kedua.
Satu satunya ikan Peacock Bass yang teman dapat dilokasi kedua, masih juvenil lagi dengan menggunakan gewang paling berkesan kegemaran teman iaitu Bassday Sugar 65 minnow.
Selepas itu hujan mula turun dengan lebat danteman terus beredar memandangkan waktu Maghrib juga semakin hampir.
Antara hasil lain yang rakan teman dapat di sekitar temoh pada hari sabtu lepas. Teman tidak pasti minnow apakah yang rakan teman gunakan untuk menjerat Peacok Bass tersebut.
Pada keesokkan paginya hari Ahad teman dan rakan baik teman Ayoi telah bergerak ke lokasi seawal pagi dan singgah sarapan di sebuah kedai lama di Sg. Lesong. Dahulu apabila hendak masuk ke Air Kuning mesti singgah ke kedai tersebut. Setelah sekian lama tidak datang, ternyata makcik kedai tu masih ingat pada teman dan rakan teman :). Setelah selesai sarapan kami terus bergerak ke lokasi.
Lokasi pertama air lombongnya naik agak tinggi dan tiada hasil yang boleh diambil gambarnya. Semua Peacock Bass yang teman dan rakan teman dapat kecil kecil belaka. Lantas kami terus mengubah ke lokasi lain juga lokasi yang telah lama tidak dikunjungi. Ternyata hari kami tidak begitu baik kerana turut mendapat hasil yang sangat kecil tetapi banyak.
Terus datang idea gila untuk ke Kota Bharu, Gopeng dengan harapan dapat menjinakkan monster Peacock Bass. Namun setiba sahaja di lokasi, harapan tidak menjadi kenyataan kerana lokasi telah dijadikan tempat mandi pekebun cina di sana. Dalam perjalanan ke lokasi lain ternampak dengan sekumpulan caster yang tidak tahu dari mana asal sedang casting beramai ramai di salah sebuag lombong itik di Kota Bharu tersebut.
Kami pun terus menuju ke lokasi terakhir kami di Malim Nawar. Juga lokasi lama yang tidak dijengah oleh teman dan rakan teman. Setiba di lokasi teman perasan lombong yang dahulunya besar telah menjadi kecil akibat aktiviti perlombongan yang dijalankan di situ. Nampak seperti tiada harapan untuk menaikkan Peacock Bass, tetapi alang alang dah sampai kami cuba juga mengilat di lombong tersebut.
Rupa rupanya ada juga sambutan dari Peacock Bass tetapi tidaklah sebesar mana. Dengan menggunakan gewang baru iaitu Payo Black Swan Bent minnow. Nampaknya dah hanyir gewang baru teman ni :)
Peacock Bass kedua juga menggunakan gewang yang sama. Dan selepas itu naikkan saiz yang sama menyebabkan teman malas nak ambil gambar. Peacock Bass di lombong itu ternyata frenzy tetapi semua saiz kecil kecil belaka.
Masuk sahaja jam 1 Tengahari dah mula terasa panasnya dan kami membuat keputusan untuk pulang sahaja. Mungkin tida rezeki kami pada hari itu untuk menaikkan monster Peacock Bass. Akan dicuba lagi pada lain kali.
http://www.facebook.com/pages/Memerang-Gopeng-Sportfishing/163175147093918...casting PB,Sebarau dan Tengas..
ReplyDelete