Assalamualaikum dan selamat sejahtera teman ucapkan kepada pembaca blog teman ni. Entri kali ni teman nak cerita mengenai trip teman ke Sungai Bidor. Trip ni teman hanya seorang diri je ada hehe. Kisahnya begini, plan asal teman nak masuk ke Air Kuning bersama sahabat baik teman si Ayoi tu pada hari Ahad, tapi tak kesampaian apabila anak kecil teman tu tidak sihat dan perlu dibawa ke Klinik. Jadi teman batalkan trip teman ke Ak tu. Tapi sahabat teman si Ayoi tu tetap pergi ke Ak bersama seorang lagi sahabat teman yang lain, dia ada datang singgah kat rumah teman seawal pagi untuk meminjam pita ukur teman tu. Lebih kurang pukul 9 pagi lepas balik dari klinik teman tak tau nak buat ape, jadi teman plan nak turun sungai berdekatan dengan rumah teman mencari Hampala (sebarau) untuk mengubat tangan yang gigil ni akibat tak dapat pergi mengilat di AK. Lebih kurang 10 minit dengan menaiki motorsikal cabuk teman tu pun sampai ke lokasi. Spot teman pegi tu boleh masuk dengan motorsikal sahaja dan boleh parking terus dekat gigi air hehe.
Nampaknya air sungai sangat jernih, peluang nak dapatkan sebarau macam cerah bisik hati teman. Tanpa buang masa teman terus pasang gewang popper Sugoi Splash dan terus mengilat. Hampir 10 minit masih sunyi tiada sergapan dari pemangsa sungai ni. Teman tukar pula kepada Jig Ringan jenama Matrix. Jig tersebut teman dah ubahsuai sikit. Lontaran terus dibuat di belakang perdu buluh yang jatuh ke dalam air. Balingan Kedua teman terus mendapat sergapan dari pemangsa. Dari jauh dapat lihat kelibat pemangsa yang kecil tu. Terus teman tarik sampai ke darat hehe.
Gambar pemangsa yang telah tewas dengan Jig yang telah diubahsuai oleh teman ni. Lepas ambil gambar teman terus lepaskan semula ke habiat asalnye.
Teman memang amalkan Tangkap dan Lepas (C&R). Tak kira apa jenis ikan sume teman amalkan CNR baik Peacock Bass mahupun Toman. Tak kira la apa ikan yang hentam gewang teman ni semua temanlepaskan semula hehe.
Lepas tu teman sambung semula mengilat, masih dengan Jig yang sama. Balingan dibuat di spot yang sama teman dapat Hampala juvenil tadi. Tak ingat balingan yang keberapa teman mendapat sergapan kedua pula. Juga hampala juvenil yang menjadi mangsa teman kali ni.
Teman rasa spesimen yang kedua ni besar sedikt sahaja dari teman dapat yang pertama tadi. Juga selepas diambil gambar teman lepaskan semula ke habitat asal. Agak lama teman berada di spot pertama tersebut, lepas itu tiada lagi sambutan daripada pemangsa. Teman buat keputusan untuk beralih ke spot yang kedua. Untuk ke spot kedua tu teman kena meredah sungai tersebut utuk ke seberang. Air Sungai tu tak dalam, hanya setakat lutut teman sahaja hehe. Setiba teman di spot yang kedua teman menukar gewang dari Jig kepada Bassday sugar minnow kegemaran teman tu. Kali ini balingan di buat di perdu kelapa sawit yang tumbang kedalam air sungai tersebut. Beberapa kali balingan teman mendapat sergapan tetapi tidak lekat dengan baik. Rasa dari sergapan tersebut spesimen macam kasar. Jadi teman ambil keputusan untuk menukar dari minnow kepada popper sugoi splash.
Memang menjadi rezeki teman hari itu, teman mendapat sambaran padu dari pemangsa yang menyergap gewang popper teman dari bawah pelepah sawit yang jatuh kedalam sungai tersebut. Pemangsa cuba berlawan dan melarikan diri kebawah batang kelapa sawit namun asakan tersebut ditahan oleh teman dengan mengetatkan drag. Terus teman heret pemangsa ke kawasan lapang dan heret naik ke darat hehe. Takut terlepas punya pasal,bukan senang teman nak dapat naikkan Hampala yang kasar2 ni.
Gambar diatas adalah pemangsa yang berjaya teman tewaskan dengan menggunakan popper Sugoi Splash. Riang hati teman ni tidak terkira. Ini adalah Hampala bersaiz kasar kedua teman dapat di sungai Bidor ni. Selepas bergambar mangsa dilepaskan semula ke dalam sungai. Lepas tu teman kembali sambung mengilat dan masih dengan popper yang sama. Balingan juga dibuat di tempat yang sama teman dapat tadi. Balingan tanpa henti2 teman tu sekali lagi mendapat sergapan kasar dari pemangsa. Terkejut teman kerana sewaktu pemangsa menyergap popper percikkan air berbunyi begitu kuat. Kali ni tali utama teman sedikt keluar ditarik pemangsa, teman ketatkan sedikit drag supaya dapat mengekang larian daripada pemangsa. Menjerit teman keseronokan apabila mangsa menunjukan dirinya, memang besar sedikit dari yang teman dapat sebentar tadi.
Juga dengan gewang Gary Yamamoto Sugoi Splash. Spesimen ini hanya panjang sedikit dari yang teman dapat tadi.
Perbezaan saiz antara pemangsa dengan kaki teman hehe. Lepas bergambar terus dilepaskan semula ke dalam air. Risau teman biarkan mangsa lama2 di atas darat.
Pemangsa dilepaskan semula, harap2 mangsa sudi menyergap gewang teman lagi selepas ini. Itu pun kalau panjang nyawa pemangsa tu hehe. Lepas tu sudah tiada pemangsa yang sudi menjama gewang popper teman tu. Teman ubah spot ke atas sikit dari tempat tadi. Jig yang dilempar ke tepi reba mendapat sambutan dari Hampala juvenil. Ini mangsa yang kelima teman dapat pada hari itu.
Pemangsa tersebut adalah mangsa terakhir teman pada hari itu. Hari sudah hampir masuk tengahari, perut pun dah lapar. Jadi teman ambil keputusan untuk balik sahaja. Walaupun masih belum puas mengilat. Tuntutan perut lebih penting hehe.
Gambar diatas adalah Jig Ringan jenama Matrix yang telah diubahsuai oleh teman. Jig ni dah lama teman beli dahulu.Tak ingat berapa harganya yang pastinya ianya murah sahaja. Asalnya jig ini hanya ada satu sahaja treble hook. Teman tukar kepada mata kail tunggal dan tambahkan satu lagi dibahagian atasnya.
Gambar diatas ini pula macam biasala, gewang popper kegemaran teman. Gary Yamamoto Sugoi Splash! Terima kasih kepada Mr. Gary & Jig Murahan diatas trip hampala ini hehe.
p/s: Tengahari sahabat teman si Ayoi singgah rumah untuk pulangkan semula pita ukur teman tu. Dia ada tunjuk hasil yang dia dapat di Ak pada hari tersebut. Dia ada dapat saiz idaman pengilat Peacock Bass, iaitu lebih dari 50cm.
Gambar mangsa yang sahabatt emantu dapat si Ayoi, 53cm. Brapa lama dah temantak merasa saiz2 macam ni. bila la agaknya ye boleh dapat hmmmmmmmmmmmmmm
Salam dari Mersing,Johore Bro,...kawan tertarik dengan trip 'HAMPALA' aka Sebarau bro nie..agak2 boleh joint ke??kalau dekat2 boleh joint gak ni..kawan cuma tau mancing laut je..mancing sungai ni nak kena belajar lah dulu...
ReplyDeleteWasalam,
DeleteJauh tu bro..saya duk dekat Bidor, Perak.kalau lalu2 sini boleh la singgah. Boleh saya bawakan ke spot ni nnt.