Assalamualaikum dan selamat sejahtera teman ucapkan kepada semua pembaca blog teman ni. Entri yang lepas teman ada cerita tentang trip teman ke Air Kuning bersama dengan Bro Rizalman. Entri kali ini teman nak ceritakan tentang trip susulan teman ke Air Kuning bersama sahabat baik teman si Ayoi. Teman ada juga hantar SMS kepada Bro Rizalman tapi beliau tak dapat nak ikut serta kerana ada kenduri yang perlu beliau hadiri. Alkisahnya teman ada hal emergency yang menyebabkan teman terpaksa pulang ke kampung halaman. Hal itu dapat diselesaikan dengan pantas dan teman ada masa terluang pada hari Ahad. Jadi pada hari Sabtu Malam teman telefon si Ayoi untuk mengajaknya masuk ke AK. Dengan dia ni senang, asal takde hal jadi aje hehe.
Kesokan harinya, teman keluar dari rumah jam 7.00 pagi dan terus bergegas ke rumah Ayoi untuk mengambilnya. Selepas isi minyak kereta teman terus pecut ke AK dengan harapan dapat tiba awal ke lokasi. Lebih kurang 7.30pagi kami tiba dilokasi, Kelihatan air sangat tenang diselang seli dengan kocakan air angkara Peacock Bass mengejar mangsa. Belum ada kelibat manusia ataupun bot lain di spot Mini kenyir pagi itu. Teman tak buang masa terus teman pasang gewang minnow menuju ke gigi air untuk memulakan aktiviti mengilat. Hampir 15 minit menghayun rod masih tiada sambutan sehingga terdengar jeritan si Ayoi "Fish On..Fish On" bila Peacock didaratkan adala sebesar tapak tangan teman ni hehe. Jadila sekurang kurangnya dia dah ada lesen tak kumpau. Teman yang masih tak dapat apa lagi ni ubah sedikit spot teman ke tempat yang bayak reba kayu. Masih lagi dengan gewang Smith Panish single hook tu teman terus mengilat. Akhirnya bersambut juga gewang teman. Aksi berlawan dengan mangsa tak sampai 10 saat apabila mangsa berjaya melepaskan diri. Adoiiii..lucut pulak!
Dari jauh teman lihat si Ayoi masih setia di spot yang sama dengan gewang poppernya. Sejurus lepas itu teman dengar si Ayoi teriak lagi "fish On..Fish On..". Teman lihat rod nya sudah lentur habis bergasak dengan Peacock Bass tersebut. Mungkin kasar agaknya Peacock Bass dia dapat kali ini. Tapi nasib tak menyebelahi dia kerana mangsa berjaya membuat pecutan terakhir dan melepaskan diri di saat2 hanya perlu diangkat ke darat sahaja. Hehe apa lagi, sumpah seranah habis keluar dari mulut si Ayoi tu. Teman gelakkan aje la..
Teman pula mencuba nasib dengan cuba menukar gewang minnow kepada popper juga. Harap2 ada la sambaran. Memang nasib teman baik apabila Peacock Bass telah menyambar gewang Popper Sugoi Splas teman tu. Teman tak ambik masa lama berlawan dengan mangsa tersebut, takut lucut lagi hehe. Mangsa sempat juag buat aksi akrobatik beberapa kali di permukaan air. Tapi keputusan berpihak kepada teman apabila teman berjaya mendaratkan mangsa :)
Gambar diatas mangsa yang rakus membaham Popper Gary Yamamoto Sugoi Splash teman. Nasib baik tak dibaham sampai kedalam. Set yang teman gunakan adalah Abu Garcia Revo SX dan rod Seahawk dan tali sulam 12lb jenama apa temanlupa pulak hehe.
Teman lihat jam sudah menunjukan jam 9.00pagi. Matari juga mula menampakkan dirinya. Keadaan sunyi sepi takde lagi hasil dan sambutan dari Peacock Bass untuk saya dan si Ayoi. Walaupun dan bermacam2 jenis gewang dihulur masih sama tiada sambutan. Kalau adapun cuma dikejar oleh Peacock Bass juvenil sebesar 3-4 jari. Jadi si Ayoi ajak teman ubah ke spot yang lain. Kali ini kami menuju ke spot yang kedua iaitu spot tanjung. Memang keadaan di spot kedua ni sudah jauh berbeza dari dulu. Sudah banyak samai menutupi ruang dan air juga surut pada hari itu.
Walaupun begitu spot tersebut tidak memberikan kekecewaan kepada teman dan Ayoi kerana dari atas lagi kami sudah lihat anak2 ikan bertempiaran lari dikeja pemangsa. Bukan sedikit tapi dengan jumlah yang banyak dan kerap. Apa lagi bergegas la teman pasang gewang. Balingan gewang permukaan Megabass Dog X teman tidak bersambut manakala gewang Lucky Craft Wander 60 si Ayoi pula yang mendapat sambutan dan hasilnya..
Keadaan jadi tak tentu arah apabila banyak sangat aksi kejar mengejar yang teman dapat lihat di celah2 samai di spot tersebut. Teman da Ayoi memberanikan diri untuk masuk sedikit kedalam air yang bersamai tersebut. Takut2 jugak, ye la kalau dah bersamai dan berlumpur macam tu haiwan penghisap darah mesti ada punya. Yang tu belakang kira janji dapat mengilat di kawasan yang banyak aksi kejar mengejar tersebut. Balingan gewang Wander Ayoi sekali lagi dapat ragutan ganas dari mangsa di bawah samai. Teman ingatkan angkara si Peacock Bass rupanya kerja Ikan Haruan yang sihat walafiat. Perutnya kembung mungkin penuh dengan anak2 ikan agaknya hehe.
Ikutkan Haruan ini si Ayoi nak bawak balik sebab tak pernah raa lagi ikan haruan yang telah dimasak. Tapi kami tak bawak pulak bekas untuk mengisi ikan jadi terpaksa dilepaskan semula. Lepas teman ambil gambar ini acara mengilat diteruskan semula. Teman masih lagi dengan gewang Megabass Dog X yang asyik dihambur mangsa tapi tidak lekat dengan sempurna. Si Ayoi juga turut menukar gewang Wander nya tadi ke Popper jenama Bassday. Tak berapa lama si Ayoi jugak yang mendapat ragutan dari Peacock Bass. Pada masa yang sama juga teman mendapat ragutan dari mangsa yang menyerang hendap dari bawah samai. Dan hasilnya
Gambar diatas si Ayoi dengan mangsa yang menyambar gewang popper Bassday nya manakala teman dengan Anak toman yang membahan gewang Pensel Megabass Dog x. Selepas teman lepaskan semula anak toman ini kedalam air, teman terlihat sekumpulan anak2 ikan melompat dipermukaan air melarikan dir dari pemangsa. Teman tidak buang masa terus melontar gewang ke permukaan air yang dilitupi oleh samai. Aksi walk the Dog teman tu berjaya mendapat perhatian dari mangsa yang juga menyerang dari bawah samai. Apa lagi "Fish On..Fish On" hehe. Dan Hasilnya juga sama anak Toman dengan gewang Megabass Dog X.
Lepas itu kami asyik mendaratkan anak toman sahaja. Dah malas teman nak ambil gambarnya. Sebab tujuan asal nak cari Peacock Bass. Sudahnya dok layan anak2 toman ni je hehe. Rupanya anak2 ikan yang dikejar tu adalah angkara si anak toman ni la..ingatkan Peacock Bass! Selepas tiada lagi sambutan dari anak2 toman dan Peacock Bass teman pun ajak si Ayoi untuk pulang. Lgipun jam dah pukul 12 tengahari. Alhamdulillah ada juga rezeki tean dan si Ayoi aritu. Apa yang pasti teman akan kembalilagi ke AK lepas ni hehe :)
No comments:
Post a Comment