Tarikh: 12 Feb 2013
Masa: 7.00 pagi hingga 1.00tengahari.
Lokasi: Air Kuning
Sebaik tiba di spot kegemaran di Air Kuning tersebut kelihatan air sangat surut. Jelas kelihatan samai samai di permukaan air. Alang alang dah sampai teruskan juga mengilat mencuba nasib mana la tahu kot ada rezeki teman hari itu. Mula mula teman menggunakan gewang pensil permukan seperti popper dan pensil, tetapi tiada seekor pun Peacock Bass sudi menghentam gewang teman tersebut. Tukar pula gewang selaman seperti minnow, juga sama, tidak dipedulikan oleh sang Peacock Bass. Jadi teman buat keputusan untuk beralih kepada Soft plastic. Teman guna Worm shakey head warna 'Morning Dawn'.
Gambar diatas adalah mangsa pertama teman pada hari itu dengan menggunakan worm soft plastic jenama Zoom. Rupa rupanya ini yang dia nak hehe :)
Gambar jarak dekat worm yang ditelan rakus oleh Peacock Bass. Teman guna ikatan Texas rig untuk guna worm Soft plastic ini.
Mangsa yang didaratkan oleh teman berukuran 46cm panjang. Spesimen yang boleh dikatan besar juga pada masa sekarang ini kalau di Air Kuning. Lepas bergambar mangsa ini teman lepaskan semula kedalam air, amalkan tangkap dan lepas :)
Selepas itu teman sambung semula mengilat di spot yang sama. Tak lama kemudian teman dapat ragutan dari pemangsa. Kali ini mangsa teman kecil sedikit dari yang teman dapat mula mula tadi.
Juga dengan worm soft plastik yang sama, warna 'Morning Dawn' memang kegemaran untuk sang Peacock Bass di Air Kuning ini. Anggaran panjang dalam 25cm++
Lepas itu teman cuba menggunakan worm Zoom tetapi warna lain untuk memikat spesis ini. Teman guna warna 'Watermelon Seed' tetapi jenis Finesse. Ada juga dalam 10 minit teman cuba memikat di spot yang sama, teman mendapat ragutan yang kuat dan rakus dari Peacock Bass ini. Mangsa ini berjaya melarikan diri ke bawah samai samai yang tebal. Nasib baik teman guna set yang agak keras pada hari itu. Berjaya juga teman daratkan mangsa ke atas darat. Kali ini teman tak ada orang nak tolong ambil gambar teman, jadi teman ambil gambar ikan sahaja la :)
Gambar mangsa dengan worm soft plastik warna 'Watermelon Seed'. Mangsa ketiga teman ini kecil sedikit dari yang pertama teman dapat tadi dengan ukuran panjang 36cm. Alhamdulillah murah sungguh rezeki teman pagi itu. Ingatkan teman nak kumpaw teruk lagi sebab awal awal tengik air macam tak berapa cantik.
Selain teman, kawan teman Nizam juga turut dapat seekor Peacock Bass juga menggunakan Worm soft plastik yang sama warna 'Morning Dawn'. Agak kasar juga spesimen tersebut, tak diukur pula panjangnya.
Lepas pukul 9.30 pagi sudah tiada sambutan lagi dari pemangsa di spot tersebut. Lebih kurang jam 10 pagi teman dan kawan kawan berpindah ke spot spot lain di Air Kuning yag dirasakan berpotensi. Malangnya tiada hasil seekor pun. Hari semakin panas dan jam sudah pukul 1 tengahari, jadi teman dan kawan kawan buat keputusan beransur pulang. Lain kali datang lagi, tak sangka spot kegemaran teman masih ada khazanah yang besar besar walaupun terdapat banyak tekanan dari pengilat dan nelayan disitu.
mintak tunjuk port bro
ReplyDeleteNmpak best je mancing pb... :)
ReplyDelete