Followers

Friday 23 March 2012

Reel Mengilat Dalam Kenangan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog teman ni. Dah lama teman tak update blog teman, sebab teman agak sibuk sedikit dengan kerja di pejabat. Nak pergi mengilat pun dah tak sempat. Jadi untuk entry kali ini teman nak cerita tentang reel2 mengilat yang teman pernah guna sebelum ini. Reel2 yang teman pakai ini kebanyakkan nya teman beli sahabat2 teman, hanya satu dua sahaja yang teman beli yang baru. Reel mengilat yang pertama teman beli ialah Team Seahawk Bass 103L warna hitam. Reel ini teman masih pakai sampai sekarang. Reel mengilat yang kedua pula ialah Abu Garcia Revo SX. Yang ini pun teman masih pakai juga sampai sekarang.

Reel mengilat yang ketiga teman pernah pakai ialah Daiwa Milionaire CV-x 105L. Reel ini teman beli dari sahabat teman dengan harga RM400. Agak lama juga teman pakai reel ini, puas jugak la bergasak dengan ikan. Teman tak ingat tahun bila teman jual reel ini kepada sahabat sekampung teman sebab sahabat teman tu nak belajar mengilat guna reel baitcaster.

Daiwa Milionaire CV-X 105L

Selepas itu, teman beli pulak reel yang lain, juga dari sahabat teman yang sama teman beli reel Daiwa CV-x tu. Reel keempat yang teman pakai juga dari jenama Abu Garcia iaitu Revo Skeet Reese. Reel ini boleh dikatakan agak ringan dalam siri Revo. Tak silap teman beli reel ini dengan harga RM400 juga masa tu. Ada la dalam beberapa buan teman pakai reel ini, lepas tu teman jual jugak kepada sahabat teman.

Abu Garcia Revo Skeet Reese. 

Reel mengilat yang kelima pula ialah Shimano Calcutta Conquest 201DC. Antara reel reel termahal teman pernah guna. Juga teman beli dari seorang Ustaz yang teman dah lupa namanya. Harga teman beli masa tu RM1,450. Teman sangat puas hati kerana reel tersebut 100% dalam keadaan elok tiada sebarang kerosakan dan calar2. Tapi jodoh tak lama dengan reel ini, teman terpaksa jual sebab masa tu teman perlukan wang. Sebab kedua teman rasa teman tak sesuai pakai reel ini, agak berat untuk digunakan mengilat seharian. 

Shimano Calcutta Conquest 201DC

Lepas jual reel CQ DC tu teman beli pula reel yang lain. Kali ini teman beli yang baru keluar dari kedai punya. Reel keenam yang bertuah tu ialah Abu Garcia Revo Elite-IB. Harganya masa tu RM800 sahaja. Reel ini agak unik kerana menggunakan sistem brake magnetik dan centrifugal. Reel ini teman padankan dengan tali pioneer palladium 10lb warna kelabu dan Rod Abu Garcia Vendetta 8-15lb 1 section. Pada teman ia satu gandingan yang mantap di mata teman la, dari mata orang lain teman taktau la. Set yang ini pun teman jual juga selepas itu kepada sahabat teman kerana teman perlukan wang juga masa tu. 

Abu Garcia Revo Elite-IB + Abu Garcia Vendetta 8-15lb 1 section + Pioneer Palladium 10lb

Lepas tu, dekat berbulan bulan juga teman tak beli reel yang baru. Masa tu buat survey nak beli reel seterusnya. Tidak lama selepas itu teman berjaya membeli sebuah reel mengilat edisi terhad iaitu Daiwa Megabass Alphas ito 103L-Ai. Satu lagi reel yang agak mahal teman beli dengan harga RM1200 termasuk Shipping dari Thailand. Reel ini baru, bukan sekenhand punya, teman beli secara online dari website. Waktu teman dapat reel ini lagi 2-3 hari teman akan menikah. Lepas je kahwin, duit pun nak pakai banyak jadi terpaksa juga jual reel ini, teman sempat guna sekali sahaja itupun tak dapat ikan lagi. Teman jual kepada seseorang yang teman tak kenali selepas iklankan dalam Mudah.my. Itu le serba sedikit kisah reel mengilat ketujuh teman ni hehe.

Daiwa Megabass Alphs Ito 103L-Ai

Dan reel mengilat terakhir teman beli selepas kahwin ialah Team Daiwa Luna 103L. Reel ini juga teman beli yang baru dan dibeli dari laman web terkenal Ebay. Harga teman beli RM750 sekali shipping dari USA. Jugak sempat pakai beberapa bulan lepas tu dijual semula sebab nak pakai wang hehe. Ape boleh buat, terpaksa mendahulukan yang lebih penting. Teman tak ingat samada teman pernah dapat atau tidak ikan dengan reel yang ini. Rasanya macam ada. Reel ini juga dibeli oleh seorang pakcik yang teman tak kenal selepas diiklankan dalam laman web Mudah.my.

Team Daiwa Luna 103L

Itu la serba sedikit kisah reel yang teman pernah guna sebelum ini. Bila tengok balik rasa macam menyesal jual. Tapi nak buat macam mana, ada benda penting yang harus di utamakan. Reel ini boleh dapatkan semula bila ada duit yang banyak nanti, tapi keluarga hanya satu sahaja, tiada pengganti. Pada teman kalau berkemampuan boleh sahaja ikutkan kehendak hati, kalau tak mampu jangan diikutkan sangat kerana kelak akan membinasakan diri sendiri. Sekarang ini teman guna reel mengilat yang lama, iaitu reel pertama dan kedua yang teman beli dulu tu hehe. Jadilah, asalkan teman masih boleh mengilat dan dapat ikan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...