Followers

Tuesday 31 July 2012

Majalah Sirip Bil 130

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog teman. Baru2 ini teman ada membeli sebuah majalah sirip di kedai. Apa yang menariknya ada artikel dari sahabat teman Ryzalman dan kawan kawannya mengilat di Air Kuning.



Selepas teman membaca artikel nya, memang terbaik bagi teman. Dalam artikel beliau juga ada menceritakan tentang teknik2 dan gewang2 yang sesuai untuk mengilat di Air Kuning dalam berbagai keadaan. Salah satu spot kegemaran beliau ialah Mini Kenyir, sama seperti teman :)

Tuesday 3 July 2012

Laporan Trip Hampala 1 Julai 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog teman ni. Kali ni teman nak buat laporan sedikit tentang trip teman pada 1 Julai yang lalu. Teman pulang ke kampung halaman pada miggu tersebut, tetapi sahabat baik teman si Ayoi pula tak balik. Nampaknya tiada harapan nak masuk ke AK. Tapi teman tetap juga melepaskan gian mengilat teman di sungai berhampiran rumah teman, layan Hampala pun jadila. Teman pergi ke spot sama teman pergi pada trip yang sebelum ini.

Air sungai pada hari itu juga jernih, macam ada harapan je nak dapat hampala. Setiba di lokasi teman tak buang masa terus memasang gewang dan mula mengilat. Dari gewang popper, teman tukar ke minnow. Lepas tu tukar kepada gewang sesudu masih juga tiada sambutan. Teman beralih port sedikit kehilir. Kali ini teman menggunakan gewang minnow Abu Garcia Tormentor yang dah lama tak beraksi. Balingan pertama ke reba teman terus mendapat sambutan dari pemangsa. Tak sampai 5 saat mangsa sudah berada diatas daratan hehe. Jadila tak besar mana.


Gambar mangsa dengan set yang teman gunakan untuk mengilat. Tali tu teman baru tukar, teman masukan tali Tuffline xp 10lb. Lepas sesi bergambar macam biasa teman lepaskan semula ke dalam sungai. Semoga ketemu lagi hehe.


Lepas teman dapat sekor ni, dah tiada lagi sambutan sampai ke sudah. Beberapa kali tukar spot namun keputusan tetap hampa. Hari pun dah masuk waktu tengahari dan panas. Apa lagi teman buat keputusan untuk berangkat pulang. Takpa, lain kali boleh datang lagi, dekat je dengan rumah teman hehe.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...