Followers

Wednesday 19 September 2012

Laporan Trip Peacock Bass 15hb September 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog teman. Entry kali ini teman nak kongsi sedikit laporan mengilat teman pada sabtu yang lepas. Alkisah teman ada dapat jemputan untuk mengilat Peacock Bass di Tasik Subang Jaya oleh kawan teman. Walaupun dah berkali diajak kesana, namun teman tak berpeluang ke sana. Seawal pagi lagi teman dah tiba di sebuah kedai mamak di subang jaya berhampiran dengan lokasi, kerana disitu tempat pertemuan dan sarapan pagi sebelum memulakan aktiviti mengilat.

Lebih kurang jam 8.30 pagi selepas semua kawan2 teman yang lain tiba dan bersarapan, kami bergerak ke lokasi. Sebaik tiba di lokasi teman lihat sudah ada orang mengilat disana. Ini adalah kali pertama teman sampai ke Tasik Subang Jaya ini atau lebih senang disebut TSJ. Kalau ikut kata kawan teman, di tasik ini ada macam2 spesis seperti toman, sebarau, peacock bass, haruan dan kelisa. Sungguh harmoni tasik ini kerana banyak spesis pemangsa tinggal dalam satu kawasan. Tasik ini juga merupakan tempat beriadah, dimana ramai juga yang datang untuk bersenam dan berjogging.

Teman dan kawan2 terus berjalan mengelilingi tasik mencari spot2 menarik untuk mencari pemangsa. Agak lama juga la teman mengilat tapi masih belum ada sebarang hasil. Matahari sudah mula meninggi dan kepanasan mula terasa. Bermacam2 gewang teman cuba masih belum mampu menarik minat Peacock Bass di TSJ. Kata kawan teman lagi, ikan ikan kat TSJ ni cerdik2 belaka.

Kemudian teman cuba menuikar gewang kepada yang lebih bising sikit supaya dapat menarik perhatian ikan yang bersembunyi di bawah samai2 yang tebal tersebut. Ternyata strategi teman berjaya apabila bunyi bising yang terhasil mampu menarik perhatian pemangsa dan teman berjaya mendaratkan seekor Peacock Bass. Jadi teman dah ada lesen di TSJ hehe :)

                                  

Gambar diatas adalah hasil yang teman dapat, menggunakan gewang Duel Prop. Lagi satu teman berjaya menghayirkan juga reel Daiwa Alphas yang teman baru beli tu :) lepas mengambil gambar teman lepaskan semula pemangsa tersebut ke dalam air.

Selepas dari itu sudah tiada hasil lagi, hari pun dah semakin panas. Jam menunjukkan pukul 10.30 pagi dan teman terpaksa beransur pulang kerana teman nak balik ke kampung halaman teman lagi di Bidor.



Thursday 13 September 2012

Gewang Unpainted Lure

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Teman ade nak kongsi sedikit maklumat tentang gewang yang teman baru beli ini dari Ebay. Gewang yang teman maksudkan tu adalah Unpainted lure dari China. Bentuk gewang ni macam familiar jugak teman tengok. Tapi biarlah, cuma teman tertanya tanya adakah gewang yang teman beli sebelum ini dikeluarkan di China, cuma dikilangkan di tempat lain. Agak murah jugak harga gewang tersebut jadi teman pun cuba membelinya. Cuma teman belum cuba mengilat menggunakan gewang ini.


Kalo teman rajin nnanti teman akan catkan la gewang ini ikut citarasa teman. Dan cuma perlu pasang split ring dan mata kailnya sahaja.

Friday 7 September 2012

Daiwa Alphas 103L

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog teman. Tiada apa yang teman nak ceritakan cuma nak kongsi tentang reel mengilat yang teman baru beli ni. Baru baru ni teman ada membeli sebuah reel mengilat dari Japan, kirim kawan dari sana. Reel yang teman beli ni bukan la yang baru, teman beli yang sekenhen je..murah la sikit janji keadaan dalaman reel tersebut masih baik.



Cuma keadaan luar reel sahaja yang ada sedikit calar2. Bagi saya semua itu tak penting janji reel boleh berfungsi dalam keadaan baik tanpa ada masalah. Tak sabar teman nak menghanyirkan reel baru teman ni :) Teman sendiri pun belum tengok dah pegang reel ini lagi, maklumlah pos ke kampung. Mungkin entry akan datang teman cerita pula tentang dalam reel tersebut :)

Monday 3 September 2012

Laporan Trip Peacock Bass 25hb Ogos 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog teman. Minta maaf kerana sudah lama tiada laporan dari teman. Maklum ler sibuk dengan kerja dan sibuk menyambut Hari Raya yang tak habis lagi ni hehe. Alkisah teman nak kongsi sikit laporan trip teman minggu lepas semasa teman pulang ke kampung teman di Bidor. Teman dapat sedikit info dari sahabat baik teman bahawa ada toman baru ditemui tapi spot tu bertuan. Teman ni yang takde buat ape2 haritu terus ke lokasi seorang diri memandangkan tiada kawan2 lain yang boleh diajak bersama.

Setiba nye dilokasi yang dinyatakan oleh sahabat teman, memang benar lombong tu bertuan, betul2 dibelakang rumah tuannye. Teman parking motor teman betul2 di tepi lombong berkenaan dan mula meninjau kawasan sekitar. Memang benar terdapat beberapa kumpulanibu toman sedang membawa anak2 nye di permukaan air. Toman2 bujang juga ada juga timbul tetapi tak banyak. Apa lagi teman terus memasang gewang Lucky Craft Gunfish 95 laser clear ghost peberet teman tu. Timbul je toman dipermukaan terus teman baling ke sasaran. Tepat ke sasaran tapi tiada sambutan pulak..haihh. Makin lama makin jauh kumpulan anak2 toman tu ketengah lombong. Nampaknye teman terpaksa meredah hutan sikit untuk supaya boleh pergi lebih dekat dengan kumpulan anak2 toman tersebut. Walapun dah tiba di spot yang mudah untuk melempar gewang, namun masih tiada sambutan dari mama toman. Kelibat nye teman boleh nampak, tapi teman tidak tahu mengapa mama toman tersebut tiada nafsu untuk menyambar gewang teman. Sudah bermacam macam gewang teman tukar, namun tidak berhasil.

Sedang teman termanggu mangu berfikir ape nak buat dengan kumpulan toman tersebut teman terlihat ada riak anak2 ikan disambar dicelah2 samai. Mungkin kerja toman bujang agaknya, terus teman lontar gewang ke sasaran. Sebaik jatuh sahaja gewang ke permukaan air, terus dihambur oleh pemangsa. Lenturan rod teman yang kuat itu menguatkan lagi tekaan teman yang menyambar itu adalah toman bujang. Tapi ternyata sangkaan teman tu meleset apabila pemangsa membuat aksi akrobatik diatas permukan air berkali kali. Rupa rupanya ikan Peacock Bass yang menyergap gewang Gunfish 95 teman tu. Agak kasar juga kerana hampir 5-6 kali pemangsa tersebut cuba melarikan diri ke dalam samai2 tebal. Nasib menyebelahi teman kerana berjaya mendaratkan pemangsa tersebut.


Gambar diatas adalah hasil yang teman dapat, agak kasar juga kerana mencecah 42cm. Selepas menganmbil ukuran dan gambar teman lepaskan semula ke dalam air. Ada jugak Peacock Bass di lokasi ini. Teman cuba tukar gewang minnow kecil untuk menduga banyak mana Peacock terdapat di lokasi ini. Lontaran dibuat, memang banyak juga peacock2 juvenil mengejar gewang. Selepas tiada sambutan lagi dari Peacock mega, teman kembai kerancangan asal iaitu memburu kumpulan toman2 tadi.

Memang tiada rezeki teman untuk mendaratkan toman hari itu, naik panjang tangan teman melontar gewang dan mengah2 mengejar kumpulan toman tersebut namun tak berhasil. Jam dah menunjukan pukul 10pagi dan matahari pun dah naik..teman pun kemas2 dan beransur pulang. Tengahari nak pergi kenduri kahwin tok sedara teman lagi. Lain kali boleh datang lagi ke lokasi ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...