Followers

Showing posts with label Baitcasting. Show all posts
Showing posts with label Baitcasting. Show all posts

Thursday, 3 November 2011

Pertama Kali Mengilat Peacock Bass Menggunakan Kekili Baitcasting

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Kali ini teman nak cerita sikit pengalaman teman semasa pertama kali mengilat Peacock Bass menggunakan kekili baitcasting. Masa tu terdetik hati dan terima hidayah untuk belajar mengilat Peacock Bass guna kekili baitcasting. Tak silap teman kekili baitcasting pertama teman beli untuk mula belajar ialah Seahawk Bass 103L, teman beli kat Tat Seng jalan Pudu tu. Rod pula teman beli di Kepong Tackle jenama Shakespere Sigma Titanium. Teman beli yang murah murah je, mana taknya masa tu masih belajar lagi jadi keewangan pun terhad la.

Masa tu ape pun teman tak tau pasal kekili baitcasting ni..setting pun tak betul main hentam je. Mase tu belajar dekat port Kg. Jawa kerana lokasinya yang lapang dan Peacock bass pun masih banyak lagi masa tu. Bab birdnest u usah dikenang le, mau beratus2 kali rasenye. Ejas sane ejas sini kurang la sikit birdnest tu. Dalam masa belajar tu orang kate kalau ade tuah tu tak kemana kan..teman berjaya jugak daratkan Peacock bass dalam 4 ekor jugak la hehe. Masa tu kelam kabut jugak la nak layan ha..tarik laju2 janji naik ikan ke darat haha. 


Peacock Bass bertuah yang berjaya menghanyirkan kekili dan rod baitcasting teman. Dengan menggunakan gewang mampu milik mae tu minnow Abu Tormentor :)









Yang ni teman dapat guna gewang minnow Albino jenama ape teman lupa la pulak hehe :)
Tak terkata seronoknya bila pertama kali belajar terus dapat Peacock Bass. Ini adalah antara kenangan manis teman dalam dunia hanyir ni :)

Tuesday, 27 September 2011

Teknik Teknik Dalam Mengilat (Casting)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Jika posting teman sebelum ini menceritakan tentang perkara asas dalam penggunaan kekili Baitcasting, posting kali ini pula teman ingin menceritakan pula tentang teknik teknik yang boleh digunakan semasa mengilat menggunakan kekili Baitcasting. Seperti yang kita tahu mengilat ini adalah dengan melontar gewang ke sasaran atau kawasan terbuka, kemudian mengarau semula gewang tersebut. Namun, tahukah anda terdapat teknik teknik yang berkesan untuk digunakan jika kawasan tempat anda mengilat itu terhad atau sempit. Jadi teman akan ceritakan sedikit tentang teknik teknik ini.

1. Overhead
Teknik ini ialah teknik yang selalu digunakan oleh para pengilat di Malaysia dan seluruh dunia. Sesuai digunakan di kawasan lapang kerana teknik ini memerlukan kawasan sekeliling yang agak luas. Cara cara melakukan teknik ini ialah:
  • Pegang rod anda mengikut kesesuain dan keselesaan tangan anda. Kemudian Halakan rod kehadapan dengan gewang sedikit tergantung di hujung tip rod.
  • Tekan Thumb bar dan letakkan ibu jari diatas spool supaya gewang tidak terjatuh ke tanah/lantai.
  • Gerakkan rod menegak ke belakang dengan melalui atas kepala. Pastikan gewang tidak terbelit atau berpusing di bahagian tip rod.
  • Kemudian hayunkan rod kehadapan mengikut dan lepaskan jari anda daripada spool tersebut. Pastikan anda tidak melepaskan jari anda terlalu awal atau terlalu lambat kerana gewang tidak akan pergi jauh atau tepat ke sasaran yang anda mahukan. Sebaik baiknya lepaskan semasa keadaan rod berada dalam keadaan menegak selari dengan badan anda.
  • Apabila gewang jatuh ke dalam air, karau kekili sedikit supaya thumb bar berada dalam keadaan asal.
Untuk lebih mudah fahami teknik ini boleh lihat video daripada Hajime Murata di halaman youtube.

2. Underhand
Teknik ini pula digunakan apabila kita berada pada kawasan yang agak sempit menyukarkan kita untuk membuat balingan menggunakan teknik overhead. Seperti di bawah pokok, teknik ini dapat mengelakkan daripada gewang tersangkut semasa membuat balingan. Jarak balingan juga tidak jauh seperti yang mampu dilakukan dalam teknik overhead. Cara cara untuk melakukan teknik ini ialah:
  • Pegang rod mengikut kesesuaian dan keselesaan tangan anda. Pastikan anda berdiri bertentangan dengan sisi air. Dan angkat rod anda pada paras pinggang anda dan selari dengan permukaan tanah. Pastikan juga rod dan lengan anda dalam satu garisan lurus.
  • Tekan thumb bar dan letakkan ibu jari diatas spool. Gerakkan rod anda ke sisi badan anda dengan gewang tergantung sedikit di bahagian tip rod.
  • Kemudian hayunkan rod kehadapan betul betul selari dengan badan anda. Lepaskan spool mengikut kesesuaian anda supaya gewang tepat ke sasaran yang anda mahukan. Teknik ini perlu dilakukan kerap supaya anda dapat membiasakan diri dan juga dapat membua balingan gewang dengan lebih tepat ke sasaran.
Untuk memahami video ini juga boleh melihat video daripada Hajime Murata. Ianya lebih mudah.

3. Pitching
Teknik ini sesuai digunakan apabila anda mahu membaling gewang ke kawasan yang berpokok rendah yang hampir ke permukaan air. Sesuai digunakan ketika berada diatas bot ataupun di daratan. Teknik ini tidak memerlukan tenaga yang banyak untuk melakukannya. Teknik ini mudah kerana anda hanya perlu bayangkan untuk membuat bentuk 'U' dengan hujung tip rod anda. Cara cara untuk melakukan teknik ini ialah:

-Pegang rod dengan tangan kanan anda (jika kidal anda gunakan tangan kiri). Kemudian pegang gewang seperti didalam gamar diatas.

-Tekan thumb bar dan dan letakkan ibu jari diatas spool supaya spool tidak berpusing.

- Kemudian pegang rod pada paras pinggang seperti pada gambar diatas. Lengan anda berada dalam keadaan bengkok dan santai.


- Lepaskan gewang dan hayunkan umpan ke arah hadapan dan ketika ini angkat rod ke atas lebih kurang satu kaki.
- ketika ini lepaskan juga jari pada spool supaya gewang dapat pergi kehadapan dengan berkelajuan sederhana.
- Jika anda gewang anda jatuh depan anda ini bermakna anda terlalu cepat melepaskan spool manakala jika gewang terlalu melambung ke atas ini bermakna anda terlalu lewat melepaskan spool. Latihan yang kerap akan membiasakan anda dengan teknik ini.

4. Flipping
Teknik ini pula berbeza dengan teknik pitching, dimana teknik ini tidak perlu memegang gewang seperti pitching. Teknik flipping ini juga tidak boleh melontar gewang jauh seperti teknik pitching. Tidak pasti teknik ini sesuai digunakan pada waktu bila, tetapi menurut pemancing profesional dari luar negara, teknik ini sesuai untuk keadaan air yang jernih dan cetek dimana kita boleh melihat ikan dengan jelas. Tujuan nya supaya gewang yang jatuh berhampiran ikan tidak terlalu kuat dan mengejutkan ikan. Cara cara untuk melakukan teknik ini ialah:
- Pertama, letakkan rod pada paras pinggang anda. Tekan thumb bar dan biarkan gewang jatuh ke atas tanah. Kemudian karau sedikit supaya thumb bar kembali kepada kedudukan asal.
- Kemudian pegang tali pada bahagian antara reel dan guide pertama pada rod anda dengan tangan kiri, tarik sedikit kebelakang. Anda akan melakukan pergerakan yang sama seperti anda lakukan dalam teknik pitching dengan menggerakkan hujung tip rod anda.
- Hayunkan gewang kehadapan dan angkat rod keatas lebih kurang sekaki tinggi, kemudian lepaskan tali yang anda pegang di tangan kiri anda tadi. Pastikan anda tidak terlalu cepat dan terlalu lewat melepaskan tali tersebut. Latihan yang kerap akan membatu anda untuk mahir dalam teknik ini.

Perbezaan diantara teknik Pitching dan teknik Flipping.
Diharap pembaca semua tidak keliru dengan kedua dua teknik ini, kerana kedua dua teknik ini adalah berbeza sama sekali. Pertama teknik pitching memerlukan spool berpusing untuk mengeluarkan tali, tapi teknik flipping tidak perlu. Kedua, jarak balingan teknik pitching lebih jauh berbanding teknik flipping.

Thursday, 22 September 2011

Kekili Baitcasting Seahawk Bass 103L

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera kepada semua pembaca blog teman. Boring2 ni teman tak tau nak buat ape jadi teman nak merapu le sikit dalam posting kali ini hehe. Teman nak tunjuk bagaimana rupa kekili baitcasting belasahan yang teman selalu guna buat mengilat ikan Peacock Bass. Kekili ini teman dah buat pengubahsuaian sikit la dengan mewarnakan dengan warna lain. Facelift depan die tu pun teman potong sikit bagi nampak kecik. Last last jadi le camni kekili baitcasting teman..nampak buruk, tapi sebelum ni lagi buruk. Jadile, name pun teman buat kekili baitcasting belasahan.





Ada sedikit teman upgrade parts kat bahagian dalam kekili baitcasting teman ni seperti bearing. Tujuan untuk bagi reel ni lebih lembut dan lancar semasa mengarau.

p/s: ini le kekili baitcasting pertama teman beli masa baru baru nak belajar mengilat menggunakan mesin jenis ini.

Wednesday, 21 September 2011

Asas Asas Penggunaan Kekili Baitcasting

Assalamualaikum dan selamat sejahtera teman ucapkan kepada semua pembaca. Posting kali ini teman nak kongsi satu lagi maklumat yang sangat berguna untuk kaki casting. Mungkin ramai pembaca blog ini sudah mahir dalam penggunaan kekili baitcasting, tetapi mungkin anda2 diluar sana yang mahir tu nak kongsi pendapat atau maklumat mengenai topik ini agar ia dapat jadi rujukan kepada pemancing yang baru hendak berjinak2 dengan kekili baitcasting ini.

Secara asasnya, kekili baitcasting ini tidak sama dengan kekili spinning dari segi penggunaanya. Penggunaan kekili baitcasting ini agak sukar jika dibandingkan dengan kekili spinning, TETAPI jika kita kerap berlatih sehingga mahir menggunakan kekili baitcasting ini anda akan rasa keseronokannya dan mungkin tidak akan menyentuh lagi kekili spinning selepas itu.

Baiklah, teman akan tunjukkan secara asas apa yang terdapat pada kekili baitcasting ini. Walaupun banyak model kekili baitcasting dipasaran Malaysia ini, namun cara penggunaannya hampir sama sahaja.


Jadi, apakah fungsi fungsi komponen yang terdapat pada gambarajah kekili diatas?? Teman cuba terangkan sedikit mengiku pemahaman teman ye..namun komponen komponen tu teman tak tahu ape namanya dalam bahasa melayu. Teman lebih selesa menyebutnya dalam bahasa inggeris. Harap semua pembaca dapat paham apa yang teman sampaikan.

1. Thumb bar
- Jika hendak mulakan mengilat, bar ini mesti ditekan supaya spool ini dapat berpusing semasa gewang dilempar.

2. Spool (gelendong)
- Tempat menyimpan tali pancing.

3. Levelwind
- Komponen ini adalah untuk menyusun tali ke dalam spool ketika tali dikarau supaya tali berada dalam keadaan tersusun dan tidak kusut.

4. Spool Tension Knob
- Komponen ini pula adalah untuk mengawal kelajuan spool supaya spool tidak pusing dengan terlalu laju yang boleh menyebabkan Backlash (sarang burung/meehon)

Masih terdapat satu lagi komponen penting pada kekli baitcasting ini iaitu brake. Pada masa sekarang ini, teknologi semakin maju dan teknologi brake pada kekili baitcasting ini juga semakin canggih. Tapi teman ambil 2 contoh brake yang mudah dan biasa digunakan di Malaysia ini. Brake yang pertama adalah Magnetic Brake dan brake kedua adalah Centrifugal Brake.

Gambar diatas ini adalah contoh Magnetic Brake. Ia boleh dilaras daripada minimum kepada maksimum dan sebaliknya. Kekili yang mempunyai sistem brake seperti ini paling senang dan ramai yang menggunakannya kerana mudah dilaras.

Gambar diatas ini pula menunjukkan brake jenis Centrifugal. Kebiasaanya ia mempunyai 6 pin bagi kebanyakan model kekili. Untuk melaras brake ini, pengguna perlu membuka penutup di bahagian tepi kekili dan bagi sesetengah pengguna ia agak susah dan leceh. Tapi teman tidak mahu mengupas lebih tentang isu brake ini, mungkin akan dibincangkan dalam posting teman yang lain selepas ini.

Setelah mengetahui serba sedikit tentang komponen2 yang terdapat pada kekili baitcasting serta fungsinya, teman nak ceritakan pula cara cara hendak menggunakan kekili baitcasting ini dengan betul.

Cara cara penggunaan kekili Baitcasting.

1. Pastikan kekili baitcasting telah diisi tali secukupnya dan pasangkan kekili pada rod.

2. Dapatkan sebiji 'plak' mengilat (7gram) yang dibuat khas untuk belajar mengilat. (Kalau takde boleh pakai batu ladung yang same berat)

3. Sekarang perkara yang paling penting ialah bagaimana untuk mengawal kelajuan spool supaya tidak menyebabkan backlash semasa mengilat. Jadi cara caranya ialah dengan melaras Spool tension knob dan brake. Teman akan ajar mengikut cara dan pengalaman teman dalam melaras kedua2 komponen ini.

a) Pertama sekali teman akan laraskan Magnetik brake ke tahap paling maksimum. Biasanya pada brake tu terdapat no 1 hingga sepuluh. Laraskan hingga ke no 10 (maksimum)

b) Kemudian teman juga akan ketatkan Spool tension Knob kepada maksimum untuk berikan tekanan pada spool.

c) Kemudian teman akan tegakkan rod dalam 120 darjah. Selepas itu tekan thumb bar supaya spool dapat berada dalam keadaan 'free spool'. 'Plak' yang tergantung di hujung rod tidak akan jatuh ke tanah kerana spool tension knob berada pada tahap maksimum yang menyebabkan spool tidak berpusing.

d) Kemudian, longgarkan sedikit spool tension knob sedikit demi sedikit sehingga 'plak' bergerak turun ke bawah. Pastikan semasa 'plak' jatuh ke tanah, spool juga berhenti berpusing.

e) Selepas itu, teman akan lakukan balingan pertama. Balingan ini sudah pastinya 'plak' tidak akan pegi jauh dan juga tida akan backlash.

f) Kemudian laraskan Magnetic brake ke tahap minimum sedikit demi sedikit. Sebagai contoh, pada mulanya Magnetic brake berada pada no 10 (maksimum), kemudian laraskan kepada no 8. Cuba baling sekali lagi 'plak' tersebut. Jika tidak backlash lakukan perkara yang sama dengan melaras brake ke no 6 dan seterusnya.

g) Selalunya paling minimum brake mesti berada kedudukan no 2 atau 3. Jika terlalu minimum pasti akan berlaku backlash.

h) Jika balingan 'plak' tidak berlaku backlash, ini bermakna teman telah mendapat setting yang sesuai untuk kekili baitcasting teman.

Nota: Jika berlaku backlash diawal balingan ini bermakna Magnetic brake perlu dilaras semula ke maksimum sedikit demi sedikit. Jika backlash berlaku di akhir balingan selepas gewang jatuh ke air, sila ketatkan sedikit cast control knob kekili anda.

Namun, pelarasan ini berbeza mengikut berat gewang yang kita akan gunakan semasa mengilat. Tetapi cara yang sama digunakan untuk mendapatkan setting yang sesuai supaya tidak backlash semasa mengilat.

Cara diatas adalah cara yang teman selalu lakukan, mungkin terdapat cara cara lain yang digunakan untuk mendapatkan setting kekili baitcasting ini. Jika ada yang lebih mahir dalam topik ini, diharap dapat dikongsi bersama sama dengan pembaca lain.

p/s: setting diatas adalah untuk kekili baitcasting yang menggunakan sistem brake magnetic.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...