Followers

Monday 31 December 2012

Laporan trip Toman Air Ganda 22hb Disember 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog teman ni. Entry kali ni teman nak kongsi laporan trip teman ke Air Ganda, Gerik Perak. Perjalanan dari Kuala Lumpur akan mengambil masa sekurang kurangnya 4 jam. Dahulu masa teman bujang, selain Air Kuning, Air Ganda juga merupakan padang permainan teman. Teman juga kerap berkunjung ke sini untuk mengilat sang toman. Namun lepas berumahtangga, hampir 3 tahun teman tak menjejakkan kaki kesana. Minggu lepas teman bersama rakan baik teman si AYoi berkesempatan berkunjung ke Air Ganda setelah sekian lama. Kami berdua bertolak dari Bidor seawal jam 4 pagi. Kami tiba di pekan Gerik jam 6 pagi dan terus ke kedai mamak di simpang empat untuk bersarapan pagi sambil merehatkan badan. Sarapan pun ala kadar sebab takut perut meragam pula semasa diatas bot, rosak mood mengilat nanti hehe.

Hari semakin terang dan kami memulakan perjalan ke Kg. Air Ganda diman jeti untuk kami menaiki bot terletak disana. Dalam perjalanan kami singgah gerai di tepi jalan untuk membeli makanan tghari dan petang serta air air yang banyak. Perjalanan dari simpang ke jeti Air Ganda mengambil masa hampir 20 minit kerana jaraknya 15km dan jalan yang sempit dan berliku. Kalau tak berhati hati boleh jatuh gaung!

Setiba di jeti, botman/guide kami telah terpacak disana menunggu kehadiran kami. Botman kegemaran saya iaitu Anep masih ingat kepada teman sambil berseloroh mengatakan teman lama bertapa. Anep ni juga baru sembuh dari sakit serangan jantung, tapi tak berapa kritikal. Menurut Anep air pada hari itu naik sedikit berbanding hari hari lain. Teman dan rakan teman terus memunggah barang barang dan set mengilat ke dalam bot.  Dari jeti Anep terus memecut botnya ke lokasi yang pertama di sebelah bawah. Selalunya dulu dia akan bawa terus ke spot belah atas. Tiba di spot pertama air kelihatan tenang dan riak riak toman bermain air jelas kelihatan. Teman yang meminjam set mengilat milik Ayoi terus berdiri diatas bot untuk melihat riak toman timbul di permukaan air. Balingan pertama gewang Trairao teman tersasar jauh dari tempat timbul si toman. Ap algi kena gelak la sebab lama dah teman tak datang mengilat toman hehe. Rasa macam susah pula nak baling gewang Trairao kerana terlalu besar dan berat. Jadi teman pinjam gewang si Ayoi, Yozuri surface cruiser. Kali ni balingan teman mendapat sambutan dari toman bujang, aksinya yang ganas menyebabkan teman sukar mengawal ikan tersebut dan berjaya menyelinak di bawah kayu yang terdapat didalam air. Sangkut la pulak, teman cuba henjut perlahan lahan namun tetap sangkut di bawah air. Akkhirnya terlepas juga, tapi ikan toman berjaya melepaskan diri. Nasib baik gewang tak putus.

Balingan seterusnya, teman mendapat strike dari toman bujang lagi. Kali ni teman tak beri peluang kepada toman tersebut menjunam ke dasar. Rod melentik dan teman terus mengepam ke atas dan akhirnya berjaya juga mendaratkan toman bujang Air Ganda setelah sekian lama. Teraas puas hati dan si Ayoi masih belum mendapat strike lagi.


Toman bujang skala 1kg-2kg oleh teman, Jangan ikut stail teman takde ciri ciri keselamatan tak pakai Jaket keselamatan. Mula mula teman ingatkan balingan gewang surface cruiser teman ke riak air toman timbul tak medapat sambutan, mana tak nya hampir suku perjalanan teman karau gewang baru dihentamnye gewang tersebut. Agaknye toman tu pelik kot tengok aksi surface cruiser yangh pelik tu hehe. Selesai bergambar teman lepaskan seula toman tersebut ke dalam air. Macam Biasa amalkan tangkap dan lepas.

Baru je teman berdiri semula terus ada riak toman bujang timbul lagi. Berdesup gewang surface cruiser tepat jatuh ke sasaran. Sama macam tadi, teman ingatkan tiada sambutan dari sang bujang rupanya karauan dah jauh baru dihentamnye gewang tersebut. Tak sampai 3 minit dapat toman kali ni teman dapat lagi. Sumpah seranah keluar dari mult kawan baik teman tu. Mana taknya kali pagi ni sahaja teman dah daratkan 2 ekor. Si anep senyum sahaja sambil menghgatkan Ayoi yang masih kumpau. Toman bujang berjaya dinaikkan ke atas bot.


Toman bujang kedua yang berjaya didaratkan oleh teman. Toman bujang sekrang kecil kecil tak macam teman masuk mula mula dulu dimana skalanya semuanya kasar lingkungan 3kg-4kg seekor. Jadila nasib teman nak dapat saiz2 besar tu, tentangan yang diberikan juga mampu membuatkan senyum sampai ke telinga :)

Selepas dari itu tiada lagi sambutan yang kami terima dari sang toman bujang. Jam hampir pukul 10 pagi, Anep terus buat keputusan untuk naik ke spot belah atas pula. Perjalanan ke spot atas mengambil masa yang agak lama juga bagi teman. Sementara tunggu sampai ke lokasi kedua teman sempat pekena nasi lemak yang dibeli pagi tadi, rasa lapar pulak perut bila dah dapat naikkan Toman hehe.

Setibanya di spot kedua sebelah atas banyak kumpulan anak anak toman ditemui,ada yang masih dijaga ibunya dan ada yang sudah hilang ibunya. Salah satu kumpulan anak toman yang masih dijaga ibunya berjaya dinaikkan oleh kawan baik teman si Ayoi dengan menggunakan gewang Rapala risto rap. Nasib baik ibu tomantersebut tak lari masuk ke celahan kayu kayu yang terdapat didalam air.


Ayoi dengan Ibu toman yang berjaya dinaikkan. Teman rasa beratnye lebih kurang 3-4 kilogram. Memang syok dapat tengok lentukan rod Steez masa berlawan dengan ibu toman tersebut. Selepas dari itu kami pun termenung kerana tiada toman bujang galak timbul di permukaan. Nasib baik cuaca masih redup walaupun jam dah menunjukkan pukul 1 tengahri. Anep terus bawa kami ke pondok untuk berenti berehat dan makan tengahari dulu.

Sudah puas berehat dan makan tengahari kamu terus bergerak ke spot seterusnya. Baru nak keluar dari kawasan rehat Anep ternampak sekumpulan anak anak ikan dikejar oleh sang toman. Terus berggegas ke tempat kejadian. Teman masih dengan gewang Surface Cruiser berdiri diatas bot menanti riak toman tadi yang mengejar anak ikan tersebut. Zaaapppppppppp terus teman baling gewang teman bila ternampak sekumpulan toman bujang timbul serentak. Sebaik gewang cecah permukaan air terus diragut oleh sang toman. Tapi ragutan tersebut tidak berapa tepat menyebabkan teman mengarau gewang semula. Semasa teman masih mengarau gewang surface cruiser tersebut sekali lagi dihentam kuat oleh toman, terkejut teman yang berada diatas bot. Kali ini gewang diragut kemas dan teman hanya sempat bergelut untuk beberapa saat sahaja sebelum toman tersebut berjaya melepaskan diri tanpa masuk ke dalam bangkar kayu2 di bawah air.

Adoihh keluh teman, rugi betul. Masih lagi di spot sama banyak kelibat toman bujang timbul di permukan air. Nasib teman pada hari itu memang baik apabila sekali lagi gewang Surface Cruiser yang dipinjam dari ayoi mendapat sambutan dari toman bujang yang timbul berdekatan dengan bot teman. Teman tak bagi peluang kepada Toman tersebut untuk melarikan diri dengan menjunam laju kebawah. Hasil dari kekangan dan pergelutan teman berjaya juga membawa naik ikan tersebut ke atas bot.


Alhamdulillah, dah 3 ekor berjaya teman dapat naikkan hari itu. Panas lagi sahabat teman kerana teman dapat naikkan lagi seekor Toman bujang hehe.

Dalam pukul 4 lebih tu hujan mula renyai2 dan akhirnya turun dengan lebat. Nasib baik tak ada kilat masa hujan tu. Hujan hanya sekejap sahaja tak sampai setengah jam sudah mula reda. Pada sebelah petang tak banyak hasil yang kami dapat, teman dapat naikkan lagi 3 ekor bujang kecil sedikit dari yang teman dapat sebelah pagi tadi. Malas nak bergambar dah waktu tu. 2 ekor teman dapat guna Rapal X-rap 10 dan seekor lagi teman guna Rapala Risto Rap. Kawan teman si Ayoi pula juga sama cuma dapat naikkan toman bujang 2 ekor juga menggunakan X-rap 10. Walaupun kumpulan anak anak banyak ditemui tapi tiada yang mahu menghentam gewang. Mungkin sudah dinaikkan oleh orang lain.

Jam sudah menunjukan jam 7 pg dan beransur gelap. Memandangkan tiada lagi toman timbul kami pun buat keputusan untuk pulang ke jeti. Kalau lewat sangat nanti tak nampak jalan dan kayu2 yang terdapat didalam air. Alhamdulillah kami selamat sampai ke jeti setengah jam kemudian. Sembang dengan Anep sekejap sebelum berangkat pulang. Walaupun perjalanan balik ke Bidor jauh, tapi takpe mesti ada banyak yang akan diborakkan dalak kereta nanti bila hasil yang dinaikkan banyak pada hari itu hehe. Insyaallah akan kembali ke AIr Ganda tahun depan cuma tak tahu bila.

Wednesday 5 December 2012

Laporan trip Peacock Bass 2 Desember 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog teman. Pertama sekali teman minta maaf sebab dah lama rasenya teman tak kemaskini blog teman ni. Bukan ape teman terlalu sibuk dengan urusan kerja sehingga tak sempat nak jenguk blog teman ni.

Apa apa punteman nak kongsi sedikit laporan mengilat teman pada ahad lepas bersama rakan teman di Air Kuning. Dah lama juga teman tak kesini. Musim tengkujuh ni air lombong di Air Kuning berada pada tahap tinggi dari biasa. Teman rasa masa ini yang sesuai untuk mengilat kerana air yang dalam membuatkan ikan Peacock Bass keluar dari tempat persembunyian dan makanan yang banyak.

Teman hanya bertiga ke Air Kuning pada hari itu bersama dengan kawan kawan sekampung teman. Kami tiba di lokasi dalam 7.30 pagi dan kelihatan air sedikit berangin. Banyak jugak riak ikan bermain dipermukaan dan turut kelihatan Peacock bass mengejar anak anak ikan. Tanpa berlengah teman terus mulakan aktiviti mengilat dengan menggunkan gewang permukaan Jackall Mud Sucker 90. Lebih kurang 10 minit teman mendapat sambaran daripada Pemangsa dan berjaya mendaratkan pemangsa tersebut.


Mangsa pertama teman, jadila walaupun tak sebesar mana janji layan hehe. lepas tu teman beralih ke tempat lain setelah tiada lagi sambaran daripada Peacock Bass. Sedang teman berjalan di tepi lombong teman terpandang sekumpulan anak anak ikan sekejap timbul sekejap tenggelam. Sah anak anak toman. Masih ada ibunya yang menjaga kerana teman nampak kelibatnya yang sedang berlegar legar di kawasan air yang cetek dan berumput.

Tanpa buang masa teman menukar gewang yang lebih besar sedikit iaitu Rapala Skitter walk 11. Teman tunggu sekejap supaya kelompok anak anak toman tu keluar ke kawasan lapang sedikit supay amudah untuk teman membaling gewang teman. Tiba tempat dan waktu yang sesuai teman terus melontar gewang teman tepat ke arah kumpulan anak anak toman tersebut. Dengan hanya sekali lontaran dan sedikit karauan gewang skitter walk 11 teman terus dihambur ibu toman tersebut. Dengan pantas tali pada kekili mengilat teman keluar tanpa sempat teman berbuat apa apa. Nasib tak menyebelahi teman sewaktu teman cuba pam rod teman tali utama kekili teman putus :( . Terpinga pinga teman seketika mengenangkan ibu toman dan gewang yang berjaya dibawa lari. Harap harap toman tu berjaya melepaskan gewang yang melekat pada mulutnya. Takut takut ibu toman tersebut mati kerana gewangteman tersebut. Tak apalah takde rezeki teman hari tu agaknya.

Selepas itu teman dan kawan kawan berubah ke tempat lain dimana lokasi yang terakhir biasa teman pergi. Di lokasi tersebut teman berjaya mendaratkan seekor lagi peaccok bass yang lebih besar sedikit dari yang teman dapat tadi. Juga menggunakan gewang permukaan Jackall Mud Sucker.


Tak cukup saiz yang diidamkam. Tapi jadila juga dari tak dapat lansung. memang malang nasib teman pada hari itu kerana gewang yang teman baru dapat in itersangkut pada rumpai rumpai di tengah air. Terpaksa menarik dan putus :( . Adeh, rugi besar harini, tadi Skitter walk 11, aekarang Jackall Mud Sucker plak.

Hilang mood teman nak mengilat dah. Hari pun dah panas dan sudah masuk tengahari. Teman ajak kawan kawan teman beransur pulang. Lepas ni akan datang semula ke Air Kuning ni untuk menuntut bela.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...