Followers

Wednesday 19 October 2011

Rapala Xrap Popper

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua pembaca. Tengan teman dok google gewang gewang ade terjumpa satu lure baru keluaran Rapala. Ya keluaran rapala iaitu Xrap Popper! Nampak macam menarik tapi taktau la pasal rasenya belum masuk pasaran Malaysia lagi popper ni.


Harga nya pun teman taktau le berapa, harap harap kurang daripada RM30 dah le hehe

Tuesday 11 October 2011

Majalah Rod & Line

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hari ni teman pegi jenjalan ke sebuah kedai pancing kat Sabre Tackle. Saje nak cuci2 mate teman ni hehe. Sebelum keluar terpandang di rak majalah kat kedai tu, rupanya ada edisi terbaru Bulan Oktober Majalah Rod & Line. Tgk tajuk kat depan ada plak cerita mengenai Peacock Bass. Ape lagi teman terus beli la.




Dalam majalah ini ada satu artikel tentang teknik mengilat Peacock Bass di Air Kuning oleh saudara Fishingboy. Artikel tersebut menceritakan pengalaman beliau ketika mengilat Peacock Bass di Air Kuning dan memperoleh hasil yang memberansangkan.


Disamping itu ada juga artikel dari saudara Fishnut yang mengajar bagaimana untuk mengenal pasti spot2 ikan. Ternyata banyak info yang sangat berguna untuk para caster Peacock Bass di Malaysia ini.


Sekurang kurangnya kita dapat sikit maklumat bagaimana, bila, apa yang sesuai untuk mengilat Peacock Bass ini.

Sunday 9 October 2011

Majalah Umpan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Bulan ni kurang sikit teman nak posting pasal teman agak busy  di opis dan memandangkan wife teman ni dah dekat due date untuk bersalin ni. Macam macam persiapan nak kena buat dan dikala ini jugak la teman dan wife sibuk buat loan nak beli rumah baru. Dalam sibuk2 tu teman sempat jugak membeli Majalah Umpan edisi kedua. Edisi pertama dulu teman ada beli jugak.


Banyak info2 menarik yang boleh kita dapat dalam ini dan kisah2 trip yang dilakukan oleh pemancing2 di Malaysia. Harga pun tak berapa mahal, cuma RM8 sahaja harganya. Nak tau ape isi kandunganya cepat2 la dapatkan dipasaran sebelum kehabisan ye hehehe.. Kengkawan juga bolej klik Like Majalah Umpan di Facebook untuk mengetahui perkembangan terbaru tentang majalah umpan ini.

Wednesday 5 October 2011

Texas Rig

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Sebelum ni teman ade ceritakan tentang cita2 teman nak pakai Soft Plastic Worm dalam memburu peacock bass. Tetapi ada perkara2 asa yang perlu kita tahu untuk guna Soft Plastic ini seperti jenis2 rig yang dan rig mana yang sesuai untuk digunakan. Setelah mencari sedikit info, apa yang teman dapati ialah banyak jenis rig yang telah digunakan untuk Soft Plastic ini seperti Texas rig, Carolina rig, Dropshot rig, Splitshot rig, Rockhopper rig, Mojo rig, Screw in rig, Shakin rig dan weightless rig.

Tapi, teman rase rig yang sesuai dan senang untuk beginner macam teman ni ialah Texas rig. Nampak mudah dan ringkas serta kemas. Mari teman tunjuk serba sedikit gambar cara2 nak buat texas rig ni. Cuma perlukan hook dan bullet sinker dan line. (gambar ni ehsan dari internet)

 1. Langkah pertama
Masukkan bullet sinker ke tali seperti dalam gambarajah. Pastikan kepala bullet sinker menghada tip rod.

2. Langkah kedua
Masukkan hook sedalam lebih kurang 1/2" dari atas kepala worm dan keluarkan hook sehingga ke hujung seperti didalam gambarajah. 

3. Langkah ketiga
Masukkan semula mata hook ke dalam worm dan pastikan ia tidak menembusi badan worm. pastikan juga worm berada dalam keadaan lurus dan tidak benhkok. Kalau worm bengkok ini bermakna kedudukan mata hook tidak betul.

mudah kan dan nampak kemas. Tak sabar teman nak mencubanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...