Followers

Wednesday 23 November 2011

Laporan Trip Peacock Bass 20hb November 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Entry kali ini teman nak buat sedikit laporan trip Peacock Bass teman bersama sama rakan teman pada 19 & 20hb haritu. Alkisahnye minggu lepas ada kenduri kawen sepupu teman di Temoh, jadi dah dekat sangat dah le tu hehe. Trip ni dijalankan di sekitar Temoh,Sg. Lesong, Malim Nawar dan Kota Bharu, Gopeng.Teman dan rakan rakan teman bercadang hendak ke lokasi lokasi lama yang telah kami tidak pergi di sekitar Temoh.


Peacock Bass pertama teman di Lokasi lama yang telah lama tidak dijenguk disekitar Temoh. Pada mulanya teman menggunakan gewang permukaan seperti popper dan pensil tetapi tidak mendapat sambutan. Teman tukar kepada minnow pula dan hasilnya sepeti gambar diatas menggunakan minnow Smith DD Panish kegemaran teman hehe.


Peacock Bass juvenil merupakan hasil kedua yang teman dapat tetapi foul hook kena dibawah badan ikan tersebut. Juga dengan gewang Smith DD Panish.

Selepas itu tiada sambutan lagi dan teman membuat keputusan untuk mengubah ke lokasi lain. Ketika itu hujan dah mula turun rintik rintik namun teman tetap teruskan juga perjalanan ke lokasi kedua.



Satu satunya ikan Peacock Bass yang teman dapat dilokasi kedua, masih juvenil lagi dengan menggunakan gewang paling berkesan kegemaran teman iaitu Bassday Sugar 65 minnow.
Selepas itu hujan mula turun dengan lebat danteman terus beredar memandangkan waktu Maghrib juga semakin hampir.

Antara hasil lain yang rakan teman dapat di sekitar temoh pada hari sabtu lepas. Teman tidak pasti minnow apakah yang rakan teman gunakan untuk menjerat Peacok Bass tersebut.

Pada keesokkan paginya hari Ahad teman dan rakan baik teman Ayoi telah bergerak ke lokasi seawal pagi dan singgah sarapan di sebuah kedai lama di Sg. Lesong. Dahulu apabila hendak masuk ke Air Kuning mesti singgah ke kedai tersebut. Setelah sekian lama tidak datang, ternyata makcik kedai tu masih ingat pada teman dan rakan teman :). Setelah selesai sarapan kami terus bergerak ke lokasi.

Lokasi pertama air lombongnya naik agak tinggi dan tiada hasil yang boleh diambil gambarnya. Semua Peacock Bass yang teman dan rakan teman dapat kecil kecil belaka. Lantas kami terus mengubah ke lokasi lain juga lokasi yang telah lama tidak dikunjungi. Ternyata hari kami tidak begitu baik kerana turut mendapat hasil yang sangat kecil tetapi banyak.

Terus datang idea gila untuk ke Kota Bharu, Gopeng dengan harapan dapat menjinakkan monster Peacock Bass. Namun setiba sahaja di lokasi, harapan tidak menjadi kenyataan kerana lokasi telah dijadikan tempat mandi pekebun cina di sana. Dalam perjalanan ke lokasi lain ternampak dengan sekumpulan caster yang tidak tahu dari mana asal sedang casting beramai ramai di salah sebuag lombong itik di Kota Bharu tersebut.

Kami pun terus menuju ke lokasi terakhir kami di Malim Nawar. Juga lokasi lama yang tidak dijengah oleh teman dan rakan teman. Setiba di lokasi teman perasan lombong yang dahulunya besar telah menjadi kecil akibat aktiviti perlombongan yang dijalankan di situ. Nampak seperti tiada harapan untuk menaikkan Peacock Bass, tetapi alang alang dah sampai kami cuba juga mengilat di lombong tersebut.


Rupa rupanya ada juga sambutan dari Peacock Bass tetapi tidaklah sebesar mana. Dengan menggunakan gewang baru iaitu Payo Black Swan Bent minnow. Nampaknya dah hanyir gewang baru teman ni :)


Peacock Bass kedua juga menggunakan gewang yang sama. Dan selepas itu naikkan saiz yang sama menyebabkan teman malas nak ambil gambar. Peacock Bass di lombong itu ternyata frenzy tetapi semua saiz kecil kecil belaka.

Masuk sahaja jam 1 Tengahari dah mula terasa panasnya dan kami membuat keputusan untuk pulang sahaja. Mungkin tida rezeki kami pada hari itu untuk menaikkan monster Peacock Bass. Akan dicuba lagi pada lain kali.

Thursday 17 November 2011

Gambar Dolu2 di Sekitar Temoh

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Jika entry sebelum ini teman kongsi gambar gambar lama teman di Air Kuning, entry kali ini teman nak kongsi gambar gambar teman di sekitar Temoh. Temoh ni adalah tempat mula mula teman belajar mengenali Peacock Bass. Mancing pun mula mula pakai umpan hidup, belum kenal ape itu Mengilat lagi hehe. Temoh ni tak jauh daripada rumah teman yang terletak di Bidor kalau nak dibandingkan nak ke Air Kuning, Gopeng, Batu Gajah dan Ipoh. Perjalanan menaiki kereta hanya mengambil masa sekitar 20 minit sahaja.


Gambar kat atas ni waktu teman mula mula layan Peacock Bass, mase tu pakai spinning dan umpan hidup dan pelampung juga hehe.



Lepas beberapa bulan tu bila dah mula join Malaysian Fishing.Net mula la kenal ramai orang dan gewang. Gambar diatas adalah antara gewang gewang terawal yang teman miliki :)




Gambar diatas adalah diantara gewang gewang peberet teman, iaitu spoon Mepps Syclops dan gewang Bassday minnow.



Lagi satu minnow peberet teman, masih ada sampai sekarang Smit DD Panish.




Gambar 2 diatas ni kira dah maju sikit la,waktu ni dah pakai kekili Baitcasting dan baju pun mau pakai Columbia macam kaki kaki mengilat yang lain pakai :)



Yang ni gewang Yozuri Snap Bean rasenye, kalau teman tak silap la :)






Yang diatas ni pula gewang Abu Garcia Tormentor dan Popper River2sea.




Spoon Mepps Syclops, Bassday Sugar minnow dan Smith Panish.



Gambar diatas ini pula dengan gewang Gary Yamamoto Sugoi Splash kegemaran teman, Lucky Craft Gunnish 75 dan Smith DD Panish :)

Kekili baitcasting jenama Daiwa model Milionaire CVX 105L ni teman beli sekenhen dari sahabat teman dengan harga RM400. Teman padankan dengan rod Daiwa Lite & Tough 8-14Lb yang juga teman beli skenhen dari sahabat teman yang lain dengan harga Rm270. Mampu beli yang sekenhen je masa tu :)

Wednesday 16 November 2011

Baju Peacock Bass

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Hari ini teman nak kongsi gambar hasil kerastangan teman dan sahabat teman buat hehe. Selepas percubaan pertama teman design baju haritu ada jugak segelintir sahabat teman berminat. Walaupun berat hati nak tolong buatkan kerana tak pasti kualitinya bagaimana, namun dek kerana mereka bertegas mahukan juga jadi teman buatkan la juga.


Ada 2 design baru, satu teman buat satu lagi sahabat teman yang buat :) dan design lama cuma tukar baju kepada warna hitam.




Gambar jelas design pada baju setelah siap.




Gambar penuh baju tersebut hehe. Teman berpuas hati dengan hasil design teman walaupun tak cantik pada pandangan orang lain. Dan teman buatpun hanya suka suka sahaja, tidak ada niat untuk buat jualan pada orang lain.

Tuesday 15 November 2011

Gambar Dolu2 di Air Kuning

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Hehe ada masa terluang sikit ni teman nak update la sikit blog teman ni dengan mengupload gambar gambar kenangan teman casting Peacock Bass di Air Kuning Perak sebelum ini bersama kawan kawan teman. Banyak jugak gambar gambar teman hilang dalam PC teman ni. Teman upload yang mana ada je ye..



























Hehe..masa muda muda dulu teman kurus sikit la..skrg badan dah berisi misai pun dah tadak lagi :) lepas ni teman upload gambar hasil2 di Temoh pula ye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...