Followers

Wednesday 21 September 2011

Asas Asas Penggunaan Kekili Baitcasting

Assalamualaikum dan selamat sejahtera teman ucapkan kepada semua pembaca. Posting kali ini teman nak kongsi satu lagi maklumat yang sangat berguna untuk kaki casting. Mungkin ramai pembaca blog ini sudah mahir dalam penggunaan kekili baitcasting, tetapi mungkin anda2 diluar sana yang mahir tu nak kongsi pendapat atau maklumat mengenai topik ini agar ia dapat jadi rujukan kepada pemancing yang baru hendak berjinak2 dengan kekili baitcasting ini.

Secara asasnya, kekili baitcasting ini tidak sama dengan kekili spinning dari segi penggunaanya. Penggunaan kekili baitcasting ini agak sukar jika dibandingkan dengan kekili spinning, TETAPI jika kita kerap berlatih sehingga mahir menggunakan kekili baitcasting ini anda akan rasa keseronokannya dan mungkin tidak akan menyentuh lagi kekili spinning selepas itu.

Baiklah, teman akan tunjukkan secara asas apa yang terdapat pada kekili baitcasting ini. Walaupun banyak model kekili baitcasting dipasaran Malaysia ini, namun cara penggunaannya hampir sama sahaja.


Jadi, apakah fungsi fungsi komponen yang terdapat pada gambarajah kekili diatas?? Teman cuba terangkan sedikit mengiku pemahaman teman ye..namun komponen komponen tu teman tak tahu ape namanya dalam bahasa melayu. Teman lebih selesa menyebutnya dalam bahasa inggeris. Harap semua pembaca dapat paham apa yang teman sampaikan.

1. Thumb bar
- Jika hendak mulakan mengilat, bar ini mesti ditekan supaya spool ini dapat berpusing semasa gewang dilempar.

2. Spool (gelendong)
- Tempat menyimpan tali pancing.

3. Levelwind
- Komponen ini adalah untuk menyusun tali ke dalam spool ketika tali dikarau supaya tali berada dalam keadaan tersusun dan tidak kusut.

4. Spool Tension Knob
- Komponen ini pula adalah untuk mengawal kelajuan spool supaya spool tidak pusing dengan terlalu laju yang boleh menyebabkan Backlash (sarang burung/meehon)

Masih terdapat satu lagi komponen penting pada kekli baitcasting ini iaitu brake. Pada masa sekarang ini, teknologi semakin maju dan teknologi brake pada kekili baitcasting ini juga semakin canggih. Tapi teman ambil 2 contoh brake yang mudah dan biasa digunakan di Malaysia ini. Brake yang pertama adalah Magnetic Brake dan brake kedua adalah Centrifugal Brake.

Gambar diatas ini adalah contoh Magnetic Brake. Ia boleh dilaras daripada minimum kepada maksimum dan sebaliknya. Kekili yang mempunyai sistem brake seperti ini paling senang dan ramai yang menggunakannya kerana mudah dilaras.

Gambar diatas ini pula menunjukkan brake jenis Centrifugal. Kebiasaanya ia mempunyai 6 pin bagi kebanyakan model kekili. Untuk melaras brake ini, pengguna perlu membuka penutup di bahagian tepi kekili dan bagi sesetengah pengguna ia agak susah dan leceh. Tapi teman tidak mahu mengupas lebih tentang isu brake ini, mungkin akan dibincangkan dalam posting teman yang lain selepas ini.

Setelah mengetahui serba sedikit tentang komponen2 yang terdapat pada kekili baitcasting serta fungsinya, teman nak ceritakan pula cara cara hendak menggunakan kekili baitcasting ini dengan betul.

Cara cara penggunaan kekili Baitcasting.

1. Pastikan kekili baitcasting telah diisi tali secukupnya dan pasangkan kekili pada rod.

2. Dapatkan sebiji 'plak' mengilat (7gram) yang dibuat khas untuk belajar mengilat. (Kalau takde boleh pakai batu ladung yang same berat)

3. Sekarang perkara yang paling penting ialah bagaimana untuk mengawal kelajuan spool supaya tidak menyebabkan backlash semasa mengilat. Jadi cara caranya ialah dengan melaras Spool tension knob dan brake. Teman akan ajar mengikut cara dan pengalaman teman dalam melaras kedua2 komponen ini.

a) Pertama sekali teman akan laraskan Magnetik brake ke tahap paling maksimum. Biasanya pada brake tu terdapat no 1 hingga sepuluh. Laraskan hingga ke no 10 (maksimum)

b) Kemudian teman juga akan ketatkan Spool tension Knob kepada maksimum untuk berikan tekanan pada spool.

c) Kemudian teman akan tegakkan rod dalam 120 darjah. Selepas itu tekan thumb bar supaya spool dapat berada dalam keadaan 'free spool'. 'Plak' yang tergantung di hujung rod tidak akan jatuh ke tanah kerana spool tension knob berada pada tahap maksimum yang menyebabkan spool tidak berpusing.

d) Kemudian, longgarkan sedikit spool tension knob sedikit demi sedikit sehingga 'plak' bergerak turun ke bawah. Pastikan semasa 'plak' jatuh ke tanah, spool juga berhenti berpusing.

e) Selepas itu, teman akan lakukan balingan pertama. Balingan ini sudah pastinya 'plak' tidak akan pegi jauh dan juga tida akan backlash.

f) Kemudian laraskan Magnetic brake ke tahap minimum sedikit demi sedikit. Sebagai contoh, pada mulanya Magnetic brake berada pada no 10 (maksimum), kemudian laraskan kepada no 8. Cuba baling sekali lagi 'plak' tersebut. Jika tidak backlash lakukan perkara yang sama dengan melaras brake ke no 6 dan seterusnya.

g) Selalunya paling minimum brake mesti berada kedudukan no 2 atau 3. Jika terlalu minimum pasti akan berlaku backlash.

h) Jika balingan 'plak' tidak berlaku backlash, ini bermakna teman telah mendapat setting yang sesuai untuk kekili baitcasting teman.

Nota: Jika berlaku backlash diawal balingan ini bermakna Magnetic brake perlu dilaras semula ke maksimum sedikit demi sedikit. Jika backlash berlaku di akhir balingan selepas gewang jatuh ke air, sila ketatkan sedikit cast control knob kekili anda.

Namun, pelarasan ini berbeza mengikut berat gewang yang kita akan gunakan semasa mengilat. Tetapi cara yang sama digunakan untuk mendapatkan setting yang sesuai supaya tidak backlash semasa mengilat.

Cara diatas adalah cara yang teman selalu lakukan, mungkin terdapat cara cara lain yang digunakan untuk mendapatkan setting kekili baitcasting ini. Jika ada yang lebih mahir dalam topik ini, diharap dapat dikongsi bersama sama dengan pembaca lain.

p/s: setting diatas adalah untuk kekili baitcasting yang menggunakan sistem brake magnetic.

47 comments:

  1. cast control nob n spool tension nob tu benda yg sama ker? yg dekat handle tu kan ada bentuk star tu utk apa? sorry kalau soklan darjah 1..sbb baru nk kenal bc... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya..cast control knob dan spool tension knob tu benda yang sama. Yang bentuk bintang tu adalah Drag control.

      Delete
  2. apa itu landing overrun & start overrun?

    ReplyDelete
    Replies
    1. landing overrun tu ialah apabila gewang sampai ke permukaan air,spool masih berpusing dengan laju.ini akan terjadi backlash.

      Start overrun tu apabila di awal balingan spool berpusing dengan laju dan terjadi backlash.

      Nota: Jika berlaku backlash diawal balingan ini bermakna Magnetic brake perlu dilaras semula ke maksimum sedikit demi sedikit. Jika backlash berlaku di akhir balingan selepas gewang jatuh ke air, sila ketatkan sedikit cast control knob kekili anda.

      Delete
    2. Magnetic brake dah diejas ke tahap maksimum tetap meehun di tengah balingan kenapa
      Saya budak baru belajar

      Delete
    3. Tali perambut panjang sangat agaknya, semasa balingan dibuat, simpul sambungan antara tali utama dan tali perambut menyebabkan gangguan kelancaran tali keluar dari spool, elakkan simpulan antara tali utama & perambut berada dalam spool sebelum lontaran dibuat, nk selamat pakai tali perambut kurang dari 1 depa..

      Delete
  3. terima kasih..sbb br tau cmna nak gna baitcasting ngan btoi..sbb br blajar nak gna baitcasting nie...rupanya kna control kt spool tension knob rupanya...sblm nie just setting kt brake ja tp tetap gak jd backlash...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sama, kedua dua komponen tu sama penting :)

      Delete
    2. a'ah..ya²..bro bole x sy share info nie ke group pancing dlm fb? nant sy letak sumber dr blog bro..

      Delete
    3. boleh bro..takde hal kalau nak share2 info :)

      Delete
  4. assalamualikum ... sya ni baru nk menceburkan diri dalam dunia Kekili Baitcasting "casting" tapi x pandai pilih jenis kekili. yg macam mane untuk orang yg baru belajar... dan harga yg berpatutan.. boleh tuan tolong shor kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sarankan bro beli yang murah2 dulu macam Seahawk Bass 103 ke, Abu Garcia Black Max pun boleh. Harga tak sampai Rm200 sebiji. Skrg ni saya rasa ada macam2 jenama yang mampu dimiliki. Tapi kalau nak beli utk penggunan jangka masa yg lama boleh terus beli yang mahal2. tak perlu beli banyak kali. Ambil reel yang menggunakan sistem brake magnetik. Mudah untuk orang yang baru belajar.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. tq bro.... gewang yg sesuai untuk mancing toman... saiz gewang.. colur yg mcm mane killer... kalau boleh yg harga ekomomi.... hehehe

      Delete
    4. Toman ni susah nak cakap le..kadang2 friendly baling gewang ape pun die mau hentam. Kadang2 beratus jenis gewang bagi pun die buat tak tahu jugak. Tapi tak salah kalau nak cuba mempelbagaikan teknik atau cara untuk pujuk toman tu, mesti ada caranya.

      Pada saya gewang topwater seperti pencil yang cantik action dan murah adalah River2sea buble pen saiz 80 atau 100. Skrg taktau sama ada senang nak dapat lagi atau tak gewang ni. Harga pun tak sampai RM15 seketul. Selain itu ada jugak design yang lebih kurang sama macam bubble pen seperti strike pro, seahawk. Popper pula sama juga river2sea ada yang murah. Nak yang bagus sikit guna Rapala skitter pop :)

      Minnow pun boleh juga kalau nak guna, tapi pastikan yang saiz besar2 la seperti 10cm keatas. Takut kalau guna yang kecil abis rangup nanti gewang tu hehe.

      Delete
    5. terima kasih banyak2 atas maklumat tuan, akan sy guna nasihat2 tuan tu...

      Delete
  5. yg mcm bntuk bintang tu apa??yg kt sbelah tmpat karau tu..ap fungsi nya???mcm mna nk guna??

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam mana nk tentukan tali yg sesuai digunakn utk reel kita???

      Delete
    2. Yang tu dipanggil star drag bro, untuk memberi tekanan kepada mainline semasa berlawan dengan ikan. Boleh dilaraskan kepada maksimum dan minimum mengikut daya kekuatan ikan.

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Saya pun baru berjinak2 dengan bc ni...setiap balingan adalah mehoon atau maggie...sbb tak ada ilmu ttg bc ni, yg spinning kira dah nak masuk pro la untuk casting ni...terima kasih bro atas perkongsian yang baik ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sama bro..takda masalah kongsi pengalaman yang saya ada dengan semua orang :)

      Delete
  8. assalamualikum tuan... mane boleh dapt kan gewang surface cruiser. sy tgok mcm killer jer.. teringin nk bela ni gewang lar....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam Bro, tak sure mane boleh dapat sekarang ni.skrg dah jadi limited la lure tu :) saya pun dok cari gak tak jumpa2 hehe

      Delete
  9. Assalamualaikom bro..sy nk tnya 1 soalan je..time nk lempar tu reel kena posisi mne?
    #A C CASTBOY™#

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lewat replay.dah lama saya tak jenguk blog saya ni :)

      maksud tuan posisi yang macam mana tu?

      Delete
  10. Assalamualaikum..sy just nk kongsi tips sikit...untuk settings spool tension knob selaluny sy gunakan gewang yang paling ringan yg sy ada..so bila guna gewang berat n nk tukar ke gewang yg lebih ringan xperlu untuk setting semula :) harap bermanfaat n TQ kpd penulis untuk maklumat ni...boleh wt ulang kaji

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lewat replay.dah lama saya tak jenguk blog saya ni :)

      Terima kasih atas tip dari tuan. Sama yang macam saya buat :)

      Delete
  11. saya punye bc xde brake mcm mne eh?
    saya ade bc surecatch gunners....spool tension knob tu pn mcm xde fungsi je...
    terima kasih :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Spool tension knob pada BC mesti ada fungsi. kalau tak fungsi mesti ade problem :)

      fungsi die untuk mengawal kelajuan spool.

      Delete
  12. Info yang bagus bro. Nk tnya lagi star drag tu tmpt ketatkn spool ke?

    ReplyDelete
  13. tnye sket bro wanpb,,pnggunaan star drag ade mmpengaruhi spool tension knob x?? kwan ni bru nk bjinak2 ngn kkli bc ni..mohon bntuan.

    ReplyDelete
  14. ni ade stu cdangan bro,post la cmne cre nk gne kkili baitcasting sistem brek centrifugal plak...
    dan cre nk gne kan kkili baitcasting jenis cam abu morrum ke, abu kalex ke, ajiking pro jigger ke....n yg seangkatan dgn nye....trimas...

    ReplyDelete
  15. tq for sharing..semoga ALLAH jadikan ilmu yg bermunafaat..

    ReplyDelete
  16. Bru knal BC...tgk blog no bru tahu setting..asik meehoon je... Tq bro

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. Salam bro... cara pilih mesin cmne.. sye lefthanded

    ReplyDelete
  19. Salam,info terbaik dan mudah di fahami...sy ni bru nk berjinak2 ngn bc ni...tpi nk tye skit Centrifugal brake ni biasa ye untuk low profile reel ke...atau round reel???

    ReplyDelete
  20. kalau ikan tu besar..beban dia berat..nak tolak star drag pergi mana..blakang atau ke depan..??

    ReplyDelete
  21. Salam bang, sy nak tnye, sy tngok bnyak mesin bc ni ni bnyak jenis handle kanan, klau mcm reel biasa kita pakai hndle sebelah kiri, dr segi hndling tu sy nak tnye mmg dia lain ea dengan reel biasa? Mohon pencerahan otai hihi

    ReplyDelete
  22. Assalam bro...blh tlg tnjukkan cara nk ikat tali pada spool bc?apa fungsg yg lubang2 kt spool bc?

    ReplyDelete
  23. Assalam bro...blh tlg tnjukkan cara nk ikat tali pada spool bc?apa fungsg yg lubang2 kt spool bc?

    ReplyDelete
  24. salam bro sy pn br nk bjinak ngn dunia bc nih n sy br bli bc awa-shima..knapa stiap balingan sy jd meggie sblum gewang cecah air..cer kome cer cite cket haa

    ReplyDelete
  25. salam bro sy pn br nk bjinak ngn dunia bc nih n sy br bli bc awa-shima..knapa stiap balingan sy jd meggie sblum gewang cecah air..cer kome cer cite cket haa

    ReplyDelete
  26. press and hold down the power button on the rod handle and at the same time lower. https://guidancesports.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...