Followers

Wednesday 7 September 2011

Jenis Jenis Gewang dan Aplikasinya.

Maaf kepada semua lama teman tak update Blog teman ni,maklum le Raye sakan teman hehe. Ok posting kali ini teman nak kongsi info tentang jenis jenis gewang dan aplikasinya. Seperti yang kita semua tahu, terdapat beribu ribu jenis gewang di pasaran. Setiap gewang ada aplikasinya tersendiri seperti Floating, Deep Diving, Sinking, Suspending, Topwater dan vibration. Di bawah ini teman sertakan gambarnya sekali supaya lebih jelas dan terang.


Topwater ( permukaan)
Gewang jenis ini berfungsi di atas permukaan air seperti Popper dan gewang Pensil.

Floating
Gewang jenis ini akan berada didalam air semasa dikarau, ia akan terapung ke permukaan air apabila karauan berhenti.

Suspend
Gewang jenis ini pula akan berada di dalam air semasa dikarau, tetapi apabila berhenti mengarau ia tetap akan berada di posisi tetap dan tidak akan terapung dan tidak akan tenggelam.

Sinking
Gewang ini juga akan berada di dalam air apabila dikarau, tetapi akan tenggelam ke dasar jika berhenti mengarau.

Deep Diving Minnow
Gewang jenis pula akan menyelam lebih dalam mengikut spesifikasi yang dibuat oleh pengeluar. Jenis ini mudah dikenali dengan melihat Lidah (bib) yang panjang. Semakin panjang lidah gewang tersebut semakin dalam gewang ini mampu menyelam.

Vibration 
Gewang ini selalunya tidak mempunyai lidah (bib). Apabila dikarau gewang ini akan bergetar. Kebanyakan model jenis ini adalah jenis yang tenggelam (sinking) apabila berhenti mengarau.

Jig
Aplikasi gewang ini pula berlainan sedikit dengan yang lain lain dimana jenis ini akan dibiarkan tenggelam kedasar dam kemudian dikarau ke atas. Jenis ini sesuai untuk memburu ikan di perairan yang dalam dan juga boleh digunakan di tempat yang cetek.

Ini adalah gewang yang biasa digunakan oleh para pemancing, dan saya percaya di zaman ini terdapat pelbagai jenis gewang baru dan aplikasi yang berlainan.

1 comment:

  1. Untuk pengumpul & penggewang tegar..

    http://jejakgewang.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...