Followers

Tuesday 24 December 2013

Saya Kembali!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog teman ni. Pertama sekali teman nak minta maaf kerana lame tak update blog. Berbulan bulan rasanya. Bukan Ape teman sibuk sikit kebelakangan ini. Apa apa punteman sempat juga turun mengilat bersama kawan teman sekali dua :)

Jadi teman nak kongsi sedikit hasil semasa mengilat dengan kawan teman tu. Tak la seberapa hasilnya tapi boleh la bagi teman :)


Salah seekor mangsa teman. Tak ingat bila tarikh teman dapat ikan peacock bass ini. Panjang mangsa teman ni ngam ngam 40cm :) . Yang ni teman dapat menggunakan gewang Soft Plastic minnow.


Gambar jarak dekat gewang soft plastic tersebut. Memang terasa nikmatnye disaat ikan ini menyedut soft plastic tersebut :). ini sahaja hasil yang ada buat masa ini. Teman pun jarang mengilat sejak kebelakangan ini, lepas tu selalu kumpau plak tu haha.

Wednesday 17 July 2013

Daiwa Alphas 103L Custome Siap!!!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog teman. Seperti yang teman janjikan sebelum ini teman memperkenalkan hasil tangan teman yang tak seberapa ni untuk tatapan umum :)

Teman telah berjaya siapkan juga projek custome teman terhadap kekili mengilat teman yang dah buruk tu. Teman buat tergesa gesa je, tak berapa kemas. Biasa la masa terhad macam teman ni menghalang teman untuk buat lebih baik. Tapi ini pun dah kira okey bagi teman :)


Warna hitam tuteman guna Spray Tamiya Matt Black. Warna hitam yang tidak berkilat dantak perlu spray warna Clear :)



Teman cuba seragamkan warna tali utama reel teman tu dengan warna part part biru itu dengan memasukkan tali sulam Biru jenama Tuffline. Teman beli di Sabre Tackle dengan harga lebih kurang Rm40++ panjang 135 meter. Cukup cukup dengan spool teman tu dengan tali 8lb.


Tak sabar teman nak bawak turun hanyirkan reel custome teman ni, nak bagi hanyir hehe :) Tapi ntah bila la dapat teman pergi mengilat :P

Monday 15 July 2013

DVD Katsutaka Imae di Amazon!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog teman. Hari ini teman nak kongsi tentang sebuah DVD pancing yang sangat menarik untuk ditonton. Teman sendiri pun sudah berkali kali menonton DVD ini.


DVD ini memaparkan kisah seorang ikon terkenal dalam dunia memancing di Jepun malah seluruh dunia iaitu Katsutaka Imae menjelajah sungai Amazon untuk mengilat ikan terhandal Peacock Bass. Di dalam cerita ini teman dapat simpulkan bukan senang nak menjelajah sungai Amazon ni tanpa guide yang berpengalaman. Kena menyusuri sungai kecil dan semam samun. Lokasi juga perlu tepat supaya dapat elakkan kumpau. Banyak aksi aksi menarik dan hasil hasil yang besar dijinakkan oleh Katsutaka Imae dalam cerita ini. Dvd ini teman beli sekenhen dari Jepun. Jadila asalkan masih elok dan boleh ditonton tanpa sebarang masalah dah kira okey bagi teman :)

Thursday 4 July 2013

Custom Daiwa Alphas 103L

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog teman :) Tengah tengah lapang ni teman habiskan masa update blog teman ni. Banyak komen2 tak sempat reply, maaf ye nannti saya cuba reply sikit sikit.

Entri kali ni teman nak cerita sedikit pasal teman nak custom reel Daiwa Alphas 103L teman yang dah buruk tu. Sebelum ni teman kumpul dulu part part untuk custom reel teman tu. Agak lama jugak la nak dapat barang barang tu. Ada diantaranya harga diluar jangkaan tapi dah nak juga beli je la sambil tutup mata hehe.


Gambar diatas adalah antara part part yang teman dah dapat untuk custom reel teman :) Maklumat part part seperti di bawah:

1. Reel mengilat Alphas 103L
2. RCS Carbon Crank Handle 80mm
3. Megabass Hexagon light knob
4. Daiwa Megabass Alphas Ito 103L Side cover
5. Daiwa Megabass Alphas Ito 103L Front cover
6. Hedgehoc Studio Duralumin Screw (Sky Blue)
7. Hedgehoc Studio Level Wind Cap (Sky Blue)
8. Hedgehoc Studio Level Wind Screw (Sky Blue)
9. Hedgehoc Studio Mechanical Brake Knob (Sky Blue)
10. Hedgehoc Studio Mechanical Brake Knob Collar (Sky Blue)
11. Hedgehoc Studio Handle Lock Nut Set (Sky blue)
12. KTF IXA Brake Dial Screw (Sky Blue)
13. KTF IXA Star Drag (Sky Blue) - Tiada dalam gambar

Cuma Spool sahaja teman tak mampu nak beli :) Kos kos untuk part part diatas jangan tanyala :) minat punya pasal semua tak jadi masalah hehe. 

InsyaAllah nanti dah siap teman custom reel teman ni nanti teman update dalam blog teman ni ye :) Tapi jangan harap la dalam masa terdekat ni hehe



Tuesday 25 June 2013

Daiwa TDZ 103ML Type R+

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Rasenye dah lame teman tak update blog ni, sebab teman sibuk sikit kebelakangan ni. Mengilat pun dah jarang :)

Teman nak kongsi tentang reel baru yang teman beli dari kawan di jepun. Reel mengilat yang agak sukar untuk dapat sekarang ni iaitu Daiwa TDZ 103ML type R+. Teman beli pun bukan yang baru punya tapi Second hand punya. Tapi condition masih elok dari segi luaran dan dalaman nya.


Bukan satu tapi 2 biji teman beli. Salah satu reel tu teman akan jual semula, nak buat apa teman simpan banyak2 reel. mengilat pun dah jarang. Spec untuk reel ini seperti dibawah:

Gear Ratio : 5.7.1

Weight : 5.7oz/160g

Spool : Gigas

Bearings : 11+1 roller

Capacity : 12lb(0.32mm)-100yds

Drag : 4KG
Teman belum cuba lagi reel ini, Insyaallah bila teman dapat hasil nanti mengilat menggunkan reel ini teman update dalam blog teman ini :)

Wednesday 13 March 2013

Laporan Trip Peacok Bass 17hb Feb 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog teman. Maaf dah lame tak update blog ni sebab sibuk dengan Audit :). Okey la posting kali ni teman nak kongsi laporan teman ke Air Kuning sehari selepas teman dapat Toman pada entri sebelum ni.

Tarikh: 17 Feb 2013 (Ahad)
Waktu: 7.00 pg hingga 11tghari.
Lokasi: Air Kuning

Teman dengan beberapa orang rakan teman yang lain tiba di lokasi seawal pagi melihat keaddan air yang tenang. Air kelihatan naik sedikit pada hari itu dan kelihatan anak anak ikan bermain dipermukaan air. Teman macam biasa terus set Worm dan ke lokasi tanjung di mini kenyir tersebut. Sesekali teman nampak anak anak ikan bertempiaran lari seperti dikejar pemangsa rakus. Teman ingat ade la mangsa yang sudi membaham soft plastic worm teman, rupenye tiada yang sudi. Hampir sejam juga teman mengilat menggunakan worm tersebut, langsung tiada yang sudi! Teman ambik keputusan untuk beralih ke bahagian lain di mini kenyir tersebut. kawan kawan teman yang lain teman lihat ade juga yang mendapat hasil,bersaiz kasar juga la. Rupa rupanya kawan kawan teman tu rasuah buah sawit, tujuan untk panggil anak anak ikan bermain dikawasan sekitar. Waktu itu banyak Peacock bass akan datang menghendap. Bila nampak sahaja anak ikan dihambat, jangan tunggu lagi terus baling gewang!Pasti akan mendapat sambutan!

Teman rasa hari itu Peacock Bass tak mahu makan Soft Plastic agaknye! Tak boleh jadi macam ni, kawan kawan teman dapat takkan teman nak tengok sahaj! jadi teman tukar gewang teman kepada Popper. Teman bergerak ke satu suak yang tenang berkayu, cuba lah mana tahu ade yang sudi. 2-3 kali balingan dibuat tetapi masih belum yang ade yang sudi, balingan yang keberape ntah teman tak ingat tiba tiba Popper teman disedut dengan rakus. Pemangsa datang dari mana pun teman tak perasan. Apa lagi, teman tak bagi peluang terus ketatkan drag supaya mangsa tidak dapat melarikan diri kebawah kayu kayu yang terdapat dalam air tersebut. Kalau lambat mungkin berputih mata la jawabnye teman. Sebaik sahaje teman berjaya daratkan mangsa tersebut terbeliak mate teman,dah lama tak dapat saiz Peacock Bass yang besar!


Gambar diatas merupakan mangsa teman yang berjaya dijinakkan hehe. Ngam ngam 50cm. Saiz yang boleh dibanggakan bagi pengilat amatur macam teman ni. Rasenya dah bertahun tahun teman tak dapat saiz berskala macam ni :)


Mangsa bergambar bersama dengan gewang Popper kegemaran teman  apa lagi kalau bukan Gary Yamamoto Sugoi Splash!


Teman bersama Nizam,nak jugak die ambil gambar bersama hehe!




Hehe lain lain tu gambar dari posisi yang berlainan, bukan senang nak dapat saiz camni. Ambil gambar banyak banyak simpan buat kenangan untuk dicerita kat anak cucu esok hari!

Selepas itu ubah ke port lain tiada lagi mangsa yang berjaya yang didaratkan. Itu la satu satunya mangsa yang teman dapat pada hari itu. Jadila dari tak ada lansungkan :) 

Thursday 21 February 2013

Tinggal Kenangan

Asslamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog teman. Entry kali cuma cerita tak berapa sedih teman mengenai sebiji gewang kegemaran teman yang dah lama teman guna dan simpan hilang di medan tempur baru baru ini. Gewang tu kawan teman pinjam semasa mengilat bersama di Air Kuning baru baru ini. Ape boleh teman buat, dah nak hilang mane teman halang. Cuba juga cari kawasan sekitar tempat kawan teman tu mengilat tapi tak juga jumpa.


Jenama: Bassday
Model: Sugar Minnow 65SP
Kod Warna: P-10

Gewang ini teman beli dari website Akapiman satu masa dahulu. Hampir 4 tahun rasanya. Gewang ni tak pernah mengecewakan teman sepanjang menggunakannya. Peacock Bass, Sebarau, Haruan dan banyak lagi. Ada sahaja yang sudi membaham gewang ini. Teman dah pernah cari sebelum ini di semua website dan tak jumpa lagi model ini. Ingatkan nak buat simpanan,rupanya dah hilang dulu gewang ni. Adehhh :(

Kalau ade sapa sape yang jumpa gewang Bassday warna ini boleh le roger teman ye.

Tuesday 19 February 2013

Laporan trip Air Kuning 16 Februari 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog teman. Entry kali ini teman nak kongsi laporan teman ke Air Kuning bersama kawan baik teman si Ayoi. Alkisahnya teman balik ke Bidor atas sedikit urusan yang perlu dilaksanakan. Teman sampai di Bidor pun sudah lewat sekitar jam 4 petang. Kawan teman si Ayoi juga sampai lewat di Bidor pada hari itu. Namun Rancangan telah dibuat untuk ke Air Kuning juga petang itu.

Tarikh: 16 Feb 2013 (Sabtu)
Waktu: 5.15 ptg hingga 7.15ptg.
Lokasi: Air Kuning

Kali ini masuk ke Air Kuning melalui jalan lain, masuk pekan Chui Chak ke pekan Langkap dan terus ke Chenderong Balai. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30minit juga, dalam perjalanan hujan lebat mencurah curah. Nampak gayanya macam takda harapan sahaja untuk teman mengilat kalau dah hujan selebat lebatnye turun. Namun perjalanan tetap diteruskan juga, mana tahu nasib teman baik hujan berhenti selepas itu. Setiba di pintu masuk Air Kuning cuaca berubah kepada cerah. Hujan juga telah berhenti, cuma tiada matahari memancar. Memang nak jadi rezeki teman petang tu :)

Tanpa berlengah teman terus ke spot kegemaran teman hehe. Setiba disana sudah ada beberapa orang pengilat berada disitu. Oleh kerana trip teman yang lepas Soft plastik worm sangat laku, jadi petang itu juga teman turut menggunakan soft plastik yang sama. Tiada riak ikan bermain, cuma sekali sekala sahaja nampak anak anak ikan berlari di permukan mungkin dikejar pemangsa rakus. Itu pun jauh dari pandangan mata teman.

Hampir 20 minit memujuk menggunakan soft plastik worm, tiada mangsa yang sudi menjamah. Tiba tiba sekumpulan anak anak ikan bertempiaran lari di permukaan betul betul berhampiran dengan teman. Terus teman melontar worm tersebut ke kawasan tersebut, nyata memang ada mangsa yang mengejar anak anak ikan tersebut. Soft plastik worm yang dilempar teman bersambut, berdesup mangsa melarikan kecelah celah samai tebal. Dari gaya asakannya macam peacock Bass bersaiz besar. Namun tekaan teman meleset, rupanya toman bujang berskala 1.5 kilogram yang menjamah soft plastik worm teman.


Gambar toman dan set yang teman gunakan pada petang itu. Abu Garcia Revo Sx dan rod Sehawk Black Scorpion 8-14lb.


Gambar jarak dekat soft plastik worm Zoom shakey head warna 'Morning Dawn'. Memang laku betul worm ini dekat spot kegemaran teman. Sampai Toman pun sudi menjamahnye :)

Selepas mengambil gambar, toman tersebut teman lepaskan semula ke dalam air. Toman tersebut adalah satu satunya mangsa yang teman dapat pada petang itu. Selepas itu tiada lagi mangsa yang sudi menjamah worm teman itu. Jam pun sudah menunjukan jam 7 ptg. Tak lama lagi nak masuk waktu Maghrib jadi kami beransur pulang.

Monday 18 February 2013

Laporan Trip Peacock Bass 12 Februari 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog teman ni. Kali ni teman nak kongsi sedikit laporan trip teman ke Air Kuning pada cuti Raya Cina yang lepas. Teman ambil kesempatan pergi mengilat bersama kawan kawan teman di Air kuning pada hari selasa walaupun penat kerana teman baru tiba dari Alor Star malam sebelum trip tersebut. Ikuti laporan trip teman di bawah ni.

Tarikh: 12 Feb 2013
Masa: 7.00 pagi hingga 1.00tengahari.
Lokasi: Air Kuning

Sebaik tiba di spot kegemaran di Air Kuning tersebut kelihatan air sangat surut. Jelas kelihatan samai samai di permukaan air. Alang alang dah sampai teruskan juga mengilat mencuba nasib mana la tahu kot ada rezeki teman hari itu. Mula mula teman menggunakan gewang pensil permukan seperti popper dan pensil, tetapi tiada seekor pun Peacock Bass sudi menghentam gewang teman tersebut. Tukar pula gewang selaman seperti minnow, juga sama, tidak dipedulikan oleh sang Peacock Bass. Jadi teman buat keputusan untuk beralih kepada Soft plastic. Teman guna Worm shakey head warna 'Morning Dawn'.


Gambar diatas adalah mangsa pertama teman pada hari itu dengan menggunakan worm soft plastic jenama Zoom. Rupa rupanya ini yang dia nak hehe :)


Gambar jarak dekat worm yang ditelan rakus oleh Peacock Bass. Teman guna ikatan Texas rig untuk guna worm Soft plastic ini.


Mangsa yang didaratkan oleh teman berukuran 46cm panjang. Spesimen yang boleh dikatan besar juga pada masa sekarang ini kalau di Air Kuning. Lepas bergambar mangsa ini teman lepaskan semula kedalam air, amalkan tangkap dan lepas :)

Selepas itu teman sambung semula mengilat di spot yang sama. Tak lama kemudian teman dapat ragutan dari pemangsa. Kali ini mangsa teman kecil sedikit dari yang teman dapat mula mula tadi.


Juga dengan worm soft plastik yang sama, warna 'Morning Dawn' memang kegemaran untuk sang Peacock Bass di Air Kuning ini. Anggaran panjang dalam 25cm++

Lepas itu teman cuba menggunakan worm Zoom tetapi warna lain untuk memikat spesis ini. Teman guna warna 'Watermelon Seed' tetapi jenis Finesse. Ada juga dalam 10 minit teman cuba memikat di spot yang sama, teman mendapat ragutan yang kuat dan rakus dari Peacock Bass ini. Mangsa ini berjaya melarikan diri ke bawah samai samai yang tebal. Nasib baik teman guna set yang agak keras pada hari itu. Berjaya juga teman daratkan mangsa ke atas darat. Kali ini teman tak ada orang nak tolong ambil gambar teman, jadi teman ambil gambar ikan sahaja la :)


Gambar mangsa dengan worm soft plastik warna 'Watermelon Seed'. Mangsa ketiga teman ini kecil sedikit dari yang pertama teman dapat tadi dengan ukuran panjang 36cm. Alhamdulillah murah sungguh rezeki teman pagi itu. Ingatkan teman nak kumpaw teruk lagi sebab awal awal tengik air macam tak berapa cantik. 


 Selain teman, kawan teman Nizam juga turut dapat seekor Peacock Bass juga menggunakan Worm soft plastik yang sama warna 'Morning Dawn'. Agak kasar juga spesimen tersebut, tak diukur pula panjangnya. 

Lepas pukul 9.30 pagi sudah tiada sambutan lagi dari pemangsa di spot tersebut. Lebih kurang jam 10 pagi teman dan kawan kawan berpindah ke spot spot lain di Air Kuning yag dirasakan berpotensi. Malangnya tiada hasil seekor pun. Hari semakin panas dan jam sudah pukul 1 tengahari, jadi teman dan kawan kawan buat keputusan beransur pulang. Lain kali datang lagi, tak sangka spot kegemaran teman masih ada khazanah yang besar besar walaupun terdapat banyak tekanan dari pengilat dan nelayan disitu.


Friday 4 January 2013

Laporan trip Sebarau 30hb Disember 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog teman :) Kali ni teman nak kongsi laporan trip teman pada Ahad 30hb Disember 2012. Al kisah pada hari tu teman menjadi salah seorang peserta Jom AK! yang diadakan di Air Kuning. Acara itu dijalankan oleh saudara Sham Piman, tokey gewang jepun yang terkenal. Beliau pulang ke Malaysia dan berkesempatan untuk mengadakan acara tersebut.

Teman dan sahabat baik teman dari Bidor iaitu Ayoi dan Ben juga turut serta menyertai acara tersebut. Kami bergerak ke Air kuning seawal pagi kerana acara akan bermula jam 8pagi. Namun bukan ini cerita yang teman nak ceritakan kerana di acara Jom AK! tu teman dan sahabatteman yang lain tu kumpaw berjemaah. Seekor Peacock Bass pun kami tak dapat pada hari tu.

Jam 12 selesai sahaja acara terasebut kami terus bergegas pulang ke Bidor kerana Ben ada urusan keluarga. Kami bertiga pada hari itu menaiki motor sahaja ke Air kuning tersebut. Pertama kali dalam sejarah hidup pergi mengilat naik moto jaun jauh :) Sampai di Bidor teman dan Ayoi tidak terus pulang ke rumah, sebaliknya mencari lokasi sebarau di kawasan sekitar Bidor. Hanya tinggal kami berdua sahaja pada masa itu. Lokasi yang kami pergi adalah di sebelah hulu sungai berdekatan kawsan kampung. Cuma motor shaja yang boleh masuk ke spot tersebut, kalau naik kereta kena menapak sedikit ke dalam!

Setiba dilokasi kami terpaksa menyeberangi sungai sedikit untuk ke spot yang menarik. Spot menarik telah dijumpai apabila rumpunan pokok buluh yang terjatuh kedalam air merupakan spot kegemaran sang sebarau bermain. Balingan pertama gewang Bassday sugar minnow teman bersambut, jelas kelihatan seekor sebarau yang meragutnya tetapi rabut selepas itu mungkin kerana teman menggunakan mata kail tungal yang tidak berduri. Jadi mangsa yang meragut gewang teman mudah melepaskan diri. Baingan kedua yang dibuat oleh saya dan Ayoi serentak disambut serentak oleh 2 ekor sebarau di bawah rumpun buluh tersebut. "Double Strike" itu perkataan yang terkeluar dari mulut si Ayoi! Kali ni teman tak beri peluang, terus teman karau kekili teman sehingga mangsa dapat didaratkan ke atas tebing pasir.



Gambar diatas merupakan 2 mangsa yang berjaya ditewakan oleh teman dan si Ayoi. Saiznya bagi kami boleh tahan besar juga, memandangkan sungai kawasan kami itu bukan senang nak dapat saiz2 idaman macam ini. Anggaran teman berat Sebarau ini hampir 1 kilogram. Teman dengan set Aphas + bassday sugar minnow manakala Ayoi dengan set Steez + Rapala countdown.



Gambar jelas yang atas si Ayoi yang dapat manakala yang bawah teman yang dapat! Sanagat teruja :)



Gambar perseorangan untuk dibuat kenangan hehe. Nampak tak pokok buluh yang terjuntai di dalam air tu? kalau jumpa lokasi seperti ini di sungai jangan tengok aje hehe!

Lepas bergambar dengan sebarau tersebut, kami lepaskan semula ke dalam air. Seperti biasa kami amalkan amalan tangkap dan lepas :) Baik untuk generasi yang akan datang. InsyaAllah.

Lepas itu teman tukar gewang lain, kali ini sama juga jenama Bassday cuma warna lain dan mata kail asal iaitu bermata 3. Beberapa kali balingan dibuat akhirnya bersambut lagi, kali ini saiznya kecil sedikit dari yang teman dapat yang pertama tadi. Si Ayoi yang dari tadi tak habis mengemaskini gambar terus ke BBM group terus menjadi mangsa teman untuk jadi kemeraman hehe.


Sebarau kedua teman dengan set yang sama cuma gewang lain sedikit. Puas hati hari itu walaupun sebelah pagi kumpan teruk si Air Kuning. Selain itu dapat sejukkan badan dengan bermain air sungai :) Spesimen yang teman dapat ini juga lepas bergambar teman lepaskan semula ke dalam air.

Lepas dari itu teman dan Ayoi tidak mendapat apa apa sambutan lagi dari sebarau. Kami berdua bergerak ke lokasi yang lainnamun sama juga tidak berhasil. Hari nampak semakin mendung dan jam pula sudah menunjukkan jam 4 ptg. Terus teman dan Ayoi pulang ke rumah kerana teman nak pulang ke Kuala Lumpur lagi selepas itu. Jadi la hasil haritu mampu buat teman tersenyum puas :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...