Followers

Thursday 21 February 2013

Tinggal Kenangan

Asslamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog teman. Entry kali cuma cerita tak berapa sedih teman mengenai sebiji gewang kegemaran teman yang dah lama teman guna dan simpan hilang di medan tempur baru baru ini. Gewang tu kawan teman pinjam semasa mengilat bersama di Air Kuning baru baru ini. Ape boleh teman buat, dah nak hilang mane teman halang. Cuba juga cari kawasan sekitar tempat kawan teman tu mengilat tapi tak juga jumpa.


Jenama: Bassday
Model: Sugar Minnow 65SP
Kod Warna: P-10

Gewang ini teman beli dari website Akapiman satu masa dahulu. Hampir 4 tahun rasanya. Gewang ni tak pernah mengecewakan teman sepanjang menggunakannya. Peacock Bass, Sebarau, Haruan dan banyak lagi. Ada sahaja yang sudi membaham gewang ini. Teman dah pernah cari sebelum ini di semua website dan tak jumpa lagi model ini. Ingatkan nak buat simpanan,rupanya dah hilang dulu gewang ni. Adehhh :(

Kalau ade sapa sape yang jumpa gewang Bassday warna ini boleh le roger teman ye.

Tuesday 19 February 2013

Laporan trip Air Kuning 16 Februari 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog teman. Entry kali ini teman nak kongsi laporan teman ke Air Kuning bersama kawan baik teman si Ayoi. Alkisahnya teman balik ke Bidor atas sedikit urusan yang perlu dilaksanakan. Teman sampai di Bidor pun sudah lewat sekitar jam 4 petang. Kawan teman si Ayoi juga sampai lewat di Bidor pada hari itu. Namun Rancangan telah dibuat untuk ke Air Kuning juga petang itu.

Tarikh: 16 Feb 2013 (Sabtu)
Waktu: 5.15 ptg hingga 7.15ptg.
Lokasi: Air Kuning

Kali ini masuk ke Air Kuning melalui jalan lain, masuk pekan Chui Chak ke pekan Langkap dan terus ke Chenderong Balai. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30minit juga, dalam perjalanan hujan lebat mencurah curah. Nampak gayanya macam takda harapan sahaja untuk teman mengilat kalau dah hujan selebat lebatnye turun. Namun perjalanan tetap diteruskan juga, mana tahu nasib teman baik hujan berhenti selepas itu. Setiba di pintu masuk Air Kuning cuaca berubah kepada cerah. Hujan juga telah berhenti, cuma tiada matahari memancar. Memang nak jadi rezeki teman petang tu :)

Tanpa berlengah teman terus ke spot kegemaran teman hehe. Setiba disana sudah ada beberapa orang pengilat berada disitu. Oleh kerana trip teman yang lepas Soft plastik worm sangat laku, jadi petang itu juga teman turut menggunakan soft plastik yang sama. Tiada riak ikan bermain, cuma sekali sekala sahaja nampak anak anak ikan berlari di permukan mungkin dikejar pemangsa rakus. Itu pun jauh dari pandangan mata teman.

Hampir 20 minit memujuk menggunakan soft plastik worm, tiada mangsa yang sudi menjamah. Tiba tiba sekumpulan anak anak ikan bertempiaran lari di permukaan betul betul berhampiran dengan teman. Terus teman melontar worm tersebut ke kawasan tersebut, nyata memang ada mangsa yang mengejar anak anak ikan tersebut. Soft plastik worm yang dilempar teman bersambut, berdesup mangsa melarikan kecelah celah samai tebal. Dari gaya asakannya macam peacock Bass bersaiz besar. Namun tekaan teman meleset, rupanya toman bujang berskala 1.5 kilogram yang menjamah soft plastik worm teman.


Gambar toman dan set yang teman gunakan pada petang itu. Abu Garcia Revo Sx dan rod Sehawk Black Scorpion 8-14lb.


Gambar jarak dekat soft plastik worm Zoom shakey head warna 'Morning Dawn'. Memang laku betul worm ini dekat spot kegemaran teman. Sampai Toman pun sudi menjamahnye :)

Selepas mengambil gambar, toman tersebut teman lepaskan semula ke dalam air. Toman tersebut adalah satu satunya mangsa yang teman dapat pada petang itu. Selepas itu tiada lagi mangsa yang sudi menjamah worm teman itu. Jam pun sudah menunjukan jam 7 ptg. Tak lama lagi nak masuk waktu Maghrib jadi kami beransur pulang.

Monday 18 February 2013

Laporan Trip Peacock Bass 12 Februari 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog teman ni. Kali ni teman nak kongsi sedikit laporan trip teman ke Air Kuning pada cuti Raya Cina yang lepas. Teman ambil kesempatan pergi mengilat bersama kawan kawan teman di Air kuning pada hari selasa walaupun penat kerana teman baru tiba dari Alor Star malam sebelum trip tersebut. Ikuti laporan trip teman di bawah ni.

Tarikh: 12 Feb 2013
Masa: 7.00 pagi hingga 1.00tengahari.
Lokasi: Air Kuning

Sebaik tiba di spot kegemaran di Air Kuning tersebut kelihatan air sangat surut. Jelas kelihatan samai samai di permukaan air. Alang alang dah sampai teruskan juga mengilat mencuba nasib mana la tahu kot ada rezeki teman hari itu. Mula mula teman menggunakan gewang pensil permukan seperti popper dan pensil, tetapi tiada seekor pun Peacock Bass sudi menghentam gewang teman tersebut. Tukar pula gewang selaman seperti minnow, juga sama, tidak dipedulikan oleh sang Peacock Bass. Jadi teman buat keputusan untuk beralih kepada Soft plastic. Teman guna Worm shakey head warna 'Morning Dawn'.


Gambar diatas adalah mangsa pertama teman pada hari itu dengan menggunakan worm soft plastic jenama Zoom. Rupa rupanya ini yang dia nak hehe :)


Gambar jarak dekat worm yang ditelan rakus oleh Peacock Bass. Teman guna ikatan Texas rig untuk guna worm Soft plastic ini.


Mangsa yang didaratkan oleh teman berukuran 46cm panjang. Spesimen yang boleh dikatan besar juga pada masa sekarang ini kalau di Air Kuning. Lepas bergambar mangsa ini teman lepaskan semula kedalam air, amalkan tangkap dan lepas :)

Selepas itu teman sambung semula mengilat di spot yang sama. Tak lama kemudian teman dapat ragutan dari pemangsa. Kali ini mangsa teman kecil sedikit dari yang teman dapat mula mula tadi.


Juga dengan worm soft plastik yang sama, warna 'Morning Dawn' memang kegemaran untuk sang Peacock Bass di Air Kuning ini. Anggaran panjang dalam 25cm++

Lepas itu teman cuba menggunakan worm Zoom tetapi warna lain untuk memikat spesis ini. Teman guna warna 'Watermelon Seed' tetapi jenis Finesse. Ada juga dalam 10 minit teman cuba memikat di spot yang sama, teman mendapat ragutan yang kuat dan rakus dari Peacock Bass ini. Mangsa ini berjaya melarikan diri ke bawah samai samai yang tebal. Nasib baik teman guna set yang agak keras pada hari itu. Berjaya juga teman daratkan mangsa ke atas darat. Kali ini teman tak ada orang nak tolong ambil gambar teman, jadi teman ambil gambar ikan sahaja la :)


Gambar mangsa dengan worm soft plastik warna 'Watermelon Seed'. Mangsa ketiga teman ini kecil sedikit dari yang pertama teman dapat tadi dengan ukuran panjang 36cm. Alhamdulillah murah sungguh rezeki teman pagi itu. Ingatkan teman nak kumpaw teruk lagi sebab awal awal tengik air macam tak berapa cantik. 


 Selain teman, kawan teman Nizam juga turut dapat seekor Peacock Bass juga menggunakan Worm soft plastik yang sama warna 'Morning Dawn'. Agak kasar juga spesimen tersebut, tak diukur pula panjangnya. 

Lepas pukul 9.30 pagi sudah tiada sambutan lagi dari pemangsa di spot tersebut. Lebih kurang jam 10 pagi teman dan kawan kawan berpindah ke spot spot lain di Air Kuning yag dirasakan berpotensi. Malangnya tiada hasil seekor pun. Hari semakin panas dan jam sudah pukul 1 tengahari, jadi teman dan kawan kawan buat keputusan beransur pulang. Lain kali datang lagi, tak sangka spot kegemaran teman masih ada khazanah yang besar besar walaupun terdapat banyak tekanan dari pengilat dan nelayan disitu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...