Followers

Friday 30 September 2011

Soft Plastic Zoom Finesse

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Hehe..takde ape yang nak teman katekan pun kali ini..cuma nak kongsi ngan benda yang teman beli baru baru ni. Tertarik dengan Soft Plastic jenama Zoom yang teman tengok di Sabre Tackle, terus tercetus minat untuk mencubanya. Kira satu pembaharuan bagi teman la dalam teknik untuk memikat Peacock Bass. Tak pasti brape ramai yang dah gunakannya di Malaysia untuk menjerat Peacock Bass, cuma yang teman tahu ada beberapa orang sahabat teman dari gruop PBH di Ipoh telah gunakannye.

Gambar rajah Soft Plastic Zoom Finesse, panjang 5" ada 20 keping dalamnye. Hook pulak eman guna Brand Owner Weedless Head saiz 2/0.

p/s: nanti teman ade mase teman akan guna benda alah ni..hehe

Chicla Monoculus Atau Chicla Ocellaris?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog teman. Kali ini teman nak buat perbincangan sikit tentang Peacock Bass di Malaysia ini. Baru baru ini teman ade membeli sebuah majalah pancing Rod & Line bulan Sept 2011. Ape yang menarik minat teman ialah ada satu artikel yang di tulis oleh saudara Tan SG mengenai spesis Peacock Bass yang terdapat di perairan Malaysia ini.





Dalam artikel tersebut beliau ada menyatakan kajian melalui gambar yang dibuat dari hasil tangkapan sebelum itu menunjukkan ianya adalah spesis Chicla Ocellaris. Hujah saudara Tan SG ini dikuatkan lagi dengan bantuan dari Pakar dari USA iaitu Professor Emeritus, Boca Raton Walters R. Courtenay, Jr., Ph.D., of Florida Atlantic University yang juga merupakan Sukarelawan di USGS Florida Integrated Science Center.

Jadi, apakah spesis yang banyak terdapat di perairan di Malaysia ini? Adakan Monoculus atau Ocellaris. Mari kita recall balik posting teman sebelum ini tentang spesis spesis peacock bass.

1. Chicla Monoculus

Bagi spesis monoculus pula, garis menegak yang terdapat di badannya tidak panjang dan tidak melepasi garis panjang melintang yang bermula dari sirip Pectoral. Dibahagian Operculum (pipi) juga tidak terdapat tanda berwarna hitam. Ia akan menjadi warna yang sangat cantik iaitu warna kemerah merahan di bahagian bawah rahang apabila bertelur dan untuk spesimen yang besar akan terdapat garis occipital (di bahagian kepala).

2. Cichla Ocellaris
Spesis ini juga dikenali dengan nama 'butterfly' di Florida dan beratnya juga boleh mencapai sehingga 12Lbs. Cichla Ocellaris ini mempunyai garis menegak pendek dan kadang kadang mempunyai satu bintik ocellum yang berbeza di bawah sirip dorsal kedua. Spesis ini juga tidak mempunyai tanda hitam di bahagian operculum (pipi).

Apakah peratusan spesis ini di perairan Malaysia?  Kajian yang menyeluruh perlu dilakukan seperti mengambil sampel dari pelbagai tempat, jumlah sampel, saiz sampel, tempoh kajian dan sebagainya.

Apa pula pendapat saudara saudari sekalian?yang mana anda rasa spesis yang banyak terdapat di Malaysia pada waktu ini?

P/s:info tentang peacock bass ini teman rujuk pada website Acuteangling.


Tuesday 27 September 2011

Teknik Teknik Dalam Mengilat (Casting)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Jika posting teman sebelum ini menceritakan tentang perkara asas dalam penggunaan kekili Baitcasting, posting kali ini pula teman ingin menceritakan pula tentang teknik teknik yang boleh digunakan semasa mengilat menggunakan kekili Baitcasting. Seperti yang kita tahu mengilat ini adalah dengan melontar gewang ke sasaran atau kawasan terbuka, kemudian mengarau semula gewang tersebut. Namun, tahukah anda terdapat teknik teknik yang berkesan untuk digunakan jika kawasan tempat anda mengilat itu terhad atau sempit. Jadi teman akan ceritakan sedikit tentang teknik teknik ini.

1. Overhead
Teknik ini ialah teknik yang selalu digunakan oleh para pengilat di Malaysia dan seluruh dunia. Sesuai digunakan di kawasan lapang kerana teknik ini memerlukan kawasan sekeliling yang agak luas. Cara cara melakukan teknik ini ialah:
  • Pegang rod anda mengikut kesesuain dan keselesaan tangan anda. Kemudian Halakan rod kehadapan dengan gewang sedikit tergantung di hujung tip rod.
  • Tekan Thumb bar dan letakkan ibu jari diatas spool supaya gewang tidak terjatuh ke tanah/lantai.
  • Gerakkan rod menegak ke belakang dengan melalui atas kepala. Pastikan gewang tidak terbelit atau berpusing di bahagian tip rod.
  • Kemudian hayunkan rod kehadapan mengikut dan lepaskan jari anda daripada spool tersebut. Pastikan anda tidak melepaskan jari anda terlalu awal atau terlalu lambat kerana gewang tidak akan pergi jauh atau tepat ke sasaran yang anda mahukan. Sebaik baiknya lepaskan semasa keadaan rod berada dalam keadaan menegak selari dengan badan anda.
  • Apabila gewang jatuh ke dalam air, karau kekili sedikit supaya thumb bar berada dalam keadaan asal.
Untuk lebih mudah fahami teknik ini boleh lihat video daripada Hajime Murata di halaman youtube.

2. Underhand
Teknik ini pula digunakan apabila kita berada pada kawasan yang agak sempit menyukarkan kita untuk membuat balingan menggunakan teknik overhead. Seperti di bawah pokok, teknik ini dapat mengelakkan daripada gewang tersangkut semasa membuat balingan. Jarak balingan juga tidak jauh seperti yang mampu dilakukan dalam teknik overhead. Cara cara untuk melakukan teknik ini ialah:
  • Pegang rod mengikut kesesuaian dan keselesaan tangan anda. Pastikan anda berdiri bertentangan dengan sisi air. Dan angkat rod anda pada paras pinggang anda dan selari dengan permukaan tanah. Pastikan juga rod dan lengan anda dalam satu garisan lurus.
  • Tekan thumb bar dan letakkan ibu jari diatas spool. Gerakkan rod anda ke sisi badan anda dengan gewang tergantung sedikit di bahagian tip rod.
  • Kemudian hayunkan rod kehadapan betul betul selari dengan badan anda. Lepaskan spool mengikut kesesuaian anda supaya gewang tepat ke sasaran yang anda mahukan. Teknik ini perlu dilakukan kerap supaya anda dapat membiasakan diri dan juga dapat membua balingan gewang dengan lebih tepat ke sasaran.
Untuk memahami video ini juga boleh melihat video daripada Hajime Murata. Ianya lebih mudah.

3. Pitching
Teknik ini sesuai digunakan apabila anda mahu membaling gewang ke kawasan yang berpokok rendah yang hampir ke permukaan air. Sesuai digunakan ketika berada diatas bot ataupun di daratan. Teknik ini tidak memerlukan tenaga yang banyak untuk melakukannya. Teknik ini mudah kerana anda hanya perlu bayangkan untuk membuat bentuk 'U' dengan hujung tip rod anda. Cara cara untuk melakukan teknik ini ialah:

-Pegang rod dengan tangan kanan anda (jika kidal anda gunakan tangan kiri). Kemudian pegang gewang seperti didalam gamar diatas.

-Tekan thumb bar dan dan letakkan ibu jari diatas spool supaya spool tidak berpusing.

- Kemudian pegang rod pada paras pinggang seperti pada gambar diatas. Lengan anda berada dalam keadaan bengkok dan santai.


- Lepaskan gewang dan hayunkan umpan ke arah hadapan dan ketika ini angkat rod ke atas lebih kurang satu kaki.
- ketika ini lepaskan juga jari pada spool supaya gewang dapat pergi kehadapan dengan berkelajuan sederhana.
- Jika anda gewang anda jatuh depan anda ini bermakna anda terlalu cepat melepaskan spool manakala jika gewang terlalu melambung ke atas ini bermakna anda terlalu lewat melepaskan spool. Latihan yang kerap akan membiasakan anda dengan teknik ini.

4. Flipping
Teknik ini pula berbeza dengan teknik pitching, dimana teknik ini tidak perlu memegang gewang seperti pitching. Teknik flipping ini juga tidak boleh melontar gewang jauh seperti teknik pitching. Tidak pasti teknik ini sesuai digunakan pada waktu bila, tetapi menurut pemancing profesional dari luar negara, teknik ini sesuai untuk keadaan air yang jernih dan cetek dimana kita boleh melihat ikan dengan jelas. Tujuan nya supaya gewang yang jatuh berhampiran ikan tidak terlalu kuat dan mengejutkan ikan. Cara cara untuk melakukan teknik ini ialah:
- Pertama, letakkan rod pada paras pinggang anda. Tekan thumb bar dan biarkan gewang jatuh ke atas tanah. Kemudian karau sedikit supaya thumb bar kembali kepada kedudukan asal.
- Kemudian pegang tali pada bahagian antara reel dan guide pertama pada rod anda dengan tangan kiri, tarik sedikit kebelakang. Anda akan melakukan pergerakan yang sama seperti anda lakukan dalam teknik pitching dengan menggerakkan hujung tip rod anda.
- Hayunkan gewang kehadapan dan angkat rod keatas lebih kurang sekaki tinggi, kemudian lepaskan tali yang anda pegang di tangan kiri anda tadi. Pastikan anda tidak terlalu cepat dan terlalu lewat melepaskan tali tersebut. Latihan yang kerap akan membatu anda untuk mahir dalam teknik ini.

Perbezaan diantara teknik Pitching dan teknik Flipping.
Diharap pembaca semua tidak keliru dengan kedua dua teknik ini, kerana kedua dua teknik ini adalah berbeza sama sekali. Pertama teknik pitching memerlukan spool berpusing untuk mengeluarkan tali, tapi teknik flipping tidak perlu. Kedua, jarak balingan teknik pitching lebih jauh berbanding teknik flipping.

Thursday 22 September 2011

Kekili Baitcasting Seahawk Bass 103L

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera kepada semua pembaca blog teman. Boring2 ni teman tak tau nak buat ape jadi teman nak merapu le sikit dalam posting kali ini hehe. Teman nak tunjuk bagaimana rupa kekili baitcasting belasahan yang teman selalu guna buat mengilat ikan Peacock Bass. Kekili ini teman dah buat pengubahsuaian sikit la dengan mewarnakan dengan warna lain. Facelift depan die tu pun teman potong sikit bagi nampak kecik. Last last jadi le camni kekili baitcasting teman..nampak buruk, tapi sebelum ni lagi buruk. Jadile, name pun teman buat kekili baitcasting belasahan.





Ada sedikit teman upgrade parts kat bahagian dalam kekili baitcasting teman ni seperti bearing. Tujuan untuk bagi reel ni lebih lembut dan lancar semasa mengarau.

p/s: ini le kekili baitcasting pertama teman beli masa baru baru nak belajar mengilat menggunakan mesin jenis ini.

Wednesday 21 September 2011

Asas Asas Penggunaan Kekili Baitcasting

Assalamualaikum dan selamat sejahtera teman ucapkan kepada semua pembaca. Posting kali ini teman nak kongsi satu lagi maklumat yang sangat berguna untuk kaki casting. Mungkin ramai pembaca blog ini sudah mahir dalam penggunaan kekili baitcasting, tetapi mungkin anda2 diluar sana yang mahir tu nak kongsi pendapat atau maklumat mengenai topik ini agar ia dapat jadi rujukan kepada pemancing yang baru hendak berjinak2 dengan kekili baitcasting ini.

Secara asasnya, kekili baitcasting ini tidak sama dengan kekili spinning dari segi penggunaanya. Penggunaan kekili baitcasting ini agak sukar jika dibandingkan dengan kekili spinning, TETAPI jika kita kerap berlatih sehingga mahir menggunakan kekili baitcasting ini anda akan rasa keseronokannya dan mungkin tidak akan menyentuh lagi kekili spinning selepas itu.

Baiklah, teman akan tunjukkan secara asas apa yang terdapat pada kekili baitcasting ini. Walaupun banyak model kekili baitcasting dipasaran Malaysia ini, namun cara penggunaannya hampir sama sahaja.


Jadi, apakah fungsi fungsi komponen yang terdapat pada gambarajah kekili diatas?? Teman cuba terangkan sedikit mengiku pemahaman teman ye..namun komponen komponen tu teman tak tahu ape namanya dalam bahasa melayu. Teman lebih selesa menyebutnya dalam bahasa inggeris. Harap semua pembaca dapat paham apa yang teman sampaikan.

1. Thumb bar
- Jika hendak mulakan mengilat, bar ini mesti ditekan supaya spool ini dapat berpusing semasa gewang dilempar.

2. Spool (gelendong)
- Tempat menyimpan tali pancing.

3. Levelwind
- Komponen ini adalah untuk menyusun tali ke dalam spool ketika tali dikarau supaya tali berada dalam keadaan tersusun dan tidak kusut.

4. Spool Tension Knob
- Komponen ini pula adalah untuk mengawal kelajuan spool supaya spool tidak pusing dengan terlalu laju yang boleh menyebabkan Backlash (sarang burung/meehon)

Masih terdapat satu lagi komponen penting pada kekli baitcasting ini iaitu brake. Pada masa sekarang ini, teknologi semakin maju dan teknologi brake pada kekili baitcasting ini juga semakin canggih. Tapi teman ambil 2 contoh brake yang mudah dan biasa digunakan di Malaysia ini. Brake yang pertama adalah Magnetic Brake dan brake kedua adalah Centrifugal Brake.

Gambar diatas ini adalah contoh Magnetic Brake. Ia boleh dilaras daripada minimum kepada maksimum dan sebaliknya. Kekili yang mempunyai sistem brake seperti ini paling senang dan ramai yang menggunakannya kerana mudah dilaras.

Gambar diatas ini pula menunjukkan brake jenis Centrifugal. Kebiasaanya ia mempunyai 6 pin bagi kebanyakan model kekili. Untuk melaras brake ini, pengguna perlu membuka penutup di bahagian tepi kekili dan bagi sesetengah pengguna ia agak susah dan leceh. Tapi teman tidak mahu mengupas lebih tentang isu brake ini, mungkin akan dibincangkan dalam posting teman yang lain selepas ini.

Setelah mengetahui serba sedikit tentang komponen2 yang terdapat pada kekili baitcasting serta fungsinya, teman nak ceritakan pula cara cara hendak menggunakan kekili baitcasting ini dengan betul.

Cara cara penggunaan kekili Baitcasting.

1. Pastikan kekili baitcasting telah diisi tali secukupnya dan pasangkan kekili pada rod.

2. Dapatkan sebiji 'plak' mengilat (7gram) yang dibuat khas untuk belajar mengilat. (Kalau takde boleh pakai batu ladung yang same berat)

3. Sekarang perkara yang paling penting ialah bagaimana untuk mengawal kelajuan spool supaya tidak menyebabkan backlash semasa mengilat. Jadi cara caranya ialah dengan melaras Spool tension knob dan brake. Teman akan ajar mengikut cara dan pengalaman teman dalam melaras kedua2 komponen ini.

a) Pertama sekali teman akan laraskan Magnetik brake ke tahap paling maksimum. Biasanya pada brake tu terdapat no 1 hingga sepuluh. Laraskan hingga ke no 10 (maksimum)

b) Kemudian teman juga akan ketatkan Spool tension Knob kepada maksimum untuk berikan tekanan pada spool.

c) Kemudian teman akan tegakkan rod dalam 120 darjah. Selepas itu tekan thumb bar supaya spool dapat berada dalam keadaan 'free spool'. 'Plak' yang tergantung di hujung rod tidak akan jatuh ke tanah kerana spool tension knob berada pada tahap maksimum yang menyebabkan spool tidak berpusing.

d) Kemudian, longgarkan sedikit spool tension knob sedikit demi sedikit sehingga 'plak' bergerak turun ke bawah. Pastikan semasa 'plak' jatuh ke tanah, spool juga berhenti berpusing.

e) Selepas itu, teman akan lakukan balingan pertama. Balingan ini sudah pastinya 'plak' tidak akan pegi jauh dan juga tida akan backlash.

f) Kemudian laraskan Magnetic brake ke tahap minimum sedikit demi sedikit. Sebagai contoh, pada mulanya Magnetic brake berada pada no 10 (maksimum), kemudian laraskan kepada no 8. Cuba baling sekali lagi 'plak' tersebut. Jika tidak backlash lakukan perkara yang sama dengan melaras brake ke no 6 dan seterusnya.

g) Selalunya paling minimum brake mesti berada kedudukan no 2 atau 3. Jika terlalu minimum pasti akan berlaku backlash.

h) Jika balingan 'plak' tidak berlaku backlash, ini bermakna teman telah mendapat setting yang sesuai untuk kekili baitcasting teman.

Nota: Jika berlaku backlash diawal balingan ini bermakna Magnetic brake perlu dilaras semula ke maksimum sedikit demi sedikit. Jika backlash berlaku di akhir balingan selepas gewang jatuh ke air, sila ketatkan sedikit cast control knob kekili anda.

Namun, pelarasan ini berbeza mengikut berat gewang yang kita akan gunakan semasa mengilat. Tetapi cara yang sama digunakan untuk mendapatkan setting yang sesuai supaya tidak backlash semasa mengilat.

Cara diatas adalah cara yang teman selalu lakukan, mungkin terdapat cara cara lain yang digunakan untuk mendapatkan setting kekili baitcasting ini. Jika ada yang lebih mahir dalam topik ini, diharap dapat dikongsi bersama sama dengan pembaca lain.

p/s: setting diatas adalah untuk kekili baitcasting yang menggunakan sistem brake magnetic.

Monday 19 September 2011

Review: Gewang Ofmer Cat Walk

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog saya. Teman nak cerita sikit tentang sebuah gewang yang teman baru beli hari sabtu lepas. Teman ni dah lama tak membeli gewang2 sejak berumahtangga sekarang ni hee..tup2 dah bermacam2 gewang terbaru keluar dipasaran. Baiklah, gewang yang saya akan ceritakan kali ini ialah gewang Ofmer Cat Walk. Gewang ini telah direka bentuk di Japan.


Spesifikasi gewang:

Jenis   : Floating (gewang pensil permukaan)
Panjang: 60mm
Berat   : 4gram
Hook   : Owner Japan
Harga  : RM20++ (berbeza mengikut tempat)

Jika dilihat sekali imbas, bentuknya seakan akan gewang Megabass Dog-X Jr. Tetapi tidaklah 100% serupa dengan gewang tersebut. Rekabentuknya telah menarik minat untuk teman membeli dan mencubanya untuk digunakan memburu Peacock Bass.

Gambar gewang dengan lebih dekat dan jelas.

Gambar gewang dari pandangan hadapan.

Gambar gewang dari sisi atas.

Setelah mencubanya, apa yang teman dapati ialah gewang ini sangat menarik. Aksi lenggang lenggoknya sangat cantik dan tidak ada cacat celanya dan kena dengan namanya 'Cat Walk'. Warna warna yang dikeluarkan oleh pihak pengeluar juga sangat menarik dan memenuhi citarasa pengguna di Malaysia ini.

Gambar diatas adalah spesis Peacock Bass yang berjaya didaratkan oleh teman dengan gewang Ofmer Cat Walk ini. Jadi saya sarankan supaya kawan2 membeli gewang ini kerana ianya amat berbaloi dari segi harga dan kualitinya.

Rating saya untuk gewang ini:

Aksi    : 10/10
Warna : 9/10
Harga  : 9/10
Qualiti : 10/10

P/s: Jarak lontaran untuk gewang ini berbeza mengikut setup yang kita gunakan, pada pemilik Alphas, Pixy gewang ini tidak akan menjadi masalah kepada mereka.


Laporan Trip Peacock Bass 17hb Sept 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua, kali ni teman nak buat laporan tentang trip peacock bass teman minggu lepas bersama kawan kawan teman. Port yang teman kunjung hari tu adalah port baru yang dibawa oleh saudara Ayoi, teman sendiri pun tak pernah sampai lagi dan port tu dan port kedua adalah port biasa teman selalu trainning dulu2..Petang tu hujan turun renyai2 sikit tapi berhenti tidak lama selepas itu.



Saudara Ayoi dengan Peacock bass pertama pada hari itu dengan katak River2sea milik teman. Ini adalah kali pertama dalam hidup teman tengok Peacock Bass hentam katak getah. Port pertama di Banir ini teman dan sahabat teman saudara Layne kumpawww..hanya seekor sahaja yang dapat didaratkan oleh saudara Ayoi. Selepas itu kami buat keputusan untuk ubah port trainning kami dulu2 di Kg. Jawa mencuba nasib kerana dah lami kami tidak menjengah port tersebut.

Teman pembuka tirai di port kedua tersebut apabila berjaya mendaratkan Peacock bass juvenil dengan menggunakan gewang pensil yang baru dibeli tengahari sebelum itu.

Peacock bass juvenil pertama teman dengan pensil Ofmer Cat Walk. Set casting yang teman gunakan didalam gambar diatas ialah Seahak Bass 103L yang telah di cat semula oleh teman hehe..manakala rod pula adalah Seahawk Black Scorpion.

Belum sempat teman nak lepaskan matakail pada ikan tersebut, saudara Ayoi pula menerima sambaran padu dari Peacock Bass dengan gewang popper yozuri.


Ini adalah spesimen terbesar pada trip hari itu yang telah berjaya didaratkan oleh saudara Ayoi berukuran 40cm. Masih ada lagi saiz saiz kasar di port trainning kami ni rupanya. Kerana port ini telah dikunjungi ramai caster kerana tempatnya yang mudah di akses.

Peacock bass kedua teman pada hari itu dengan gewang Popper Dairitsu Yellow Magic. Lihat warna spesimen tersebut, ianya berwarna gelap sedikit mungkin kerana faktor habitatnya yang bersamai tebal menyebabkan ia menjadi warna sebegitu rupa.

Ini juga pertama kali dalam sejarah hidup teman, casting dapat ikan Chiclid dengan gewang Bassday Sugar Minnow. Boleh tahan juga asakan nya ketika cuba hendak didaratkan..

Trip ini ditamatkan pada jam 7pm, dan trip ini pasti meninggalkan kesan yang amat endalam pada sahabat teman si Layne kerana beliau telah KUMPAWWWWWW berdarah pada hari itu. Tambah menghayatkan hatinya apabila beliau terpaksa belanja kami makan capati di simpang Chenderiang hehe..

P/s: dah lama teman tak casting, hari ini lengan teman terasa lenguh lenguh akibat kerap menghayun rod pada hari itu.

Wednesday 14 September 2011

Bukti2 Keberkesanan Gewang Untuk Peacock Bass..

OK, Sebelum ini teman ada tulis posting tentang gewang2 yang berkesan untuk memuru peacock bass. Tapi pendapat itu akan lebih bermakna jika teman sertakan dengan bukti2 yang kukuh dah soheh hehe. Tujuan teman bukanlah nak menunjuk, tetapi berkongsi maklumat dan ilmu untuk para pembaca dan pemancing sebagai rujukan. Bagi yang sampai tahap profesional mungkin dah tahu semua tentang gewang2 ni..sebut je nama mesti cepat tangkap macam mane rupa bentuknya. Jadi teman akan kongsi gambar2 gewang dari simpanan teman dan juga gambar dari kawan2 teman dalam arena hanyir ini..

Lucky Craft Wander

Gewang ini paling senang untuk digunakan dalam memikat spesis ini. Lihat sajalah bukti keberkesanan nya apabila skali 3 peacock bass terjerat dengan gewang ini. Gewang ini agak sedikit mahal tetapi berkualiti. Tetapi ada gewang yang seakan mirip dengan LC Wander ini iaitu Storm Flutterstick. Flutterstick ini jauh lebih murah jika dibandingkan dengan LC Wander dan jugak amat berkesan untuk menjerat Peacock Bass.
Ini adalah gambar Gewang Storm Flutterstick yang teman sebut tu..Ianya mirip LC Wander dan aplikasinya juga sama seperti LC Wander.

Megabass Dog X & Dog X Jr
 Gambar diatas adalah sahabat teman dengan Peacock Bass menggunakan Gewang permukaan Keluaran Megabass iaitu Dog-X Jr. Amat berkesan semasa keadaan air tenang dan lenggoknya diatas air mampu memikat spesis ini.

2 Gambar diatas pula ialah Megabass Dog-X milik teman. Warna kegemaran teman bagi gewang jenis ini adalah Moth La Obe & Spook Killer. Ianya sedikit besar dari Dog-X Jr, dan ianya tidak akan mengecewakan jika membelinya walaupun agak mahal.

Soft Plastic
 Gambar diatas adalah Milik sahabat teman iaitu saudara Atiqul Fahmi dengan SP Nories.

 Ini Pula SP keluaran Gary Yamamoto Model Fall Shaker 5' juga dari sahabat teman Atiq.


Gambar2 diatas adalah dari sahabat teman iaitu saudara Atiqul Fahmi dari Geng PbH di Ipoh. Banyak hasil peacock Bass yang telah terjerat dengan SP2 miliknya. Untuk melihat lebih banyak hasil dengan Soft Plastic ini boleh ke halaman Facebook beliau Atiqul Fahmi

Smith Panish & DD Panish


Gewang jenis minnow ini pula adalah kegemaran teman, jika hampir2 kumpau bila memburu spesisi ini. Kiranya Smith DD Panish ini adalah penyelamat teman daripada kumpau hehe. Amat berkesan dan aksinya didalam air juga menarik. Gewang ini juga agak mahal kerana buatan luar negara dan berkualiti tinggi.

Bassday Sugar Minnow

Bassday Sugar Minnow juga adalah gewang paling teman suka bila memburu spesis ini. Senang digayakan dan pasti berkesan jika kena pada tempatnye. Warnanya yang terang sudah pasti membantu dalam memikat spesis ini. Harganya pula tidak lah terlalu mahal dan pasti mampu dimiliki.

Gary Yamamoto Sugoi Splash



Bagi kategori popper pula ini adalah pilihan teman. Aksi percikan air yang cantik dan mampu mengoda Peacock Bass. Boleh digunakan ketika air tenang ataupun sedikit beralun. Juga gewang mampu milik walaupun buatan dari luar negara iaitu Jepun.

Sesudu Mepps Syclops



Gewang sesudu Mepps Syclop adalah yang termurah dan sangat efektif untuk menjerat peacock Bass. Tak silap teman mase teman beli harganya bawah dari RM10. Warna yang paling teman suka adalah warna yellow & Orange Florouscent.

Daiwa Lazy S

Gewang ini juga seakan mirip LC wander, juga mempunyai aplikasi yang sama cuma warna sahaja yang berlainan. Rasa teman gewang ini lebih mahal daripada LC Wander. Dek kerana keberkesanan dan kualitinya teman gagahkan juga membelinya hehe.

Lucky Craft Bevy Prop

Gewang permukaan yang agak unik pada pandangan mata saya..ianya agak kecil dan mempunyai kipas di bahagian ekornya. Cara menggunakanya pun agak mudah. Ia mampu mengeluarkan bunyi yang agak bising dan menghasilkan buih pada permukaan air dimana akan menarik perhatian sang Peacock Bass.

Saurus Gao Pencil

Gewang pencil yang dibeli daripada website Akapiman ini hanya sempat dipakai beberapa kali sahaja sebelum ianya karam di Air Kuning dikerjakan Peacock Bass. Aksinya lenggoknya juga boleh tahan tapi tidak sehebat Dog-x.

Dairitsu Yellow Magic Popper
Selain Sugoi Splash, ini adalah salah satu koleksi popper milik teman. Rupa bentuknya seaakan Sugoi tetapi aksinya agak berbeza sedikit.

Baby Cima
Gewang minnow ini pasti ramai pengcaster memilikinya kerana harganya amat murah dah juga berkesan. Salah satu warna Baby Cima yang teman ada dan selalu guna. Harganya tidak cecah RM20.

Lucky Craft Gunnish 75
Gewang permukaan saingan Dog-X..aksi lenggoknya di permukaan air juga amat mengujakan sang Peacock Bass. Gewang ini ada banyak saiz dan teman rasa saiz 75cm ini adalah ideal untuk saiz Peacock Bass di Malaysia ini.

Abu Garcia Tormentor Minnow
Salah satu gewang yang mendapat perhatian ramai kerana bentuknya seakan ikan pin pin. Dengan harganya yang murah sudah tentu menjadi keutamaan para pemancing untuk membelinya, kalau tak silap teman harganya dalam RM11. Aksinya juga tidaklah seteruk mana dan teman dah banyak hasil dinaikkan dengan gewang ini.

Evergreen Combat Pencil Jr
Pencil ini juga teman beli di website Akapiman tetapi dah lesap kemana teman sendiri pun tak ingat. Mungkin dah kena jual kot hehe..tak ramai yang ada gewang jenis ini kerana ia adalah buatan luar negara dan agak sukar untuk dapat di Malaysia.

Jackall Mudsucker
Gewang yang agak mahal tetapi berkualiti tinggi. Ianya dicari dan digemari ramai pengcaster handalan di Malaysia dek kerana aksinya yang cantik ketika memburu peacock bass. Kalau nak pakai pun mungkin tempat lapang yang tidak berkayu, untuk elakkan daripada tersangkut. Kalau karam sendiri mau ingat la!

Megabass Lip In Bait
Gewang terawal milik teman, dibeli sekenhen dari Akapiman ini juga telah lama karam sangkut pada kayu2 ketika memburu spesis ini. Hanya gambar ini sahaja sempat diabadikan untuk kenangan teman hehe.

Yo-zuri Pins Minnow
Minnow ini juga mampu dimiliki oleh mana mana caster di Malaysia. Gewang ini juga turut menjadi rebutan dek kerana harganya yang murah dan berkesan.

Lucky Craft Bevy Shad
Gewang keluaran Lucky Craft ini rasanya tidak ramai yang menggunakannya untuk menjerat Peacock Bass. Gambar milik saudara Atiq ini menunjukan bahawa ianya juga mampu menjerat Peacock Bass kalau kena dengan cara penggunaannya.

Hinomiya Pencil
Walaupun pensil ini murah harganya, ianya tetap berkesan untuk spesis ini. Lihat gambar sahabat teman si Ayoi dengan spesimen Peacock yang agak kasar dengan gewang permukaan jenama Hinomiya.

River2Sea Bubble Pop
Satu lagi popper yang agak berkesan, teman mula2 dulu pakai popper ini untuk menjerat Peacock Bass sebelum teman jatuh hati dengan Sugoi & yello magic hehe. Harganya yang murah mampu dimiliki oleh semua orang.

Rasanya dah banyak contoh2 teman tunjuk, tapi Insyaallah teman akan cuba masukkan lebih banyak lagi kerana teman kekurangan sumber untuk dimasukkan dalam posting ini.

P/s:Klik pada gambar untuk besarkan supaya lebih jelas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...