Followers

Thursday 22 December 2011

Laporan Trip Peacock Bass 19hb Disember 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog teman ni. Entry kali ni teman nak buat laporan mengilat teman pada 19hb Disember yang lepas. Alkisahnya teman ambil cuti 4 hari untuk melansungkan masjlis cukur jambul anak perempuan teman tu pada hari Ahad. Jadi pada hari Isnin tu teman ada masa terluang sikit jadi ajak kawan kawan teman turun mengilat le jawabnya hehe. Lokasi teman kali ini hanyalah di Temoh sahaja kerana lokasi itulah yang paling dekat sekali dari tempat teman ni. Pada petang tu hujan turun renyai renyai, jadi teman dan kawan kawan bertolak ke lokasi selepas hujan berhenti. Ini kerana selalunya lepas hujan Peacock Bass akan galak bermain. Memang tepat apa yang diramalkan teman, awal awal lagi gewang popper kawan teman dibaham rakus oleh Peacock Bass, namun tewas juga akhirnya apabila ia membelit ke sebatang kayu di tengah tengah lombong. Kecewa kawan teman kerana spesimen tersebut agak kasar ketika ia membuat lompatan di permukaan air dan kecewa kerana poppernya turut karam dibawa bersama. Selepas itu teman pula mendapat sambaran daripada Peacock Bass dan hasilnya teman berjaya mendaratkan spesimen 42cm.


Gewang yang teman gunakan ialah Bassday sugar minnow 65 warna hijau. Dah lama teman tak dapat Peacock Bass saiz saiz macam ni kat Temoh :)

Trip kali ni banyak kali juga teman asyik terlucut, kerana gewang Bassday sugar minnow yang teman gunakan mata kailnya telah ditukar kepada 'barbles single hook'. Jadi, apabila Peacock Bass membuat lompatan di permukaan air peratus untuk terlucut adalah tinggi.

Tidak lama selepas itu teman mendapat sambaran kedua pula, kecil daripada peacock bass yang pertama teman dapat.


Juga menggunakan gewang Bassday Sugar Minnow 65. Banyak jasa betul gewang bassday minnow ni pada teman :)

Lepas tu teman dan kawan kawan beralih ke lokasi lain pula, di sekitar Temoh juga. Balingan pertama terus mendapat sambaran dari Peacock juvenil. Itu pun sambaran tidak tepat dimana mata kail hanya melekat di bawah mulut Peacock bass tersebut. Guna gewang yang sama juga :)


Kemudian teman tukar gewang yang baru teman beli di Ebay iaitu Popper Gary Yamamoto Sugoi Splash. Ternyata masih laku di perairan Temoh ni apabila popper Sugoi Splash teman ni dapat sambaran rakus dari Peacock Bass. Setelah melompat lompat di permukaan air berkali kali akhirnya ia tewas juga di tangan teman hehe.


Tidak lama selepas dapat Peacock tadi teman terus mendapat sambaran kedua menggunakan popper tersebut. Kali ni besar sikit dari spesimen yang pertama tadi, warnanya juga terang sedikit.



Gary Yamamoto Sugoi Splash yang teman gunakan pada hari itu :)


Gambar diatas adalah hasil lain yang kawan teman dapat iaitu saudara Layne. Dengan reel Abu Garcia Revo MGX barunye :)

Banyak juga hasil kawan kawan teman yang lain dapat tetapi gambarnya tiada pada teman. Masing masing duduk jauh dan sibuk melayan Peacock Bass yang tengah mengganas sampai tiada masa nak ambil gambar kawan kawan sendiri.

p/s:kalau ada masa lain pasti teman kembali ke lokasi ini..Peacock Bass nya tengah galak sekarang ni.

Monday 5 December 2011

Gary Yamamoto Sugoi Splash


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hehe kali ni teman nak kongsi gewang permukaan Popper peberet teman iaitu Gary Yamamoto Sugoi Splash. Setelah sekian lama mencari akhirnya dapat jua teman kembali gewang ini. Bukan satu tapi 2 skali teman dapat dengan harga yang agak murah! Gembiranya tak terkata la, kerana gewang milik ini teman ada sebelum ni tapi dah karam :( . Teman beli gewang ni di pasaraya online terkenal iaitu Ebay. Sekarang ni teman tengah tunggu shipping dari Jepun sampai. Teman suka Popper Sugoi Splash ni kerana aksinya yang statik dan tidak berterabur. Selain itu ia juga boleh menghasilkan percikan air yang kuat. Untuk membuktikan keberkesanan popper ini tunggu hasil daripada teman nanti ye..

Friday 2 December 2011

Review: Gewang Payo Black Swan lipless Bent Minnow

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Entry terdahulu teman ada membuat review gewang Ofmer Cat Walk, kali ini teman nak buat review gewang yang teman baru beli dan telah diuji pada 2 minggu yang lepas. Gewang tersebut ialah Payo Black Swan Lipless Bent Minnow yang dibeli oleh teman melalui Ebay. Gewang ini boleh dikatakan 95% hampir serupa dengan gewang yang dikeluarkan oleh Osprey Spritual Performer (O.S.P) Bent Minnow. Memang hajat dihati teman kalau boleh nak pakai gewang dari OSP ini, tapi harganya sangat mahal jika nak dibandingkan dengan gewang keluaran Payo yang jauh lebih murah. Ok, berbalik kepada gewang Payo lipless bent minnow ini dihasilkan di China, kira made in China la hehe.

 
Gambar sebenar gewang Payo Lipless Bent Minnow yang diambil dari Ebay.


Spesifikasi gewang:

Jenis   : Floating (gewang permukaan)
Panjang: 68mm
Berat   : 8.7gram
Hook   : VMC trebles
Harga  : RM30++ (termasuk shipping dari Holland)


Gambar diatas ialah gewang keluaran OSP, nampak hampir sama dengan gewang Payo cuma dari segi panjang yang berbeza. Gewang keluaran Payo lebih pendek sedikit dari gewang keluaran OSP.

Setelah menguji gewang ini, teman dapati gewang ini sangat menarik. Aksinya juga boleh dibuat sama seperti yang gewang keluaran OSP. Aksi gewang ini kelihatan seperti ikan yang sedang pening. Gewang ini akan timbul di permukaan jika berhenti mengarau. Beberapa aksi yang dapat dihasilkan menggunakan gewang bent minnow ini, antaranya:

1) Henjutan perlahan sekata tanpa henti
2) Henjutan pantas sekata tanpa henti
3) Henjut pendek dan berhenti seketika kemudian henjut kembali ( berulang )
4) Henjut panjang dan berhenti seketika kemudian henjut kembali ( berulang )

Jika kreatif mungkin lebih banyak aksi yang dapat dilakukan dengan menggunakan gewang ini.



Gambar diatas adalah antara hasil ikan Peacock Bass yang teman dapat menggunakan gewang Payo Black Swan Lipless Bent Minnow ini. Jadi teman sarankan pada kawan kawan supaya membeli gewang ini kerana ianya amat berbaloi dari segi harga dan kualitinya.


Rating saya untuk gewang ini:

Aksi    : 10/10
Warna : 8/10
Harga  : 9/10
Kualiti : 10/10
 
 

Wednesday 23 November 2011

Laporan Trip Peacock Bass 20hb November 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Entry kali ini teman nak buat sedikit laporan trip Peacock Bass teman bersama sama rakan teman pada 19 & 20hb haritu. Alkisahnye minggu lepas ada kenduri kawen sepupu teman di Temoh, jadi dah dekat sangat dah le tu hehe. Trip ni dijalankan di sekitar Temoh,Sg. Lesong, Malim Nawar dan Kota Bharu, Gopeng.Teman dan rakan rakan teman bercadang hendak ke lokasi lokasi lama yang telah kami tidak pergi di sekitar Temoh.


Peacock Bass pertama teman di Lokasi lama yang telah lama tidak dijenguk disekitar Temoh. Pada mulanya teman menggunakan gewang permukaan seperti popper dan pensil tetapi tidak mendapat sambutan. Teman tukar kepada minnow pula dan hasilnya sepeti gambar diatas menggunakan minnow Smith DD Panish kegemaran teman hehe.


Peacock Bass juvenil merupakan hasil kedua yang teman dapat tetapi foul hook kena dibawah badan ikan tersebut. Juga dengan gewang Smith DD Panish.

Selepas itu tiada sambutan lagi dan teman membuat keputusan untuk mengubah ke lokasi lain. Ketika itu hujan dah mula turun rintik rintik namun teman tetap teruskan juga perjalanan ke lokasi kedua.



Satu satunya ikan Peacock Bass yang teman dapat dilokasi kedua, masih juvenil lagi dengan menggunakan gewang paling berkesan kegemaran teman iaitu Bassday Sugar 65 minnow.
Selepas itu hujan mula turun dengan lebat danteman terus beredar memandangkan waktu Maghrib juga semakin hampir.

Antara hasil lain yang rakan teman dapat di sekitar temoh pada hari sabtu lepas. Teman tidak pasti minnow apakah yang rakan teman gunakan untuk menjerat Peacok Bass tersebut.

Pada keesokkan paginya hari Ahad teman dan rakan baik teman Ayoi telah bergerak ke lokasi seawal pagi dan singgah sarapan di sebuah kedai lama di Sg. Lesong. Dahulu apabila hendak masuk ke Air Kuning mesti singgah ke kedai tersebut. Setelah sekian lama tidak datang, ternyata makcik kedai tu masih ingat pada teman dan rakan teman :). Setelah selesai sarapan kami terus bergerak ke lokasi.

Lokasi pertama air lombongnya naik agak tinggi dan tiada hasil yang boleh diambil gambarnya. Semua Peacock Bass yang teman dan rakan teman dapat kecil kecil belaka. Lantas kami terus mengubah ke lokasi lain juga lokasi yang telah lama tidak dikunjungi. Ternyata hari kami tidak begitu baik kerana turut mendapat hasil yang sangat kecil tetapi banyak.

Terus datang idea gila untuk ke Kota Bharu, Gopeng dengan harapan dapat menjinakkan monster Peacock Bass. Namun setiba sahaja di lokasi, harapan tidak menjadi kenyataan kerana lokasi telah dijadikan tempat mandi pekebun cina di sana. Dalam perjalanan ke lokasi lain ternampak dengan sekumpulan caster yang tidak tahu dari mana asal sedang casting beramai ramai di salah sebuag lombong itik di Kota Bharu tersebut.

Kami pun terus menuju ke lokasi terakhir kami di Malim Nawar. Juga lokasi lama yang tidak dijengah oleh teman dan rakan teman. Setiba di lokasi teman perasan lombong yang dahulunya besar telah menjadi kecil akibat aktiviti perlombongan yang dijalankan di situ. Nampak seperti tiada harapan untuk menaikkan Peacock Bass, tetapi alang alang dah sampai kami cuba juga mengilat di lombong tersebut.


Rupa rupanya ada juga sambutan dari Peacock Bass tetapi tidaklah sebesar mana. Dengan menggunakan gewang baru iaitu Payo Black Swan Bent minnow. Nampaknya dah hanyir gewang baru teman ni :)


Peacock Bass kedua juga menggunakan gewang yang sama. Dan selepas itu naikkan saiz yang sama menyebabkan teman malas nak ambil gambar. Peacock Bass di lombong itu ternyata frenzy tetapi semua saiz kecil kecil belaka.

Masuk sahaja jam 1 Tengahari dah mula terasa panasnya dan kami membuat keputusan untuk pulang sahaja. Mungkin tida rezeki kami pada hari itu untuk menaikkan monster Peacock Bass. Akan dicuba lagi pada lain kali.

Thursday 17 November 2011

Gambar Dolu2 di Sekitar Temoh

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Jika entry sebelum ini teman kongsi gambar gambar lama teman di Air Kuning, entry kali ini teman nak kongsi gambar gambar teman di sekitar Temoh. Temoh ni adalah tempat mula mula teman belajar mengenali Peacock Bass. Mancing pun mula mula pakai umpan hidup, belum kenal ape itu Mengilat lagi hehe. Temoh ni tak jauh daripada rumah teman yang terletak di Bidor kalau nak dibandingkan nak ke Air Kuning, Gopeng, Batu Gajah dan Ipoh. Perjalanan menaiki kereta hanya mengambil masa sekitar 20 minit sahaja.


Gambar kat atas ni waktu teman mula mula layan Peacock Bass, mase tu pakai spinning dan umpan hidup dan pelampung juga hehe.



Lepas beberapa bulan tu bila dah mula join Malaysian Fishing.Net mula la kenal ramai orang dan gewang. Gambar diatas adalah antara gewang gewang terawal yang teman miliki :)




Gambar diatas adalah diantara gewang gewang peberet teman, iaitu spoon Mepps Syclops dan gewang Bassday minnow.



Lagi satu minnow peberet teman, masih ada sampai sekarang Smit DD Panish.




Gambar 2 diatas ni kira dah maju sikit la,waktu ni dah pakai kekili Baitcasting dan baju pun mau pakai Columbia macam kaki kaki mengilat yang lain pakai :)



Yang ni gewang Yozuri Snap Bean rasenye, kalau teman tak silap la :)






Yang diatas ni pula gewang Abu Garcia Tormentor dan Popper River2sea.




Spoon Mepps Syclops, Bassday Sugar minnow dan Smith Panish.



Gambar diatas ini pula dengan gewang Gary Yamamoto Sugoi Splash kegemaran teman, Lucky Craft Gunnish 75 dan Smith DD Panish :)

Kekili baitcasting jenama Daiwa model Milionaire CVX 105L ni teman beli sekenhen dari sahabat teman dengan harga RM400. Teman padankan dengan rod Daiwa Lite & Tough 8-14Lb yang juga teman beli skenhen dari sahabat teman yang lain dengan harga Rm270. Mampu beli yang sekenhen je masa tu :)

Wednesday 16 November 2011

Baju Peacock Bass

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Hari ini teman nak kongsi gambar hasil kerastangan teman dan sahabat teman buat hehe. Selepas percubaan pertama teman design baju haritu ada jugak segelintir sahabat teman berminat. Walaupun berat hati nak tolong buatkan kerana tak pasti kualitinya bagaimana, namun dek kerana mereka bertegas mahukan juga jadi teman buatkan la juga.


Ada 2 design baru, satu teman buat satu lagi sahabat teman yang buat :) dan design lama cuma tukar baju kepada warna hitam.




Gambar jelas design pada baju setelah siap.




Gambar penuh baju tersebut hehe. Teman berpuas hati dengan hasil design teman walaupun tak cantik pada pandangan orang lain. Dan teman buatpun hanya suka suka sahaja, tidak ada niat untuk buat jualan pada orang lain.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...