Followers

Showing posts with label Hampala. Show all posts
Showing posts with label Hampala. Show all posts

Wednesday, 5 March 2014

Hampala Mikro!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Memang agak sukar sekarang ni teman nak kemaskini blog,sibuk memanjang. pada 23hb Feb yang lalu teman berkesempatan pulang ke kampung halaman teman di Bidor. Jadi pada hari Ahad tu teman ade masa lapang sikit jadi seawal pagi teman dah plan nak turun ke sungai mengilat hampala.

Pagi tu teman bergegas ke lokasi yang berpotensi pada firasat teman le. Setiba si spot pertama terus pasang gewang minnow kegemaran saya bassday tu. hampir sejam saya melayan di spot tersebut tiada sambutan. Cuma sekali sahaja dapat merasa ragutan dari hampala,itupun rabut :(

Selepas itu teman terus mengubah lokasi iaitu ke hilir sedikit. Setiba di lokasi kedua kelihatan air keruh sedikit dari lokasi pertama tadi. Teman jengah ke atas rupanya ada aktiviti mengorek pasir. Cuma pada hari ahad tersebut tiada aktiviti mengorek dijalankan.Namun air sedikit keruh juge. Teman terus ke gigi air dan mulakan mengilat dengan gewang yang sama dilokasi pertama tadi. Balingan ketiga teman bersambut. Akhirnya dapat juga teman daratkan hampala pada tahun 2014 ni!


Jadila walaupun kecik!hehe. Lepas bergambar teman lepaskan semula dalam air. Terus teman mengilat dan melemparkan ke spot yang sama dan masih ade lagi yang sudi menyambar!


Lagi kecil dari hasil yang pertama tadi :) Setup yang teman gunakan dan gewang. 

Selepas itu hampir sejam mengilat dari atas membawa ke bawah namun sudahtidak ada yang sudi. Jadi teman beransur pulang ke rumah kerana perut dah lapar.Tak sarapan masa keluar rumah awal2 pagi :)



Tuesday, 3 July 2012

Laporan Trip Hampala 1 Julai 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog teman ni. Kali ni teman nak buat laporan sedikit tentang trip teman pada 1 Julai yang lalu. Teman pulang ke kampung halaman pada miggu tersebut, tetapi sahabat baik teman si Ayoi pula tak balik. Nampaknya tiada harapan nak masuk ke AK. Tapi teman tetap juga melepaskan gian mengilat teman di sungai berhampiran rumah teman, layan Hampala pun jadila. Teman pergi ke spot sama teman pergi pada trip yang sebelum ini.

Air sungai pada hari itu juga jernih, macam ada harapan je nak dapat hampala. Setiba di lokasi teman tak buang masa terus memasang gewang dan mula mengilat. Dari gewang popper, teman tukar ke minnow. Lepas tu tukar kepada gewang sesudu masih juga tiada sambutan. Teman beralih port sedikit kehilir. Kali ini teman menggunakan gewang minnow Abu Garcia Tormentor yang dah lama tak beraksi. Balingan pertama ke reba teman terus mendapat sambutan dari pemangsa. Tak sampai 5 saat mangsa sudah berada diatas daratan hehe. Jadila tak besar mana.


Gambar mangsa dengan set yang teman gunakan untuk mengilat. Tali tu teman baru tukar, teman masukan tali Tuffline xp 10lb. Lepas sesi bergambar macam biasa teman lepaskan semula ke dalam sungai. Semoga ketemu lagi hehe.


Lepas teman dapat sekor ni, dah tiada lagi sambutan sampai ke sudah. Beberapa kali tukar spot namun keputusan tetap hampa. Hari pun dah masuk waktu tengahari dan panas. Apa lagi teman buat keputusan untuk berangkat pulang. Takpa, lain kali boleh datang lagi, dekat je dengan rumah teman hehe.

Tuesday, 29 May 2012

Laporan Trip Hampala 27 Mei 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera teman ucapkan kepada pembaca blog teman ni. Entri kali ni teman nak cerita mengenai trip teman ke Sungai Bidor. Trip ni teman hanya seorang diri je ada hehe. Kisahnya begini, plan asal teman nak masuk ke Air Kuning bersama sahabat baik teman si Ayoi tu pada hari Ahad, tapi tak kesampaian apabila anak kecil teman tu tidak sihat dan perlu dibawa ke Klinik. Jadi teman batalkan trip teman ke Ak tu. Tapi sahabat teman si Ayoi tu tetap pergi ke Ak bersama seorang lagi sahabat teman yang lain, dia ada datang singgah kat rumah teman seawal pagi untuk meminjam pita ukur teman tu. Lebih kurang pukul 9 pagi lepas balik dari klinik teman tak tau nak buat ape, jadi teman plan nak turun sungai berdekatan dengan rumah teman mencari Hampala (sebarau) untuk mengubat tangan yang gigil ni akibat tak dapat pergi mengilat di AK. Lebih kurang 10 minit dengan menaiki motorsikal cabuk teman tu pun sampai ke lokasi. Spot teman pegi tu boleh masuk dengan motorsikal sahaja dan boleh parking terus dekat gigi air hehe.

Nampaknya air sungai sangat jernih, peluang nak dapatkan sebarau macam cerah bisik hati teman. Tanpa buang masa teman terus pasang gewang popper Sugoi Splash dan terus mengilat. Hampir 10 minit masih sunyi tiada sergapan dari pemangsa sungai ni. Teman tukar pula kepada Jig Ringan jenama Matrix. Jig tersebut teman dah ubahsuai sikit. Lontaran terus dibuat di belakang perdu buluh yang jatuh ke dalam air. Balingan Kedua teman terus mendapat sergapan dari pemangsa. Dari jauh dapat lihat kelibat pemangsa yang kecil tu. Terus teman tarik sampai ke darat hehe.


Gambar pemangsa yang telah tewas dengan Jig yang telah diubahsuai oleh teman ni. Lepas ambil gambar teman terus lepaskan semula ke habiat asalnye.


Teman memang amalkan Tangkap dan Lepas (C&R). Tak kira apa jenis ikan sume teman amalkan CNR baik Peacock Bass mahupun Toman. Tak kira la apa ikan yang hentam gewang teman ni semua temanlepaskan semula hehe.

Lepas tu teman sambung semula mengilat, masih dengan Jig yang sama. Balingan dibuat di spot yang sama teman dapat Hampala juvenil tadi. Tak ingat balingan yang keberapa teman mendapat sergapan kedua pula. Juga hampala juvenil yang menjadi mangsa teman kali ni.


Teman rasa spesimen yang kedua ni besar sedikt sahaja dari teman dapat yang pertama tadi. Juga selepas diambil gambar teman lepaskan semula ke habitat asal. Agak lama teman berada di spot pertama tersebut, lepas itu tiada lagi sambutan daripada pemangsa. Teman buat keputusan untuk beralih ke spot yang kedua. Untuk ke spot kedua tu teman kena meredah sungai tersebut utuk ke seberang. Air Sungai tu tak dalam, hanya setakat lutut teman sahaja hehe. Setiba teman di spot yang kedua teman menukar gewang dari Jig kepada Bassday sugar minnow kegemaran teman tu. Kali ini balingan di buat di perdu kelapa sawit yang tumbang kedalam air sungai tersebut. Beberapa kali balingan teman mendapat sergapan tetapi tidak lekat dengan baik. Rasa dari sergapan tersebut spesimen macam kasar. Jadi teman ambil keputusan untuk menukar dari minnow kepada popper sugoi splash.

Memang menjadi rezeki teman hari itu, teman mendapat sambaran padu dari pemangsa yang menyergap gewang popper teman dari bawah pelepah sawit yang jatuh kedalam sungai tersebut. Pemangsa cuba berlawan dan melarikan diri kebawah batang kelapa sawit namun asakan tersebut ditahan oleh teman dengan mengetatkan drag. Terus teman heret pemangsa ke kawasan lapang dan heret naik ke darat hehe. Takut terlepas punya pasal,bukan senang teman nak dapat naikkan Hampala yang kasar2 ni.


Gambar diatas adalah pemangsa yang berjaya teman tewaskan dengan menggunakan popper Sugoi Splash. Riang hati teman ni tidak terkira. Ini adalah Hampala bersaiz kasar kedua teman dapat di sungai Bidor ni. Selepas bergambar mangsa dilepaskan semula ke dalam sungai. Lepas tu teman kembali sambung mengilat dan masih dengan popper yang sama. Balingan juga dibuat di tempat yang sama teman dapat tadi. Balingan tanpa henti2 teman tu sekali lagi mendapat sergapan kasar dari pemangsa. Terkejut teman kerana sewaktu pemangsa menyergap popper percikkan air berbunyi begitu kuat. Kali ni tali utama teman sedikt keluar ditarik pemangsa, teman ketatkan sedikit drag supaya dapat mengekang larian daripada pemangsa. Menjerit teman keseronokan apabila mangsa menunjukan dirinya, memang besar sedikit dari yang teman dapat sebentar tadi.


Juga dengan gewang Gary Yamamoto Sugoi Splash. Spesimen ini hanya panjang sedikit dari yang teman dapat tadi.


Perbezaan saiz antara pemangsa dengan kaki teman hehe. Lepas bergambar terus dilepaskan semula ke dalam air. Risau teman biarkan mangsa lama2 di atas darat.


Pemangsa dilepaskan semula, harap2 mangsa sudi menyergap gewang teman lagi selepas ini. Itu pun kalau panjang nyawa pemangsa tu hehe. Lepas tu sudah tiada pemangsa yang sudi menjama gewang popper teman tu. Teman ubah spot ke atas sikit dari tempat tadi. Jig yang dilempar ke tepi reba mendapat sambutan dari Hampala juvenil. Ini mangsa yang kelima teman dapat pada hari itu.


Pemangsa tersebut adalah mangsa terakhir teman pada hari itu. Hari sudah hampir masuk tengahari, perut pun dah lapar. Jadi teman ambil keputusan untuk balik sahaja. Walaupun masih belum puas mengilat. Tuntutan perut lebih penting hehe.


Gambar diatas adalah Jig Ringan jenama Matrix yang telah diubahsuai oleh teman. Jig ni dah lama  teman beli dahulu.Tak ingat berapa harganya yang pastinya ianya murah sahaja. Asalnya jig ini hanya ada satu sahaja treble hook. Teman tukar kepada mata kail tunggal dan tambahkan satu lagi dibahagian atasnya.


Gambar diatas ini pula macam biasala, gewang popper kegemaran teman. Gary Yamamoto Sugoi Splash! Terima kasih kepada Mr. Gary & Jig Murahan diatas trip hampala ini hehe.

p/s: Tengahari sahabat teman si Ayoi singgah rumah untuk pulangkan semula pita ukur teman tu. Dia ada tunjuk hasil yang dia dapat di Ak pada hari tersebut. Dia ada dapat saiz idaman pengilat Peacock Bass, iaitu lebih dari 50cm.


 Gambar mangsa yang sahabatt emantu dapat si Ayoi, 53cm. Brapa lama dah temantak merasa saiz2 macam ni. bila la agaknya ye boleh dapat hmmmmmmmmmmmmmm
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...