Followers

Tuesday 17 January 2012

Laporan Trip Peacock Bass 15hb Januari 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca dan kawan2. Teman nak cerita sedikit tentang trip pertama teman pada tahun 2012 pada 15hb Januari hari itu. Teman pulang ke kampung halaman teman di Bidor pada hari sabtu petang tetapi tidak ada trip yang dijalankan. Namun teman ada merancang trip keesokkan harinya bersama sahabat teman si Ayoi untuk mengilat sebarau di Sungai Bidor. Tapi apakan daya, pada sebelah pagi hujan turun dengan lebat menyebabkan air sungai menjadi keruh dan kotor. Niat untuk mengilat sebarau terpaksa kami batalkan. Kami tukar rancangan untuk mengilat Peacock Bass sekitar Temoh sahaja kerana masa pun dah lewat. Kami bergerak dari Bidor pun dah pukul 10 pagi. Teman dan sahabat teman pergi ke tempat biasa kami pergi di Temoh. Tapi keadaan air kat lokasi pertama kami agak berlainan kerana airnya telah bertukar menjadi hijau tidak seperti sebelum ini. Namun kami tetap untuk cuba mengilat, mana la t ahu kot2 ada juga hasil. Hampir 15 minit mengilat baru la ada ragutan daripada sang Peacock, itu pun sahabat teman yang dapat. Hasil yang sahabat teman agak kasae juga dimana panjangnya mencecah sehingga 35cm.


Hasil sahabat teman, warna spesimen yang sangat menyerlah. Set yang sahabat teman juga terbaik :)

Teman jugak la yang dok terkial2 mengilat masih tak dapat apa2 ragutan dari Peacock Bass. Jadi teman ambil keputusan untuk mencuba gewang baru yang teman beli seperti teman cerita pada entri sebelum ini iaitu gewang pensil unpainted. Tak lama lepas itu baru le teman dapat hasilnya, tapi cuma dapat Peacock juvenil sahaja hehe.


Gambar diatas adalah Peacock Bass pertama teman pada hari itu. Lepas itu teman dan sahabat teman dah tak dapat apa2 ragutan daripada sang Peacock lagi. Jadi keputusan diambil untuk pergi ke lokasi yang lain.

Setiba di lokasi kedua cuaca sudah semakin panas. Topi pulak teman lupa nak bawak jadi tahan je la. Di lokasi kedua juga air lombong nya tak berapa nak cantik kerana sedikit keruh. Ini kerana ada aliran air yang masuk ke lombong tersebut. Tapi kami tetap cuba juga. Di lokasi kedua ini teman mendapat ragutan pertama daripada Peacock Bass dengan menggunakan gewang Bassday Sugar Minnow.


Hasil kedua teman ini juga bersaiz juvenil lagi. Saiz saiz ini banyak di lokasi tersebut dan aktif mengejar gewang. Teman menukar semula gewang yang teman gunakan mula2 tadi iaitu pensil unpainted. Selang 5 minit selepas itu pensil teman itu diragut oleh sang Peacock, kali ini kasar sedikit hasilnya.


Hasil teman di lokasi kedua dengan menggunakan pensil unpainted yang dibeli dari China.

Lepas dari itu kami dah tak dapat apa2 lagi dan memandangkan matahari pula sudah semakin memanaskan tubuh kami, kami ambil keputusan untuk pulang sahaja. Lagipun teman akan bertolak pulang ke Kuala Lumpur selepas itu. Lepas ini ada banyak cuti panjang sedikit, boleh cuba lagi nanti. Sekian sedikit laporan dari saya :)

Monday 16 January 2012

Review: Gewang Pensil Unpainted

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Entri teman pada kali ini adalah mengenai gewang baru yang teman beli tak lain tak bukan mestilah di Ebay hehe. Cuma kali ini gewang yang teman beli ini unik sedikit dimana ia tidak berjenama dan bercorak. Gewang permukaan pensil unpainted yang dikeluarkan di China ini teman beli dengan harga yang sangat murah iaitu RM16 untuk 5 ketul. Ia tidak disertakan sekali bersama hook dan mata ikan. Ada banyak jenis gewang unpainted ini seperti minnow, crankbait dan macam2 lagi. Tapi teman cuma beli jenis pensil sahaja.


Apabila teman belek2 gewang ini baru teman tau kenapa ia dijual dengan harga yang murah, ini kerana ada sedikit cacat cela yang terdapat pada gewang2 tersebut. Tetapi tidaklah sampai tidak boleh digunakan. Lepas itu teman terus ke kedai pancing yang berdekatan dengan rumah teman untuk membeli Treble hook dan split ring untuk dipasang pada gewang2 tersebut. Kalau diikutkan kita boleh cantikkan gewang tersebut dengan mengecat warna2 kegemaran atau yang dirasakan berpotensi. Tapi teman lebih suka kalau dibiarkan kosong begitu sahaja. Dibawah ini teman cerita sedikit spesifikasi gewang tersebut:


Spesifikasi gewang:

Jenis   : Floating (gewang permukaan)
Panjang: 70mm
Berat   : 3.5gram
Hook   : Tidak disertakan
Harga  : RM16 (untuk 5 biji dan termasuk shipping dari China)


Gambar gewang dari sisi lain.


Gambar gewang dari sisi hadapan.

Untuk pengetahuan pembaca semua, teman telah menguji kebolehan dan keberkesanan gewang ini untuk menjerat Peacock Bass. Hasilnya setakat ini boleh dikatakan memberansangkan kerana teman sempat menguji hanya 2 jam sahaja. Lenggokkan nya juga amat cantik ketika membuat aksi 'walk the dog'. Selain itu ia juga mengeluarkan bunyi yang sangat kuat kerana terdapat bearing yang sederhana besar di dalamnya. Boleh didengar dari jauh. Dibawah teman sertakan gambar kejayaan teman menjeratkan Peacock Bass dengan menggunakan gewang ini:




Rating saya untuk gewang ini:

Aksi    : 9/10
Warna : 0/10
Harga  : 10/10
Kualiti : 7/10
 
Untuk sahabat sahabat yang ingin membeli gewang ini di Ebay boleh mencari dengan menaip 'Unpainted lure'.

Saturday 7 January 2012

Edisi Tak Terduga.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Entry kali ni teman nak cerita pasal satu aktiviti pancingan teman yang tak dijangka. Alkisahnya pada cuti krismas yang lepas family wife teman ada buat family day kat Sepang. Di sana kami menginap disebuah rumah milik pakcik wife teman di Taman Sepang Putra. Di  belakang rumah pakcik wife teman tu ada sebuat tasik buatan dimana airnya masuk melalui muara laut. Pernah teman bersembang dengan penduduk tempatan yang datang memancing disitu, dan katanya di tasik itu ada macam2 spesis seperti siakap, ikan susu dan lain2. Cuma pada kali ini teman sendiri nak cuba mengilat di tasik itu mana tau kot2 dapat naik ikan siakap hehe. Tapi malangnya set mengilat tertinggal di kampung. Cuma yang ada hanyalah set mengilat spinning teman yang dah berabuk lama tidak digunakan. Boleh lah daripada takde. Lagi satu teman lupa yang gewang teman turut sama tertinggal dikampung, aduhhhhhh macam mana nak mengilat macam ni kalau gewang pun takde? Jadi di pekan Sepang teman cari kedai yang menjual alatan pancing, nasib baik ada. Jadi teman beli ler serba sedikit gewang, tali dan snap yang murah2.


Modal untuk beli barang barang diatas tak sampai pun RM30. Teman beli sebiji gewang minnow, sebiji gewang pensil dan sebiji popper.

Punya la teman bersemangat dan berharap dapat mendaratkan siakap pada hai itu. Tanpa membuang masa teman terus ke tasik belakang rumah tersebut untuk mengilat. Balingan pertama teman menggunakan gewang minnow terus mendapat sambutan tetapi sentapan tidak kuat atau kasar. Punya la teman seronok ingatkan dah dapat ikan siakap pertama walaupun kecil. Rupa rupanya bukan ikan siakap yang teman dapat tetapi ikan lain iaitu ikan Flower Horn. Nak tergelak pun ade dibuatnya hehe. Tapi ini kira rekod baru teman juga la..kali pertama dapat ikan Flower Horn dengan mengilat menggunakan gewang.


Hehe..ikan Flower Horn yang tidak sebesar mana. Jadila dari takde dapat lansung kan. Itu la ikan pertama dan terakhir teman dapat pada hari itu. Lepas tu teman dah tak dapat apa2 lagi. Jenuh pusing keliling tasik tapi hampa tiada sambaran daripada penghuni tasik. Mungkin ikan disini culas dengan gewang kot. Sebab ramai yang datang memancing bawan umpan hidup seperti ikan pinpin, udang dan cacing.

Tuesday 3 January 2012

Selamat Tahun 2012


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Disini teman nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua pembaca blog teman ni. Teman berharap tahun 2012 ni akan beroleh hasil yang lebih lumayan lagi serta memperbaharui rekod rekod peribasi teman.

p/s: Lesen tahun 2012 teman belum ada lagi hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...