Followers

Showing posts with label Pitching. Show all posts
Showing posts with label Pitching. Show all posts

Tuesday, 27 September 2011

Teknik Teknik Dalam Mengilat (Casting)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Jika posting teman sebelum ini menceritakan tentang perkara asas dalam penggunaan kekili Baitcasting, posting kali ini pula teman ingin menceritakan pula tentang teknik teknik yang boleh digunakan semasa mengilat menggunakan kekili Baitcasting. Seperti yang kita tahu mengilat ini adalah dengan melontar gewang ke sasaran atau kawasan terbuka, kemudian mengarau semula gewang tersebut. Namun, tahukah anda terdapat teknik teknik yang berkesan untuk digunakan jika kawasan tempat anda mengilat itu terhad atau sempit. Jadi teman akan ceritakan sedikit tentang teknik teknik ini.

1. Overhead
Teknik ini ialah teknik yang selalu digunakan oleh para pengilat di Malaysia dan seluruh dunia. Sesuai digunakan di kawasan lapang kerana teknik ini memerlukan kawasan sekeliling yang agak luas. Cara cara melakukan teknik ini ialah:
  • Pegang rod anda mengikut kesesuain dan keselesaan tangan anda. Kemudian Halakan rod kehadapan dengan gewang sedikit tergantung di hujung tip rod.
  • Tekan Thumb bar dan letakkan ibu jari diatas spool supaya gewang tidak terjatuh ke tanah/lantai.
  • Gerakkan rod menegak ke belakang dengan melalui atas kepala. Pastikan gewang tidak terbelit atau berpusing di bahagian tip rod.
  • Kemudian hayunkan rod kehadapan mengikut dan lepaskan jari anda daripada spool tersebut. Pastikan anda tidak melepaskan jari anda terlalu awal atau terlalu lambat kerana gewang tidak akan pergi jauh atau tepat ke sasaran yang anda mahukan. Sebaik baiknya lepaskan semasa keadaan rod berada dalam keadaan menegak selari dengan badan anda.
  • Apabila gewang jatuh ke dalam air, karau kekili sedikit supaya thumb bar berada dalam keadaan asal.
Untuk lebih mudah fahami teknik ini boleh lihat video daripada Hajime Murata di halaman youtube.

2. Underhand
Teknik ini pula digunakan apabila kita berada pada kawasan yang agak sempit menyukarkan kita untuk membuat balingan menggunakan teknik overhead. Seperti di bawah pokok, teknik ini dapat mengelakkan daripada gewang tersangkut semasa membuat balingan. Jarak balingan juga tidak jauh seperti yang mampu dilakukan dalam teknik overhead. Cara cara untuk melakukan teknik ini ialah:
  • Pegang rod mengikut kesesuaian dan keselesaan tangan anda. Pastikan anda berdiri bertentangan dengan sisi air. Dan angkat rod anda pada paras pinggang anda dan selari dengan permukaan tanah. Pastikan juga rod dan lengan anda dalam satu garisan lurus.
  • Tekan thumb bar dan letakkan ibu jari diatas spool. Gerakkan rod anda ke sisi badan anda dengan gewang tergantung sedikit di bahagian tip rod.
  • Kemudian hayunkan rod kehadapan betul betul selari dengan badan anda. Lepaskan spool mengikut kesesuaian anda supaya gewang tepat ke sasaran yang anda mahukan. Teknik ini perlu dilakukan kerap supaya anda dapat membiasakan diri dan juga dapat membua balingan gewang dengan lebih tepat ke sasaran.
Untuk memahami video ini juga boleh melihat video daripada Hajime Murata. Ianya lebih mudah.

3. Pitching
Teknik ini sesuai digunakan apabila anda mahu membaling gewang ke kawasan yang berpokok rendah yang hampir ke permukaan air. Sesuai digunakan ketika berada diatas bot ataupun di daratan. Teknik ini tidak memerlukan tenaga yang banyak untuk melakukannya. Teknik ini mudah kerana anda hanya perlu bayangkan untuk membuat bentuk 'U' dengan hujung tip rod anda. Cara cara untuk melakukan teknik ini ialah:

-Pegang rod dengan tangan kanan anda (jika kidal anda gunakan tangan kiri). Kemudian pegang gewang seperti didalam gamar diatas.

-Tekan thumb bar dan dan letakkan ibu jari diatas spool supaya spool tidak berpusing.

- Kemudian pegang rod pada paras pinggang seperti pada gambar diatas. Lengan anda berada dalam keadaan bengkok dan santai.


- Lepaskan gewang dan hayunkan umpan ke arah hadapan dan ketika ini angkat rod ke atas lebih kurang satu kaki.
- ketika ini lepaskan juga jari pada spool supaya gewang dapat pergi kehadapan dengan berkelajuan sederhana.
- Jika anda gewang anda jatuh depan anda ini bermakna anda terlalu cepat melepaskan spool manakala jika gewang terlalu melambung ke atas ini bermakna anda terlalu lewat melepaskan spool. Latihan yang kerap akan membiasakan anda dengan teknik ini.

4. Flipping
Teknik ini pula berbeza dengan teknik pitching, dimana teknik ini tidak perlu memegang gewang seperti pitching. Teknik flipping ini juga tidak boleh melontar gewang jauh seperti teknik pitching. Tidak pasti teknik ini sesuai digunakan pada waktu bila, tetapi menurut pemancing profesional dari luar negara, teknik ini sesuai untuk keadaan air yang jernih dan cetek dimana kita boleh melihat ikan dengan jelas. Tujuan nya supaya gewang yang jatuh berhampiran ikan tidak terlalu kuat dan mengejutkan ikan. Cara cara untuk melakukan teknik ini ialah:
- Pertama, letakkan rod pada paras pinggang anda. Tekan thumb bar dan biarkan gewang jatuh ke atas tanah. Kemudian karau sedikit supaya thumb bar kembali kepada kedudukan asal.
- Kemudian pegang tali pada bahagian antara reel dan guide pertama pada rod anda dengan tangan kiri, tarik sedikit kebelakang. Anda akan melakukan pergerakan yang sama seperti anda lakukan dalam teknik pitching dengan menggerakkan hujung tip rod anda.
- Hayunkan gewang kehadapan dan angkat rod keatas lebih kurang sekaki tinggi, kemudian lepaskan tali yang anda pegang di tangan kiri anda tadi. Pastikan anda tidak terlalu cepat dan terlalu lewat melepaskan tali tersebut. Latihan yang kerap akan membatu anda untuk mahir dalam teknik ini.

Perbezaan diantara teknik Pitching dan teknik Flipping.
Diharap pembaca semua tidak keliru dengan kedua dua teknik ini, kerana kedua dua teknik ini adalah berbeza sama sekali. Pertama teknik pitching memerlukan spool berpusing untuk mengeluarkan tali, tapi teknik flipping tidak perlu. Kedua, jarak balingan teknik pitching lebih jauh berbanding teknik flipping.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...