Followers

Showing posts with label River2Sea. Show all posts
Showing posts with label River2Sea. Show all posts

Thursday, 17 November 2011

Gambar Dolu2 di Sekitar Temoh

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Jika entry sebelum ini teman kongsi gambar gambar lama teman di Air Kuning, entry kali ini teman nak kongsi gambar gambar teman di sekitar Temoh. Temoh ni adalah tempat mula mula teman belajar mengenali Peacock Bass. Mancing pun mula mula pakai umpan hidup, belum kenal ape itu Mengilat lagi hehe. Temoh ni tak jauh daripada rumah teman yang terletak di Bidor kalau nak dibandingkan nak ke Air Kuning, Gopeng, Batu Gajah dan Ipoh. Perjalanan menaiki kereta hanya mengambil masa sekitar 20 minit sahaja.


Gambar kat atas ni waktu teman mula mula layan Peacock Bass, mase tu pakai spinning dan umpan hidup dan pelampung juga hehe.



Lepas beberapa bulan tu bila dah mula join Malaysian Fishing.Net mula la kenal ramai orang dan gewang. Gambar diatas adalah antara gewang gewang terawal yang teman miliki :)




Gambar diatas adalah diantara gewang gewang peberet teman, iaitu spoon Mepps Syclops dan gewang Bassday minnow.



Lagi satu minnow peberet teman, masih ada sampai sekarang Smit DD Panish.




Gambar 2 diatas ni kira dah maju sikit la,waktu ni dah pakai kekili Baitcasting dan baju pun mau pakai Columbia macam kaki kaki mengilat yang lain pakai :)



Yang ni gewang Yozuri Snap Bean rasenye, kalau teman tak silap la :)






Yang diatas ni pula gewang Abu Garcia Tormentor dan Popper River2sea.




Spoon Mepps Syclops, Bassday Sugar minnow dan Smith Panish.



Gambar diatas ini pula dengan gewang Gary Yamamoto Sugoi Splash kegemaran teman, Lucky Craft Gunnish 75 dan Smith DD Panish :)

Kekili baitcasting jenama Daiwa model Milionaire CVX 105L ni teman beli sekenhen dari sahabat teman dengan harga RM400. Teman padankan dengan rod Daiwa Lite & Tough 8-14Lb yang juga teman beli skenhen dari sahabat teman yang lain dengan harga Rm270. Mampu beli yang sekenhen je masa tu :)

Wednesday, 2 November 2011

Trip Dolu Dolu: Monster Air Kuning

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Entry kali ni teman nak kongsi lagi gambor trip trip teman sebelum ini. Godek2 kat dalam hard disc komputer lama teman jumpa banyak gambar gambar lama. Salah satu nya trip teman ke Air Kuning pada 11hb Oktober 2009. Masa ni teman masih bujang lagi la dan sangat aktif ke Air Kuning setiap minggu bersama rakan baik teman :)

Trip teman pada hari tersebut menjurus kepada penggunaan gewang permukaan Popper. Walaupun tak banyak hasil yang didaratkan pada hari itu, tapi terbukti juga keberkesanan dan kualiti popper tersebut.




Inilah popper peberet teman sehinggat ke saat ini. Popper Gary Yamamoto Sugoi Splash ini teman beli secara online di website Akapiman dengan harga RM30. Tapi malangnya sekarang popper ini dah karam..dimana kan ku cari ganti sob..sob..

Salah satu mengapa teman suka popper ini adalah kerana aksi nya yang statik dan tidak berterabur. Percikan air nya juga mampu menggiurkan Peacock Bass, walaupun agak mahal tapi dek kerana berkualiti tinggi teman sangat berpuas hati lebih lebih lagi kalau dapat spesimen sebesar ini.


Gambar di bawah ini adalah Peacock Bass kedua teman dapat pada hari itu. Kecil sedikit dan juga menggunakan gewang popper yang sama Sugoi Splash.



Sape sape ade popper ini dan nak jual kepada teman amatlah dialu alukan hehe.
Antara hasil lain yang diperolehi rakan2 teman hari itu juga amat memberansangkan. Peacock monster dan tidak pasti dapat menggunakan gewang jenis apa. 


Lihatlah latar belakang port yang berkayu di dalam air, ia merupakan tempat Peacock Bass bermastautin. Jika kena pada hari dan keadaan airnya pasti tidak mengecewakan!


Rakan saya nizam juga tidak ketinggalan mendaratkan seekor Peacock Bass pada hari itu dengan gewang permukaan River2sea Rover. Saiz yang juga boleh mengujakan siapa yang mendapatnya :)
Waktu yang paling sesuai dan efektif untuk mengilat di air kuning ketika itu adalah waktu pagi ketika airnya sangat tenang. Jika bernasib baik dapat lihat anak seluang dikejar Peacock bass di permukaan air!

Monday, 19 September 2011

Laporan Trip Peacock Bass 17hb Sept 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua, kali ni teman nak buat laporan tentang trip peacock bass teman minggu lepas bersama kawan kawan teman. Port yang teman kunjung hari tu adalah port baru yang dibawa oleh saudara Ayoi, teman sendiri pun tak pernah sampai lagi dan port tu dan port kedua adalah port biasa teman selalu trainning dulu2..Petang tu hujan turun renyai2 sikit tapi berhenti tidak lama selepas itu.



Saudara Ayoi dengan Peacock bass pertama pada hari itu dengan katak River2sea milik teman. Ini adalah kali pertama dalam hidup teman tengok Peacock Bass hentam katak getah. Port pertama di Banir ini teman dan sahabat teman saudara Layne kumpawww..hanya seekor sahaja yang dapat didaratkan oleh saudara Ayoi. Selepas itu kami buat keputusan untuk ubah port trainning kami dulu2 di Kg. Jawa mencuba nasib kerana dah lami kami tidak menjengah port tersebut.

Teman pembuka tirai di port kedua tersebut apabila berjaya mendaratkan Peacock bass juvenil dengan menggunakan gewang pensil yang baru dibeli tengahari sebelum itu.

Peacock bass juvenil pertama teman dengan pensil Ofmer Cat Walk. Set casting yang teman gunakan didalam gambar diatas ialah Seahak Bass 103L yang telah di cat semula oleh teman hehe..manakala rod pula adalah Seahawk Black Scorpion.

Belum sempat teman nak lepaskan matakail pada ikan tersebut, saudara Ayoi pula menerima sambaran padu dari Peacock Bass dengan gewang popper yozuri.


Ini adalah spesimen terbesar pada trip hari itu yang telah berjaya didaratkan oleh saudara Ayoi berukuran 40cm. Masih ada lagi saiz saiz kasar di port trainning kami ni rupanya. Kerana port ini telah dikunjungi ramai caster kerana tempatnya yang mudah di akses.

Peacock bass kedua teman pada hari itu dengan gewang Popper Dairitsu Yellow Magic. Lihat warna spesimen tersebut, ianya berwarna gelap sedikit mungkin kerana faktor habitatnya yang bersamai tebal menyebabkan ia menjadi warna sebegitu rupa.

Ini juga pertama kali dalam sejarah hidup teman, casting dapat ikan Chiclid dengan gewang Bassday Sugar Minnow. Boleh tahan juga asakan nya ketika cuba hendak didaratkan..

Trip ini ditamatkan pada jam 7pm, dan trip ini pasti meninggalkan kesan yang amat endalam pada sahabat teman si Layne kerana beliau telah KUMPAWWWWWW berdarah pada hari itu. Tambah menghayatkan hatinya apabila beliau terpaksa belanja kami makan capati di simpang Chenderiang hehe..

P/s: dah lama teman tak casting, hari ini lengan teman terasa lenguh lenguh akibat kerap menghayun rod pada hari itu.

Tuesday, 13 September 2011

Gewang Gewang Berkesan Untuk Memburu Peacock Bass..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua pembaca. Kali ini teman nak berkongsi sedikit maklumat atau lebih tepat lagi pendapat teman dalam tajuk gewang2 yang berkesan untuk memburu spesis Peacock Bass. Pendapat teman ini adalah berdasarkan dari pemerhatian teman kepada hasil2 tangkapan peacock bass dari kawan2 laman maya dan juga dari pengalaman teman sendiri dalam memburu spesis ini. Penggunaan gewang ini juga perlu sesuai dengan masa, keadaan cuaca, faktor air dan saiz gewang. Topik ini mungkin akan teman keudarakan pada posting selepas ini, kerana posting ini teman hanya ingin mengenengahkan tentang gewang untuk Peacock Bass di perairan Malaysia. Gewang yang sering digunakan adalah seperti gewang pensil, popper, minnow, soft plastic dan sesudu. Antara jenama jenama yang popular ialah:

1. Gewang Pensil
- Megabass Dog-x
- Megabass Dog-x junior
- Coayu slide sinker
- Lucky Craft Sammy
- Lucky Craft Gunnish 75 & 95
- Rapala Skitter Walk
- Ima Skimmer
- River2Sea Bubble pen
- River2Sea Rover
- Owner Cultiva
- Heddon pensil
- Jackal Mudsucker
- Saurus Gao Pensil
- Strike pro pensil
- Bassday Sugar Pencil

2. Popper
- Megabass Pop Max
- River2Sea Bubble popper 45 & 65
- Yozuri 3D popper
- Yozuri Arm popper
- Gary Yamamoto Sugoi Splash
- Yellow Magic Popper
- Rapala Skitter Pop
- Chug Bug popper
- Daiwa TD Popper

3. Minnow
- Rapala X-Rap
- Rapala Flat Rap
- Rapala Taildancer
- Rapala Cont Down
- Abu Garcia Tormentor
- Lucky Craft Wander
- Lucky Craft Bevy Shad
- Storm Flutterstick
- Bassday Sugar Minnow / Slim Minnow
- Smith Panish
- Daiwa Lazy S
- Megabass Lip In Bait
- Yozuri Pins Minnow
- Baby Cima
- Strike Pro Albino minnow
- Jackson Athlete 55 S

4. Soft Plastic
- Berkley SP
- Ecogear
- Nories SP
- Zoom
- Imakatsu
- Evergreen
- Gary Yamamoto
- Jackal Bros
- OSP

5. Sesudu
- Yozuri Altima
- Abu Garcia Island
- Mepps Syclops
- Strike Pro
- Siam Spoon

Itu adalah sebahagian gewang2 yang teman ingat dan dan rasanya banyak lagi gewang2 killer untuk memburu Peacock Bass ini. Di bawah ni teman masukkan gambar2 gewang Kegemaran milik teman semasa memburu spesis ini.


Untuk gewang permukaan, teman lebih gemar menggunakan Dog-x keluaran Megabass dan Lucky Craft Gunnish.




Bagi kategori minnow pula teman paling suka guna Bassday sugar minnow dan Smith DD Panish. Lagi satu teman suka juga pada Daiwa Lazy S dan LC Wander. Yang ni kompom PB tak tolak kalau lalu depan mata. Gewang Baby Cima juga tak mengecewakan pada teman sepanjang memburu spesis ini, cuma teman jarang gunakannya.


Untuk sesudu pula, temanlebih berminat kepada Mepps Syclops. lagi lagi kalau sesudu tu warna terang seperti flouroscent atau oren, memang berkesan. Lagi satu dulu teman ada guna Yozuri Altima spoon, tapi dah karam. Yang itu pun boleh tahan keberkesanannya..tapi sekarang dah tak pakai lagi spoon ini untuk memburu peacock bass.

Oklah, jika ada apa2 pendapat yang korang sume nak tambah boleh ler komen kat sini. Nanti teman tambah2 atau betulkan info posting ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...