Followers

Thursday 22 December 2011

Laporan Trip Peacock Bass 19hb Disember 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog teman ni. Entry kali ni teman nak buat laporan mengilat teman pada 19hb Disember yang lepas. Alkisahnya teman ambil cuti 4 hari untuk melansungkan masjlis cukur jambul anak perempuan teman tu pada hari Ahad. Jadi pada hari Isnin tu teman ada masa terluang sikit jadi ajak kawan kawan teman turun mengilat le jawabnya hehe. Lokasi teman kali ini hanyalah di Temoh sahaja kerana lokasi itulah yang paling dekat sekali dari tempat teman ni. Pada petang tu hujan turun renyai renyai, jadi teman dan kawan kawan bertolak ke lokasi selepas hujan berhenti. Ini kerana selalunya lepas hujan Peacock Bass akan galak bermain. Memang tepat apa yang diramalkan teman, awal awal lagi gewang popper kawan teman dibaham rakus oleh Peacock Bass, namun tewas juga akhirnya apabila ia membelit ke sebatang kayu di tengah tengah lombong. Kecewa kawan teman kerana spesimen tersebut agak kasar ketika ia membuat lompatan di permukaan air dan kecewa kerana poppernya turut karam dibawa bersama. Selepas itu teman pula mendapat sambaran daripada Peacock Bass dan hasilnya teman berjaya mendaratkan spesimen 42cm.


Gewang yang teman gunakan ialah Bassday sugar minnow 65 warna hijau. Dah lama teman tak dapat Peacock Bass saiz saiz macam ni kat Temoh :)

Trip kali ni banyak kali juga teman asyik terlucut, kerana gewang Bassday sugar minnow yang teman gunakan mata kailnya telah ditukar kepada 'barbles single hook'. Jadi, apabila Peacock Bass membuat lompatan di permukaan air peratus untuk terlucut adalah tinggi.

Tidak lama selepas itu teman mendapat sambaran kedua pula, kecil daripada peacock bass yang pertama teman dapat.


Juga menggunakan gewang Bassday Sugar Minnow 65. Banyak jasa betul gewang bassday minnow ni pada teman :)

Lepas tu teman dan kawan kawan beralih ke lokasi lain pula, di sekitar Temoh juga. Balingan pertama terus mendapat sambaran dari Peacock juvenil. Itu pun sambaran tidak tepat dimana mata kail hanya melekat di bawah mulut Peacock bass tersebut. Guna gewang yang sama juga :)


Kemudian teman tukar gewang yang baru teman beli di Ebay iaitu Popper Gary Yamamoto Sugoi Splash. Ternyata masih laku di perairan Temoh ni apabila popper Sugoi Splash teman ni dapat sambaran rakus dari Peacock Bass. Setelah melompat lompat di permukaan air berkali kali akhirnya ia tewas juga di tangan teman hehe.


Tidak lama selepas dapat Peacock tadi teman terus mendapat sambaran kedua menggunakan popper tersebut. Kali ni besar sikit dari spesimen yang pertama tadi, warnanya juga terang sedikit.



Gary Yamamoto Sugoi Splash yang teman gunakan pada hari itu :)


Gambar diatas adalah hasil lain yang kawan teman dapat iaitu saudara Layne. Dengan reel Abu Garcia Revo MGX barunye :)

Banyak juga hasil kawan kawan teman yang lain dapat tetapi gambarnya tiada pada teman. Masing masing duduk jauh dan sibuk melayan Peacock Bass yang tengah mengganas sampai tiada masa nak ambil gambar kawan kawan sendiri.

p/s:kalau ada masa lain pasti teman kembali ke lokasi ini..Peacock Bass nya tengah galak sekarang ni.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...