Followers

Friday 2 December 2011

Review: Gewang Payo Black Swan lipless Bent Minnow

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Entry terdahulu teman ada membuat review gewang Ofmer Cat Walk, kali ini teman nak buat review gewang yang teman baru beli dan telah diuji pada 2 minggu yang lepas. Gewang tersebut ialah Payo Black Swan Lipless Bent Minnow yang dibeli oleh teman melalui Ebay. Gewang ini boleh dikatakan 95% hampir serupa dengan gewang yang dikeluarkan oleh Osprey Spritual Performer (O.S.P) Bent Minnow. Memang hajat dihati teman kalau boleh nak pakai gewang dari OSP ini, tapi harganya sangat mahal jika nak dibandingkan dengan gewang keluaran Payo yang jauh lebih murah. Ok, berbalik kepada gewang Payo lipless bent minnow ini dihasilkan di China, kira made in China la hehe.

 
Gambar sebenar gewang Payo Lipless Bent Minnow yang diambil dari Ebay.


Spesifikasi gewang:

Jenis   : Floating (gewang permukaan)
Panjang: 68mm
Berat   : 8.7gram
Hook   : VMC trebles
Harga  : RM30++ (termasuk shipping dari Holland)


Gambar diatas ialah gewang keluaran OSP, nampak hampir sama dengan gewang Payo cuma dari segi panjang yang berbeza. Gewang keluaran Payo lebih pendek sedikit dari gewang keluaran OSP.

Setelah menguji gewang ini, teman dapati gewang ini sangat menarik. Aksinya juga boleh dibuat sama seperti yang gewang keluaran OSP. Aksi gewang ini kelihatan seperti ikan yang sedang pening. Gewang ini akan timbul di permukaan jika berhenti mengarau. Beberapa aksi yang dapat dihasilkan menggunakan gewang bent minnow ini, antaranya:

1) Henjutan perlahan sekata tanpa henti
2) Henjutan pantas sekata tanpa henti
3) Henjut pendek dan berhenti seketika kemudian henjut kembali ( berulang )
4) Henjut panjang dan berhenti seketika kemudian henjut kembali ( berulang )

Jika kreatif mungkin lebih banyak aksi yang dapat dilakukan dengan menggunakan gewang ini.



Gambar diatas adalah antara hasil ikan Peacock Bass yang teman dapat menggunakan gewang Payo Black Swan Lipless Bent Minnow ini. Jadi teman sarankan pada kawan kawan supaya membeli gewang ini kerana ianya amat berbaloi dari segi harga dan kualitinya.


Rating saya untuk gewang ini:

Aksi    : 10/10
Warna : 8/10
Harga  : 9/10
Kualiti : 10/10
 
 

4 comments:

  1. salam...

    ada gewang ni yg utk dijual tak bro? saya dok cari jugak gewang ni tapi tak jumpa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam mr. tokan,

      tak ada lebih ler untuk dijual..saya beli pun seketul je :) sebab nak try performance dia. Kalau nak beli cuba cari di EBay bro.

      Delete
  2. Wan,

    Best ka gewang nie? dapat banyak PB ke tak ?
    Ade dapat ikan slain dari PB ngan bent minnow nie ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far ok la bagi aku dengan harga dia. tapi nak kena rajin sikit la main gewang ni. nak bagi dia action macam@ hehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...