Followers

Monday 21 May 2012

Laporan Trip Peacock Bass 13hb Mei 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog teman ni. Rasenya dah lama teman tak buat laporan trip teman ni hehe. Maklumla dah lama tak turun mengilat. Laporan kali ni teman nak ceritakan tentang trip Teman Ke Air Kuning pada 12hb Mei yang lepas. Nak dijadikan cerita hari Jumaat sehari sebelum teman nak pulang ke kampung teman mesej saudara Rizalman yang merupakan seorang pengilat tegar Peacock Bass di Air Kuning. Teman dah lama benar tak masuk mengilat di AK ni tetiba terbukak hati nak mengilat di AK dek sebab teman dengar cerita ada jalan boleh masuk Ak dengan menaiki kereta. Teman berjanji dengan saudar Rizal untuk berjumpa di Chenderong Balai kerana Rizal dan kawannya akan datang dari Tanjung Karang.



Keesokan paginya, lebih kurang 6.30 pagi teman dah keluar rumah untuk gerak ke lokasi perjumpaan. Teman tiba di Chenderong Balai lebih kurang Jam 7.05 pagi. Lokasi perjumpaan dari rumah teman di Bidor tak jauh mana lebih kuran 25KM sahaja. Sementara teman tunggu saudara Rizal tiba teman pergi berserapan di kedai2 berhampiran yang terdapat di situ. Pekena nasi lemak dan kopi O memang terbaik la hehe. Jam 8.15 pagi baru saudara Rizal dan konco2 nya muncul. Teman bergerak ke lokasi lebih kurang 8.45 pagi dan tiba di Spot kegemaran iaitu mini kenyir lebih kurang 9.00 pagi. Walaupun sudah 2 tahun teman tak masuk AK ini, namun tak banyak perubahan yang berlaku. Tapi terasa seperti nostalgia teringat zaman bujang dulu yang sering berkunjung ke AK ni.


Gambar diatas adalah spot kegemaran teman. Air surut sedikit waktu teman datang pada hari itu. Masa teman sampai di spot teman lihat sudah ada 4 biji bot sedang berlegar2 dikawasan itu. Rupanya ada yang sudah sampai lebih awal di spot itu. Dalam hati teman harap2 ada lagi Peacock Bass yang sudi baham gewang teman nanti. Tanpa buang masa lagi teman terus mengilat di satu suak dengan menggunakan gewang permukaan. Dari pooper teman tukar kepada gewang pensil. Kemudia tukar popper semula namun tiada yang sudi membaham gewang teman ni. Jadi teman tukar kepada minnow. Semua minnow teman tu dah tukar kepada single hook. Untuk keselamatan supaya peratus gewang untuk sangkut di reba kurang. Lepas tukar kepada gewang minnow baru la teman nampak kelibat gewang mengejar gewang teman. Dari jauh teman lihat sahabat kepada saudara Rizal telah mendaratkan seekor Peacock Bass.Teman juga ada mendapat sambaran selepas itu namun hanya sebentar sahaja aksi berlawan teman dapat rasa apabila mangsa berjaya melepaskan diri. Inilah risiko apabila gewang ditukar kepada single hook. Peratus untuk lucut juga tinngi :)

Teman juga tak dapat2 lagi ni. Agak lama jugak teman menghayun rod teman tu. Tak lama lepas tu teman ubah sedikit lokasi teman tu. Teman ambil risiko dengan memberanikan untuk mengilat di celah2 reba kayu. Tapi guna gewang yang takberapa mahal la hehe. Nampaknya usaha teman tu berbaloi apabila ada yang sudi membaham minnow murahan teman tu.


Jadila walaupun tak sebesar mana. Teman guna gewang ABu Garcia Tormentor 7cm. Peacock Bass tersebut telah selamat di CNR selepas gambar diambil. Di spot yang sama teman dapat  lagi sambaran dari Peacock Bass, namun kali ini daya lawannya agak kuat. Setelah hampir dekat dengan teman, nampak kelibat mangsa yang agak kasar. Dalam hati dah rasa seronok tapi itu la, tak kesampaian apabila mangsa membuat aksi akrobatik di permukaan dan berjaya melepaskan diri. Kecewa lagi hehe.

Teman memberanikan diri untuk menukar gewang Smith DD panish. Gewang ini juga teman turut tukar kepada single hook. Balingan pertama teman terus mendapat sambutan lagi. Kali ini teman mengarau dengan lebih laju dan berhati2 supaya mangsa dapat didaratkan. Akhirnya mangsa berjaya didaratkan, tapi tak sebesar mana. Yang membuat teman geram apabila pulang kerumah teman lihat gambar mangsa tersebut tiada didalam telefon teman. Rasanya sudah diambil gambar tersebut.

Matahari telah menegak diatas kepala dan kepanasan sudah terasa. Teman berenti mengilat dan melihat jam sudah hampir pukul 12 tengahari. Teman ambil keputusan untuk pulang kerana teman akan pulang ke Kuala Lumpur pada sebelah petang. Jadi pendapat teman masih banyak lagi Peacock Bass di spot tersebut, kerana teman lihat saudara Rizal sahaja lebih kurang 6-7 ekor Peacock Bass saiz2 idaman didaratkan. Terserlah kehebatannya. Teman akan kembali lagi ke AK ni kerana tak puas hati dengan hasil yang teman dapat pada hari itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...