Followers

Wednesday 13 March 2013

Laporan Trip Peacok Bass 17hb Feb 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog teman. Maaf dah lame tak update blog ni sebab sibuk dengan Audit :). Okey la posting kali ni teman nak kongsi laporan teman ke Air Kuning sehari selepas teman dapat Toman pada entri sebelum ni.

Tarikh: 17 Feb 2013 (Ahad)
Waktu: 7.00 pg hingga 11tghari.
Lokasi: Air Kuning

Teman dengan beberapa orang rakan teman yang lain tiba di lokasi seawal pagi melihat keaddan air yang tenang. Air kelihatan naik sedikit pada hari itu dan kelihatan anak anak ikan bermain dipermukaan air. Teman macam biasa terus set Worm dan ke lokasi tanjung di mini kenyir tersebut. Sesekali teman nampak anak anak ikan bertempiaran lari seperti dikejar pemangsa rakus. Teman ingat ade la mangsa yang sudi membaham soft plastic worm teman, rupenye tiada yang sudi. Hampir sejam juga teman mengilat menggunakan worm tersebut, langsung tiada yang sudi! Teman ambik keputusan untuk beralih ke bahagian lain di mini kenyir tersebut. kawan kawan teman yang lain teman lihat ade juga yang mendapat hasil,bersaiz kasar juga la. Rupa rupanya kawan kawan teman tu rasuah buah sawit, tujuan untk panggil anak anak ikan bermain dikawasan sekitar. Waktu itu banyak Peacock bass akan datang menghendap. Bila nampak sahaja anak ikan dihambat, jangan tunggu lagi terus baling gewang!Pasti akan mendapat sambutan!

Teman rasa hari itu Peacock Bass tak mahu makan Soft Plastic agaknye! Tak boleh jadi macam ni, kawan kawan teman dapat takkan teman nak tengok sahaj! jadi teman tukar gewang teman kepada Popper. Teman bergerak ke satu suak yang tenang berkayu, cuba lah mana tahu ade yang sudi. 2-3 kali balingan dibuat tetapi masih belum yang ade yang sudi, balingan yang keberape ntah teman tak ingat tiba tiba Popper teman disedut dengan rakus. Pemangsa datang dari mana pun teman tak perasan. Apa lagi, teman tak bagi peluang terus ketatkan drag supaya mangsa tidak dapat melarikan diri kebawah kayu kayu yang terdapat dalam air tersebut. Kalau lambat mungkin berputih mata la jawabnye teman. Sebaik sahaje teman berjaya daratkan mangsa tersebut terbeliak mate teman,dah lama tak dapat saiz Peacock Bass yang besar!


Gambar diatas merupakan mangsa teman yang berjaya dijinakkan hehe. Ngam ngam 50cm. Saiz yang boleh dibanggakan bagi pengilat amatur macam teman ni. Rasenya dah bertahun tahun teman tak dapat saiz berskala macam ni :)


Mangsa bergambar bersama dengan gewang Popper kegemaran teman  apa lagi kalau bukan Gary Yamamoto Sugoi Splash!


Teman bersama Nizam,nak jugak die ambil gambar bersama hehe!




Hehe lain lain tu gambar dari posisi yang berlainan, bukan senang nak dapat saiz camni. Ambil gambar banyak banyak simpan buat kenangan untuk dicerita kat anak cucu esok hari!

Selepas itu ubah ke port lain tiada lagi mangsa yang berjaya yang didaratkan. Itu la satu satunya mangsa yang teman dapat pada hari itu. Jadila dari tak ada lansungkan :) 

8 comments:

  1. Slm dr Bumi Kenyalang bro...

    Perghhhhh... Tahniah! Grenti best fight PB tu. Teringin gak nak merasa camna fight PB. Kat Swk nie takde PB (setakat nielah...). Sebenarnya teringin sgt nak cast Large Mouth Bass (LMB), tapi yelah kan takde setakat nie. So paling dekat pun si PB nielah sbg ganti...

    Nak mintak tolong cikit boleh tak bro? Saya nak tahu bpa harga measuring tape cam dlm gambar tu. Kat sine habis dah setiap ceruk kedai pancing saya cari tp tak jumpa. Jika tak keberatan, boleh tolong beli untuk saya? Jualkan 2nd hend kpd saya pun saya terima. Lagipun dunia pancing nie kan bersaudara.... ;p

    Apa2pun semoga sukses hendaknya. TQ

    www.pijanmadinil.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slm bro,

      kalau kena yang saiz 30cm keatas kompom best!LMB tu pun macam mustahil ja nak dapat kat sini bro :)

      Measuring tape saya beli tu dari Korea, rm60++ masa saya beli tu. kalau nak saya belikan boleh,pm saya di facebook.

      Delete
    2. Wkmslm...

      Mengangan-angan nak ke Jepun lak rasanya nak cari LMB (PB pun lom dpt... Piiirahhhh!) Hehehe...

      Ok nanti saya add FB. Pakai nick wanPb gak ke?

      TQ.

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. Nie lagi byk gambar dlm blog tu....

      http://hooktheshooter.blogspot.com/2010/06/hunting-largemouth-bass-of-malaysia.html

      Tu thn 2011... Agak2nya dah besar mana sekarang?

      Delete
  2. Assalam tuan,

    Syiok betul tgk tuan dpt PB. Saye setakat ni baru sekor je dapat didaratkan. Saye selalu casting kat Tasik Prima Puchong. Layan landbase je.

    Actually saye ni baru je join dunia casting ni. So pengalaman memang zero la. Banyak nak kene belajar. Salah satu nyer dengan menziarah blog tuan. Banyak info yang bermanfaat. Apa yang saye nampak, blog tuan memang aktif dan pengkhususan memang banyak pade PB.

    So, ade beberape kemusyikilan nak ditanye. Harap Tuan dapat bantu.

    1. Bila waktu yang sesuai untuk casting PB?
    2. Lure jenis ape yang tuan guna? Adakah mengikut waktu tertentu?
    3. Macam mana nak kenalpasti lubuk/port PB ni melepak?

    Maaf kalo pertanyaan saye ni cam budak darjah 2 :). Untuk pengetahuan tuan. Saye kalo turun casting kat Tasik Prima. Kul 6.30 pagi dah terpacak kat tebing. So bila waktu pagi, nampak macam banyak ikan main kat permukaan (Tak tau ape jenis) so saye pakai popper. Setakat ni tiada hasil. Dalam jam 9.30 pagi camtu dah kurang meriah kat permukaan. Saye tukar lure jenis selaman dalaman atau pertengahan. Dapat la sekor PB. Lebih kurang kul 10.30 pagi saye balik. Itulah rutin casting saye.

    Harap dapat sedikit tunjuk ajar daripade tuan. Terima kasih

    Hasil saye yang sekor tu: http://kailbengkok.blogspot.com/2013/04/casting-peacock-bass-tasik-prima-puchong.html





    ReplyDelete
  3. Salam wan pb... nk tya ckit, leh bgtau port casting pb area ayer kuning yg bleh masuk pakai kete biasa sbb sy xde 4x4 huhu... ada x jln lain nak ke lombong ladang rakyat selain ikut sungai galah... klu dpt bg peta lg best... hr tu ada g ayer kuning nak g lombong ladang rakyat ikut sg. galah tp x jumpa port...sy x pnh sampai d ayer kuning ni... kaki blah sn pon x der..@ ada x port2 lain casting pb yg bleh msk pakai kete biasa je..hehe... sy ada add fb wanpb... mtk approve..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...