Followers

Wednesday, 30 May 2012

Majalah Umpan Edisi Ketiga

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog teman ni. Entri kali ini teman nak kongsi tentang Majalah Umpan Edisi Ketiga yang telah lama berada di pasaran. Apa yang menarik dalam majalah Edisi ketiga ni ye? Jom teman kongsikan bersama pembaca.


Antara isu2 yang menarik dalam edisi kali ini ialah:

1. Mengenal anatomi ikan
2. Cara cara hendak membawa set pancing dalam pesawat
3. Ikan ikan paling seram di dunia
4. 30 jenis gewang paling mujarab mesti dimiliki oleh pengilat
5. Laporan2 dari sahabat lain dalam arena pancing di Malaysia


Topik yang paling menarik minat teman ialah tentang 30 gewang yang mesti dimiliki oleh para pengilat di Malaysia khususnya.  Artikel ini ditulis oleh saudara Amang. Salah satu antara gewang yang mesti dimiliki walaupun susah nak dapat (Rare), ialah gewang kegemaran teman iaitu Gary Yamamoto Sugoi Splash. Memang agak sukar nak dapatkan gewang popper ni. Mujur teman dapat beli semula walaupun pernah hilang sekali dahulu.

Tuesday, 29 May 2012

Laporan Trip Hampala 27 Mei 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera teman ucapkan kepada pembaca blog teman ni. Entri kali ni teman nak cerita mengenai trip teman ke Sungai Bidor. Trip ni teman hanya seorang diri je ada hehe. Kisahnya begini, plan asal teman nak masuk ke Air Kuning bersama sahabat baik teman si Ayoi tu pada hari Ahad, tapi tak kesampaian apabila anak kecil teman tu tidak sihat dan perlu dibawa ke Klinik. Jadi teman batalkan trip teman ke Ak tu. Tapi sahabat teman si Ayoi tu tetap pergi ke Ak bersama seorang lagi sahabat teman yang lain, dia ada datang singgah kat rumah teman seawal pagi untuk meminjam pita ukur teman tu. Lebih kurang pukul 9 pagi lepas balik dari klinik teman tak tau nak buat ape, jadi teman plan nak turun sungai berdekatan dengan rumah teman mencari Hampala (sebarau) untuk mengubat tangan yang gigil ni akibat tak dapat pergi mengilat di AK. Lebih kurang 10 minit dengan menaiki motorsikal cabuk teman tu pun sampai ke lokasi. Spot teman pegi tu boleh masuk dengan motorsikal sahaja dan boleh parking terus dekat gigi air hehe.

Nampaknya air sungai sangat jernih, peluang nak dapatkan sebarau macam cerah bisik hati teman. Tanpa buang masa teman terus pasang gewang popper Sugoi Splash dan terus mengilat. Hampir 10 minit masih sunyi tiada sergapan dari pemangsa sungai ni. Teman tukar pula kepada Jig Ringan jenama Matrix. Jig tersebut teman dah ubahsuai sikit. Lontaran terus dibuat di belakang perdu buluh yang jatuh ke dalam air. Balingan Kedua teman terus mendapat sergapan dari pemangsa. Dari jauh dapat lihat kelibat pemangsa yang kecil tu. Terus teman tarik sampai ke darat hehe.


Gambar pemangsa yang telah tewas dengan Jig yang telah diubahsuai oleh teman ni. Lepas ambil gambar teman terus lepaskan semula ke habiat asalnye.


Teman memang amalkan Tangkap dan Lepas (C&R). Tak kira apa jenis ikan sume teman amalkan CNR baik Peacock Bass mahupun Toman. Tak kira la apa ikan yang hentam gewang teman ni semua temanlepaskan semula hehe.

Lepas tu teman sambung semula mengilat, masih dengan Jig yang sama. Balingan dibuat di spot yang sama teman dapat Hampala juvenil tadi. Tak ingat balingan yang keberapa teman mendapat sergapan kedua pula. Juga hampala juvenil yang menjadi mangsa teman kali ni.


Teman rasa spesimen yang kedua ni besar sedikt sahaja dari teman dapat yang pertama tadi. Juga selepas diambil gambar teman lepaskan semula ke habitat asal. Agak lama teman berada di spot pertama tersebut, lepas itu tiada lagi sambutan daripada pemangsa. Teman buat keputusan untuk beralih ke spot yang kedua. Untuk ke spot kedua tu teman kena meredah sungai tersebut utuk ke seberang. Air Sungai tu tak dalam, hanya setakat lutut teman sahaja hehe. Setiba teman di spot yang kedua teman menukar gewang dari Jig kepada Bassday sugar minnow kegemaran teman tu. Kali ini balingan di buat di perdu kelapa sawit yang tumbang kedalam air sungai tersebut. Beberapa kali balingan teman mendapat sergapan tetapi tidak lekat dengan baik. Rasa dari sergapan tersebut spesimen macam kasar. Jadi teman ambil keputusan untuk menukar dari minnow kepada popper sugoi splash.

Memang menjadi rezeki teman hari itu, teman mendapat sambaran padu dari pemangsa yang menyergap gewang popper teman dari bawah pelepah sawit yang jatuh kedalam sungai tersebut. Pemangsa cuba berlawan dan melarikan diri kebawah batang kelapa sawit namun asakan tersebut ditahan oleh teman dengan mengetatkan drag. Terus teman heret pemangsa ke kawasan lapang dan heret naik ke darat hehe. Takut terlepas punya pasal,bukan senang teman nak dapat naikkan Hampala yang kasar2 ni.


Gambar diatas adalah pemangsa yang berjaya teman tewaskan dengan menggunakan popper Sugoi Splash. Riang hati teman ni tidak terkira. Ini adalah Hampala bersaiz kasar kedua teman dapat di sungai Bidor ni. Selepas bergambar mangsa dilepaskan semula ke dalam sungai. Lepas tu teman kembali sambung mengilat dan masih dengan popper yang sama. Balingan juga dibuat di tempat yang sama teman dapat tadi. Balingan tanpa henti2 teman tu sekali lagi mendapat sergapan kasar dari pemangsa. Terkejut teman kerana sewaktu pemangsa menyergap popper percikkan air berbunyi begitu kuat. Kali ni tali utama teman sedikt keluar ditarik pemangsa, teman ketatkan sedikit drag supaya dapat mengekang larian daripada pemangsa. Menjerit teman keseronokan apabila mangsa menunjukan dirinya, memang besar sedikit dari yang teman dapat sebentar tadi.


Juga dengan gewang Gary Yamamoto Sugoi Splash. Spesimen ini hanya panjang sedikit dari yang teman dapat tadi.


Perbezaan saiz antara pemangsa dengan kaki teman hehe. Lepas bergambar terus dilepaskan semula ke dalam air. Risau teman biarkan mangsa lama2 di atas darat.


Pemangsa dilepaskan semula, harap2 mangsa sudi menyergap gewang teman lagi selepas ini. Itu pun kalau panjang nyawa pemangsa tu hehe. Lepas tu sudah tiada pemangsa yang sudi menjama gewang popper teman tu. Teman ubah spot ke atas sikit dari tempat tadi. Jig yang dilempar ke tepi reba mendapat sambutan dari Hampala juvenil. Ini mangsa yang kelima teman dapat pada hari itu.


Pemangsa tersebut adalah mangsa terakhir teman pada hari itu. Hari sudah hampir masuk tengahari, perut pun dah lapar. Jadi teman ambil keputusan untuk balik sahaja. Walaupun masih belum puas mengilat. Tuntutan perut lebih penting hehe.


Gambar diatas adalah Jig Ringan jenama Matrix yang telah diubahsuai oleh teman. Jig ni dah lama  teman beli dahulu.Tak ingat berapa harganya yang pastinya ianya murah sahaja. Asalnya jig ini hanya ada satu sahaja treble hook. Teman tukar kepada mata kail tunggal dan tambahkan satu lagi dibahagian atasnya.


Gambar diatas ini pula macam biasala, gewang popper kegemaran teman. Gary Yamamoto Sugoi Splash! Terima kasih kepada Mr. Gary & Jig Murahan diatas trip hampala ini hehe.

p/s: Tengahari sahabat teman si Ayoi singgah rumah untuk pulangkan semula pita ukur teman tu. Dia ada tunjuk hasil yang dia dapat di Ak pada hari tersebut. Dia ada dapat saiz idaman pengilat Peacock Bass, iaitu lebih dari 50cm.


 Gambar mangsa yang sahabatt emantu dapat si Ayoi, 53cm. Brapa lama dah temantak merasa saiz2 macam ni. bila la agaknya ye boleh dapat hmmmmmmmmmmmmmm

Thursday, 24 May 2012

Laporan Trip Peacock Bass 20hb Mei 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera teman ucapkan kepada semua pembaca blog teman ni. Entri yang lepas teman ada cerita tentang trip teman ke Air Kuning bersama dengan Bro Rizalman. Entri kali ini teman nak ceritakan tentang trip susulan teman ke Air Kuning bersama sahabat baik teman si Ayoi. Teman ada juga hantar SMS kepada Bro Rizalman tapi beliau tak dapat nak ikut serta kerana ada kenduri yang perlu beliau hadiri. Alkisahnya teman ada hal emergency yang menyebabkan teman terpaksa pulang ke kampung halaman. Hal itu dapat diselesaikan dengan pantas dan teman ada masa terluang pada hari Ahad. Jadi pada hari Sabtu Malam teman telefon si Ayoi untuk mengajaknya masuk ke AK. Dengan dia ni senang, asal takde hal jadi aje hehe.

Kesokan harinya, teman keluar dari rumah jam 7.00 pagi dan terus bergegas ke rumah Ayoi untuk mengambilnya. Selepas isi minyak kereta teman terus pecut ke AK dengan harapan dapat tiba awal ke lokasi. Lebih kurang 7.30pagi kami tiba dilokasi, Kelihatan air sangat tenang diselang seli dengan kocakan air angkara Peacock Bass mengejar mangsa. Belum ada kelibat manusia ataupun bot lain di spot Mini kenyir pagi itu. Teman tak buang masa terus teman pasang gewang minnow menuju ke gigi air untuk memulakan aktiviti mengilat. Hampir 15 minit menghayun rod masih tiada sambutan sehingga terdengar jeritan si Ayoi "Fish On..Fish On" bila Peacock didaratkan adala sebesar tapak tangan teman ni hehe. Jadila sekurang kurangnya dia dah ada lesen tak kumpau. Teman yang masih tak dapat apa lagi ni ubah sedikit spot teman ke tempat yang bayak reba kayu. Masih lagi dengan gewang Smith Panish single hook tu teman terus mengilat. Akhirnya bersambut juga gewang teman. Aksi berlawan dengan mangsa tak sampai 10 saat apabila mangsa berjaya melepaskan diri. Adoiiii..lucut pulak!

Dari jauh teman lihat si Ayoi masih setia di spot yang sama dengan gewang poppernya. Sejurus lepas itu teman dengar si Ayoi teriak lagi "fish On..Fish On..". Teman lihat rod nya sudah lentur habis bergasak dengan Peacock Bass tersebut. Mungkin kasar agaknya Peacock Bass dia dapat kali ini. Tapi nasib tak menyebelahi dia kerana mangsa berjaya membuat pecutan terakhir dan melepaskan diri di saat2 hanya perlu diangkat ke darat sahaja. Hehe apa lagi, sumpah seranah habis keluar dari mulut si Ayoi tu. Teman gelakkan aje la..

Teman pula mencuba nasib dengan cuba menukar gewang minnow kepada popper juga. Harap2 ada la sambaran. Memang nasib teman baik apabila Peacock Bass telah menyambar gewang Popper Sugoi Splas teman tu. Teman tak ambik masa lama berlawan dengan mangsa tersebut, takut lucut lagi hehe. Mangsa sempat juag buat aksi akrobatik beberapa kali di permukaan air. Tapi keputusan berpihak kepada teman apabila teman berjaya mendaratkan mangsa :)



Gambar diatas mangsa yang rakus membaham Popper Gary Yamamoto Sugoi Splash teman. Nasib baik tak dibaham sampai kedalam. Set yang teman gunakan adalah Abu Garcia Revo SX dan rod Seahawk dan tali sulam 12lb jenama apa temanlupa pulak hehe.

Teman lihat jam sudah menunjukan jam 9.00pagi. Matari juga mula menampakkan dirinya. Keadaan sunyi sepi takde lagi hasil dan sambutan dari Peacock Bass untuk saya dan si Ayoi. Walaupun dan bermacam2 jenis gewang dihulur masih sama tiada sambutan. Kalau adapun cuma dikejar oleh Peacock Bass juvenil sebesar 3-4 jari. Jadi si Ayoi ajak teman ubah ke spot yang lain. Kali ini kami menuju ke spot yang kedua iaitu spot tanjung. Memang keadaan di spot kedua ni sudah jauh berbeza dari dulu. Sudah banyak samai menutupi ruang dan air juga surut pada hari itu.

Walaupun begitu spot tersebut tidak memberikan kekecewaan kepada teman dan Ayoi kerana dari atas lagi kami sudah lihat anak2 ikan bertempiaran lari dikeja pemangsa. Bukan sedikit tapi dengan jumlah yang banyak dan kerap. Apa lagi bergegas la teman pasang gewang. Balingan gewang permukaan Megabass Dog X teman tidak bersambut manakala gewang Lucky Craft Wander 60 si Ayoi pula yang mendapat sambutan dan hasilnya..


Keadaan jadi tak tentu arah apabila banyak sangat aksi kejar mengejar yang teman dapat lihat di celah2 samai di spot tersebut. Teman da Ayoi memberanikan diri untuk masuk sedikit kedalam air yang bersamai tersebut. Takut2 jugak, ye la kalau dah bersamai dan berlumpur macam tu haiwan penghisap darah mesti ada punya. Yang tu belakang kira janji dapat mengilat di kawasan yang banyak aksi kejar mengejar tersebut. Balingan gewang Wander Ayoi sekali lagi dapat ragutan ganas dari mangsa di bawah samai. Teman ingatkan angkara si Peacock Bass rupanya kerja Ikan Haruan yang sihat walafiat. Perutnya kembung mungkin penuh dengan anak2 ikan agaknya hehe.


Ikutkan Haruan ini si Ayoi nak bawak balik sebab tak pernah raa lagi ikan haruan yang telah dimasak. Tapi kami tak bawak pulak bekas untuk mengisi ikan jadi terpaksa dilepaskan semula. Lepas teman ambil gambar ini acara mengilat diteruskan semula. Teman masih lagi dengan gewang Megabass Dog X yang asyik dihambur mangsa tapi tidak lekat dengan sempurna. Si Ayoi juga turut menukar gewang Wander nya tadi ke Popper jenama Bassday. Tak berapa lama si Ayoi jugak yang mendapat ragutan dari Peacock Bass. Pada masa yang sama juga teman mendapat ragutan dari mangsa yang menyerang hendap dari bawah samai. Dan hasilnya



Gambar diatas si Ayoi dengan mangsa yang menyambar gewang popper Bassday nya manakala teman dengan Anak toman yang membahan gewang Pensel Megabass Dog x. Selepas teman lepaskan semula anak toman ini kedalam air, teman terlihat sekumpulan anak2 ikan melompat dipermukaan air melarikan dir dari pemangsa. Teman tidak buang masa terus melontar gewang ke permukaan air yang dilitupi oleh samai. Aksi walk the Dog teman tu berjaya mendapat perhatian dari mangsa yang juga menyerang dari bawah samai. Apa lagi "Fish On..Fish On" hehe. Dan Hasilnya juga sama anak Toman dengan gewang Megabass Dog X.


Lepas itu kami asyik mendaratkan anak toman sahaja. Dah malas teman nak ambil gambarnya. Sebab tujuan asal nak cari Peacock Bass. Sudahnya dok layan anak2 toman ni je hehe. Rupanya anak2 ikan yang dikejar tu adalah angkara si anak toman ni la..ingatkan Peacock Bass! Selepas tiada lagi sambutan dari anak2 toman dan Peacock Bass teman pun ajak si Ayoi untuk pulang. Lgipun jam dah pukul 12 tengahari. Alhamdulillah ada juga rezeki tean dan si Ayoi aritu. Apa yang pasti teman akan kembalilagi ke AK lepas ni hehe :)

Monday, 21 May 2012

Laporan Trip Peacock Bass 13hb Mei 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog teman ni. Rasenya dah lama teman tak buat laporan trip teman ni hehe. Maklumla dah lama tak turun mengilat. Laporan kali ni teman nak ceritakan tentang trip Teman Ke Air Kuning pada 12hb Mei yang lepas. Nak dijadikan cerita hari Jumaat sehari sebelum teman nak pulang ke kampung teman mesej saudara Rizalman yang merupakan seorang pengilat tegar Peacock Bass di Air Kuning. Teman dah lama benar tak masuk mengilat di AK ni tetiba terbukak hati nak mengilat di AK dek sebab teman dengar cerita ada jalan boleh masuk Ak dengan menaiki kereta. Teman berjanji dengan saudar Rizal untuk berjumpa di Chenderong Balai kerana Rizal dan kawannya akan datang dari Tanjung Karang.



Keesokan paginya, lebih kurang 6.30 pagi teman dah keluar rumah untuk gerak ke lokasi perjumpaan. Teman tiba di Chenderong Balai lebih kurang Jam 7.05 pagi. Lokasi perjumpaan dari rumah teman di Bidor tak jauh mana lebih kuran 25KM sahaja. Sementara teman tunggu saudara Rizal tiba teman pergi berserapan di kedai2 berhampiran yang terdapat di situ. Pekena nasi lemak dan kopi O memang terbaik la hehe. Jam 8.15 pagi baru saudara Rizal dan konco2 nya muncul. Teman bergerak ke lokasi lebih kurang 8.45 pagi dan tiba di Spot kegemaran iaitu mini kenyir lebih kurang 9.00 pagi. Walaupun sudah 2 tahun teman tak masuk AK ini, namun tak banyak perubahan yang berlaku. Tapi terasa seperti nostalgia teringat zaman bujang dulu yang sering berkunjung ke AK ni.


Gambar diatas adalah spot kegemaran teman. Air surut sedikit waktu teman datang pada hari itu. Masa teman sampai di spot teman lihat sudah ada 4 biji bot sedang berlegar2 dikawasan itu. Rupanya ada yang sudah sampai lebih awal di spot itu. Dalam hati teman harap2 ada lagi Peacock Bass yang sudi baham gewang teman nanti. Tanpa buang masa lagi teman terus mengilat di satu suak dengan menggunakan gewang permukaan. Dari pooper teman tukar kepada gewang pensil. Kemudia tukar popper semula namun tiada yang sudi membaham gewang teman ni. Jadi teman tukar kepada minnow. Semua minnow teman tu dah tukar kepada single hook. Untuk keselamatan supaya peratus gewang untuk sangkut di reba kurang. Lepas tukar kepada gewang minnow baru la teman nampak kelibat gewang mengejar gewang teman. Dari jauh teman lihat sahabat kepada saudara Rizal telah mendaratkan seekor Peacock Bass.Teman juga ada mendapat sambaran selepas itu namun hanya sebentar sahaja aksi berlawan teman dapat rasa apabila mangsa berjaya melepaskan diri. Inilah risiko apabila gewang ditukar kepada single hook. Peratus untuk lucut juga tinngi :)

Teman juga tak dapat2 lagi ni. Agak lama jugak teman menghayun rod teman tu. Tak lama lepas tu teman ubah sedikit lokasi teman tu. Teman ambil risiko dengan memberanikan untuk mengilat di celah2 reba kayu. Tapi guna gewang yang takberapa mahal la hehe. Nampaknya usaha teman tu berbaloi apabila ada yang sudi membaham minnow murahan teman tu.


Jadila walaupun tak sebesar mana. Teman guna gewang ABu Garcia Tormentor 7cm. Peacock Bass tersebut telah selamat di CNR selepas gambar diambil. Di spot yang sama teman dapat  lagi sambaran dari Peacock Bass, namun kali ini daya lawannya agak kuat. Setelah hampir dekat dengan teman, nampak kelibat mangsa yang agak kasar. Dalam hati dah rasa seronok tapi itu la, tak kesampaian apabila mangsa membuat aksi akrobatik di permukaan dan berjaya melepaskan diri. Kecewa lagi hehe.

Teman memberanikan diri untuk menukar gewang Smith DD panish. Gewang ini juga teman turut tukar kepada single hook. Balingan pertama teman terus mendapat sambutan lagi. Kali ini teman mengarau dengan lebih laju dan berhati2 supaya mangsa dapat didaratkan. Akhirnya mangsa berjaya didaratkan, tapi tak sebesar mana. Yang membuat teman geram apabila pulang kerumah teman lihat gambar mangsa tersebut tiada didalam telefon teman. Rasanya sudah diambil gambar tersebut.

Matahari telah menegak diatas kepala dan kepanasan sudah terasa. Teman berenti mengilat dan melihat jam sudah hampir pukul 12 tengahari. Teman ambil keputusan untuk pulang kerana teman akan pulang ke Kuala Lumpur pada sebelah petang. Jadi pendapat teman masih banyak lagi Peacock Bass di spot tersebut, kerana teman lihat saudara Rizal sahaja lebih kurang 6-7 ekor Peacock Bass saiz2 idaman didaratkan. Terserlah kehebatannya. Teman akan kembali lagi ke AK ni kerana tak puas hati dengan hasil yang teman dapat pada hari itu.

Monday, 9 April 2012

Laporan Trip Peacock Bass 24hb Mac 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca2 blog teman ni. Alang2 teman ada masa lapang ni teman ingat nak kongsi sikit la laporan trip teman pada 24hb Mac yang lalu. Alkisahnya teman dapat panggilan dari kawan teman Tok Ngulu Pidoo, menanyakan teman balik ke kampung halaman atau tidak minggu ini. Teman tanya ngape, beliau jawab yang beliau balik kampung mertuanya di Felda Besout minggu itu. Teman pula kebetulan minggu tu ada kenuari sepupu teman, anaknya naik buai cukur jambul. Apa lagi, tok ngulu Pidoo set trip nak layan mengilat ikan Peacock Bass di Temoh. teman kata boleh aje, nanti teman bawakkan kesana.

Sejurus selepas itu teman telefon pula sahabat baik teman, si Ayoi bertanyakan samada dia balik ke kampung tidak minggu itu. Katanya balik, memang ngam la minggu tu. Si Ayoi pulak telefon si Atiq, juga kawan teman yang duduk di Ipoh, ajak turun mengilat sama di Temoh. Lagipun mereka ada urusan jual beli barang untuk dilakukan hehe.

Hari sabtu, teman dapat sms dari Tok ngulu Pido beritahu dia akan bertolak dari Besout pukul 3 bersama abang dan adik iparnya. Teman pula selepas selesai majlis di rumah sepupu teman tu terus teman balik ke rumah siap2 apa yang patut. Pukul 4 tepat si Ayoi datang ambik teman di rumah dan terus ambil si Layne pula, dan terus ke stesen minyak Shell di pekan bidor untuk jemput Tok ngulu Pidoo yang sedang menuggu teman. Lepas isi minyak kereta kami terus ke lokasi biasa di Temoh. Geng PBH pula dah sampai kat Temoh. Sejurus kami turun kereta dalam 5 minit, geng PBH si Atiq dan konco2 nya pula sampai.

Petang tu air sangat tenang, apa lagi siap set mengilat terus mengilat la. Memang nak jadi rezeki petang tu, Peacock Bass tengah galak mengejar gewang. Dalam masa 10 minit sahaja si Ayoi dan Layne telah mendaratkan berbelas2 ekor Peacock Bass. teman yang duduk kat tempat lain tengok angin semacamje hehe. Tak boleh jadi teman ajak tok Ngulu Pidoo ke tempat Ayoi dan Layne mengilat. Sampai giliran kami dah kurang pulak Peacock Bass mengejar gewang. Itupunsempat la teman daratkan sekor dua. Tok ngulu Pidoo plak dapat jugak daratkan sekor.Jadila elak kumpaw hehe.


Peacock Bass pertama teman petang tu, teman guna gewang Popper Gary yamamoto Sugoi splash. Itu pun gewang tak lekat dimulut, matakail terkena dibawah perut ikan Peacock Bass hehe. Set mengilat pulak, teman guna Abu Garcia Revo SX dan rod Seahawk.

Lepas teman CNR ikan yang pertama tadi teman terus mengilat semula, selang 2 minit teman dapat daratkan lagi sekor ikan Peacock Bass.


Juga dengan gewang yang sama, Popper Sugoi Splash :) hehe. Tapi kali ni gewang lekat di mulut ye.


Lepas tu giliran Tok ngulu Pidoo pula daratkan sekor lagi. Tak pasti beliau guna gewang apa masa tu. Sempat tolong snap ambik gambar dia je. Lepas tu terus teman mengilat semula. Maklumla, kalau Peacock Bass tengah galak, jangan lepaskan peluang. Bukan senang nak dapatkan saat2 begini hehe.


Lepas tu teman berjaya dapatkan lagi seekor ikan Peacock Bass, cuma kali ini teman guna gewang minnow pula. Apa lagi kalau bukan Bassday Sugar Minnow :)


Kegigihan tok ngulu Pidoo casting, nak cari saiz Monster katanya. Port ni kalau nasib baik ada la saiz2 monster. Kalau tak dapat yang sedap2 layan pun dah kira bersyukur sangat hehe.

Kat port ini juga si Atiq berjaya daratkan banyak ekor Peacock Bass, tapi teman tak sempat nak snap gambar die. Cuma die je yang ada gambarnya. Begitu juga dengan si Ayoi dan Layne. Gambar semua ada pada mereka.

Lepas tu dah makin kurang pulak Peacock Bass mengejar gewang. Kami buat keputusan untuk pindah port lain yang berhampiran. Sampai sahaja port tu kami lihat ramai dah turun layan dulu. Ada seorang pakcik india layan pakai ikan pin pin, lepas tu belah depan ada dua orang asli juga mungkin pakai umpan udang atau pin pin. Takpalah, rezeki mereka, kami tetap juga mencuba mengilat disitu. Selang 2 minit teman mengilat, terus dapat sekor lagi Peacock Bass, yang ni besar sikit dari yang teman dapat tadi.


Hehe, juga teman guna gewang minnow Bassday tu. Mujarab betul sampaikan tok ngulu Pidoo mintak temanjual gewang ni kepadanya. Ini le ikan terakhir teman petang tu,lepas itu teman tak dapat apa2 sambaran lagi dah. Sama juga dengan yang lain2. Cuma si Atiq je yang tak penat2 mengilat. Saat2 nak balik tu beliau ada mendapat sambaran kasar, memang kuat bunyinya sampai semua yang ada disitu teruja melihatnya. Si tok ngulu pidoo yang dah masuk kereta pun turun balik nak tengok si atiq layan monster. Tapi nasib tak menyebelahi si Atiq dan kami semua apabila Peacock BAss tersebut berjaya melepaskan diri selepas membuat beberapa aksi akrobatik!

Lepas tu semua pun pakat2 kemas dan bernsur pulang. Dah dekat nak Maghrib dan mereka pun ada perjalanan yang jauh lagi untuk sampai kerumah. InsyaAllah kalau diizinkan lagi teman bawak mereka ke tempat lain pula.

Smith DD Panish 65

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Entry kali ni teman nak bagitau yang teman dah dapat semula gewang kegemaran teman. Teman beli dari kawan yang menjual di dalam Facebook. Seronoknye teman rase, bukan ape dulu teman ade seketul gewang ni beli dari Akapiman. Tapi dah karam sangkut dawai dalam lombong :( Sejak tu teman berusaha mencari semula model ini dengankaler yang sama seperti dulu. Gewang ni memang menjadi dimana2 sahaja bila teman guna. Gewang ni kalau baru harganya memang mahal sedikit, maklumlah barang Jepun :)


Kalau tak silap teman warna ni warna trout. Agak2 kalau teman dah nampak nak kumpau aritu teman mesti gunakan gewang ni..kira gewang supersub la ni hehe. Kalau harga dah mahal, mesti la kualiti dia setanding dengan harga dia kan :) Apa apa pun pada teman gewang ni memang terbaik!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...