Followers

Monday 12 September 2011

Kod di Tapak Kaki Reel Abu Garcia..

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera kepada semua. Kali ni teman nak kongsi info tentang satu Kod yang terdapat pada reel2 buatan Abu Garcia. Kod2 ini boleh dilihat di tapak kaki setiap reel keluaran Abu Garcia sahaja. Sebelum ni teman sendiri pun tak tahu ape makna Kod2 tersebut, setelah terjumpa tentang info ini baru ler teman paham maksud kod2 tersebut. Jadi teman kongsi dengan pembaca semua, mungkin ada yang lama telah tahu mengenai kod2 ini.


a = Tahun direka bentuk
Tahun dimana reel ini diperkenalkan di pasaran untuk pertama kali, mesti ditambah dengan 10 tahun. Contoh: Tahun 1997 + 10 tahun = 2007 (07)

b = Nombor Ubahsuai
Jika reel ini telah direka bentuk semula tanpa ada apa2 perubahan, ini akan memberitahu perubahan kepada pembekal alat ganti. Semasa diperkenalkan, no ini mesti mula dengan 00 dan akan berubah kepada 01 atau 02 dan seterusnya.

c = Tahun Pengeluaran
Tahun pengeluaran ini akan berubah setiap tahun. Juga perlu ditambah dengan 10 tahun. Contoh: Tahun 1998 + 10 tahun = 2008 (08)

d = Dihasilkan pada Minggu
Berubah setiap hari isnin mengikut minggu di Swedish.

z = Pernomboran reel Custom
Nombor ini berubah untuk program reel custom Ambassadeur dan digit ini hanya digunakan apabila reel itu adalam reel custom.

P/s: teman tak berapa pasti samada maklumat ini sahih atau sebaliknya..jika ada yang lebih arif tentang Kod2 ini minta kongsi bersama. Dan jika dapat terangkan lebih jelas tentang kod2 ini amatlah dialu alukan.

Terima kasih.

2 comments:

  1. kira betul la tu sebab cedok punya :P

    kod tu mula digunakan tahun 90-an, 80-an tak ingat macam mana kod dia, tapi tahun 70-an abu guna nombor bulan & tahun semasa.
    contoh;
    057604 yang bermaksud bulan may tahun 1976 revision 4

    ReplyDelete
  2. hehe..bukan apa,takut tak betui ja..kot betoi leh kongsi,kot salah aku delete je..

    thanks chairi for info hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...