Followers

Tuesday, 14 February 2012

Abu Garcia Revo SX Oranje

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Kali ini teman nak kongsi cerita sikit pasal Reel mengilat teman yang telah diubahsuai warnanya daripada warna asal. Reel yang teman maksudkan adal Abu Garcia Revo SX yang teman beli pada tahun 2009 pada seseorang. Kira reel tu sekenhen ler hehe. Luaran reel tu nampak dah teruk sedikit dengan kesan calar calar kasar pada badan reel tersebut. Tapi bahagian dalaman masih ok lagi tiada tanda tanda kerosakan berlaku. Teman sempat pakai reel tu dalam setahun sebelum teman ambil keputusan untuk mengecat semula reel tersebut supaya sedap mata memandangnye. Jadi teman buka semua bahagian bahagian yang terdapat pada reel tersebut supaya senang teman nak gosak dan sembur cat nanti.


Gambar diatas adal rangka reel yang telah teman gosok dan sembur dengan cat warna silver ala kadar. Tujuannya supaya teman boleh kesan jika ada permukaan rangka yang teman tak gosok dengan rata. Teman gosok semula tempat tempat yang tidak rata tadi supaya permukaan menjadi sekata dan cantik apabila disembur dengan cat nanti. Langkah langkah ini teman turut lakukan pada bahagian sisi reel tersebut. (Maaf tiada gambar diambil masa ianya dibuat)

Kemudian teman cadang untuk membuat 2 kombinasi warna pada reel tersebut. Pikir punya pikir teman buat kaler oren untuk bahagian sisi badan reel tersebut manakala untuk bahagian rangka teman buat kaler kelabu metalic (star silver).











Gambar gambar adalah reel teman yang telah siap. Bahagian sisi badan dan rangka teman turut sembur dengan warna clear supaya nampak berkilat sikit hehe. Pada teman boleh la walaupun tak sekemas mana. Ikutkan hati teman pada awalnya nak hantar buat "Air Brush" tapi rasa macam tak mampu pulak, jadi buat sendiri je la.

Lagi satu sebenarnya reel ni dah lama siapnya, cuma baru hari ini teman publish. Sebabnya teman nak tunggu "carbon Handle" yang teman order dari USA sampai. Tapi tak sampai sampai lagi sehingga ke hari ini. Mungkin takda rezeki teman la tu. Lepas ni teman nak rasmikan pulak reel ni, tapi tak tahu bila hehe. InsyaAllah jika teman pulang ke kampung dan ada masa terluang pasti teman akan pergi mengilat.

19 comments:

  1. dah jadi macam baru tu hehe..bagus kreatif :P

    ReplyDelete
  2. erk! nk angkat tangan jap, nak bertanye leh...
    mende alah per tu ek huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk..ini reel untuk mancing ikan dik :)

      Delete
  3. teringat masa tolong paksu buat umpan palsu dgn kaler oren cat kuku. hehe..
    tu tali utk bpe kilo punyer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..tali mono 20Lb je saya pakai tu..

      Delete
  4. Replies
    1. MEkasih bang..ambik masa lama jugak nak buat ni..maklum la ari minggu je dapat buat :)

      Delete
  5. errkkk tak tahu pasal pancing ni

    ReplyDelete
  6. oooo...untuk macing ikan...hehehehe

    ReplyDelete
  7. visit back please
    http://andretauladan.blogspot.com/2012/02/bukan-kepala-buntung.html

    ReplyDelete
  8. blogwalking, please visit me back :-) http://aime-law.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. sy rasa awak nih pemancing yang tegar.....bukan semua pemancing rajin dan ada kesungguhan untuk membaik pulih reel atau alatan memancing mereka sendiri. Syabas saya ucapkan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...