Followers

Wednesday 19 September 2012

Laporan Trip Peacock Bass 15hb September 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog teman. Entry kali ini teman nak kongsi sedikit laporan mengilat teman pada sabtu yang lepas. Alkisah teman ada dapat jemputan untuk mengilat Peacock Bass di Tasik Subang Jaya oleh kawan teman. Walaupun dah berkali diajak kesana, namun teman tak berpeluang ke sana. Seawal pagi lagi teman dah tiba di sebuah kedai mamak di subang jaya berhampiran dengan lokasi, kerana disitu tempat pertemuan dan sarapan pagi sebelum memulakan aktiviti mengilat.

Lebih kurang jam 8.30 pagi selepas semua kawan2 teman yang lain tiba dan bersarapan, kami bergerak ke lokasi. Sebaik tiba di lokasi teman lihat sudah ada orang mengilat disana. Ini adalah kali pertama teman sampai ke Tasik Subang Jaya ini atau lebih senang disebut TSJ. Kalau ikut kata kawan teman, di tasik ini ada macam2 spesis seperti toman, sebarau, peacock bass, haruan dan kelisa. Sungguh harmoni tasik ini kerana banyak spesis pemangsa tinggal dalam satu kawasan. Tasik ini juga merupakan tempat beriadah, dimana ramai juga yang datang untuk bersenam dan berjogging.

Teman dan kawan2 terus berjalan mengelilingi tasik mencari spot2 menarik untuk mencari pemangsa. Agak lama juga la teman mengilat tapi masih belum ada sebarang hasil. Matahari sudah mula meninggi dan kepanasan mula terasa. Bermacam2 gewang teman cuba masih belum mampu menarik minat Peacock Bass di TSJ. Kata kawan teman lagi, ikan ikan kat TSJ ni cerdik2 belaka.

Kemudian teman cuba menuikar gewang kepada yang lebih bising sikit supaya dapat menarik perhatian ikan yang bersembunyi di bawah samai2 yang tebal tersebut. Ternyata strategi teman berjaya apabila bunyi bising yang terhasil mampu menarik perhatian pemangsa dan teman berjaya mendaratkan seekor Peacock Bass. Jadi teman dah ada lesen di TSJ hehe :)

                                  

Gambar diatas adalah hasil yang teman dapat, menggunakan gewang Duel Prop. Lagi satu teman berjaya menghayirkan juga reel Daiwa Alphas yang teman baru beli tu :) lepas mengambil gambar teman lepaskan semula pemangsa tersebut ke dalam air.

Selepas dari itu sudah tiada hasil lagi, hari pun dah semakin panas. Jam menunjukkan pukul 10.30 pagi dan teman terpaksa beransur pulang kerana teman nak balik ke kampung halaman teman lagi di Bidor.



12 comments:

  1. thats bassy!!!
    Hi anglers..if you like almost any kind of fishing,especially clear water upper river fishing,feel free to visit our blog at http://www.kakinginti.rumahpanjai.com
    Do follow for latest post.Cheers.
    Regards from Borneo!

    ReplyDelete
  2. assalamualikum ... sya ni baru nk menceburkan diri dalam dunia Kekili Baitcasting "casting" tapi x pandai pilih jenis kekili. yg macam mane untuk orang yg baru belajar... dan harga yg berpatutan.. boleh tuan tolong shor kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,

      Maaf lambat reply sebab sibuk dengan kerja. Dah lama saya tak updat eblog saya ni juga.

      Ok,ni pendapat dan pengalaman saya sahaja. waktu mula2 saya belajar menggunakan kekili baitcasting ni pun saya mencari yang murah2 dan senang digunakan. Masa tu saya pilih untuk membeli kekili jenama Seahawk Bass 103L. Harganya mase tu baru RM150++. Sistem yang terdapat paa reel tersebut pun senang dipraktikkan. Selain itu boleh juga kalau nak yang ada jenama sedikit macam Abu Garcia. Harga lebih kurang jugak dalam RM150++.

      Delete
  3. Salam bro, kalau tak keberatan boleh tak bagi guide mcm mana nak pegi ke port mini kenyir dari air kuning..senang cite dari simpang masuk ke ladang rakyat..dah byk kali round x jumpa jgk la..selalu layan talapia kat kolam itik je..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lambat reply Bro, senang sahaje kalau nak ke spot mini kenyir tu. Kalau dari simpang ladang rakyat tu masuk jumpa pondok pakgad kan..masuk then terus sahaja sampai jumpa simpang tiga ada tali air. Sampai disitu belok ke kanan dan bro terus je sampai habis jalan.nnt bro akan nampak spot tu belah kiri ada banyak kayu2 timbul dipermukaan air.

      Delete
    2. lamo dah den cari ladang rakyat ni kek mano... asik casting kek kg smtd tu yo... ado x gps koordinat nak poie sini? takut sosat lak nanti...

      Delete
    3. Bab2 GPS ni teman tak berapa pandai sgt bro, kalau dari SMTD tu dah dekat dengan simpang nak ke AIr Kuning tu bro. Kalu dari SMTD tu bro terus ke pekan AIr kuning, selepas jumpa tangki Air dekat sebelah kanan akan ada simpang masuk ke sebelah kanan. Bro masuk simpang tu dan terus sahaja sampai jumpa simpang 3 lepas tu belok kiri. Bro akan lalu perkampungan orang asli. dalam 2 kilometer jalan nanti bro akan jumpa signboard ladang rakyat tu. Masuk simpang sebelah kanan sampai jumpa pondok guard ada tempat simpan kelapa sawit.

      Delete
  4. Good info bro.thank u n keep it up.all the best in ur fishing career.

    ReplyDelete
  5. Oo..penah pegi sampai pondok guard tu tapi masa tu pagar tutup. Kiranya dah betul la jalan tu. Thanks bro for the info.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la tu..pagar tu dibuka jam 7 pagi bro ;)

      Delete
  6. salam strike..nk nk bro tanye kt TSJ ni kalau mengilat majlis perbandaran kacau x??itu sahaja..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...