OK, Sebelum ini teman ada tulis posting tentang gewang2 yang berkesan untuk memuru peacock bass. Tapi pendapat itu akan lebih bermakna jika teman sertakan dengan bukti2 yang kukuh dah soheh hehe. Tujuan teman bukanlah nak menunjuk, tetapi berkongsi maklumat dan ilmu untuk para pembaca dan pemancing sebagai rujukan. Bagi yang sampai tahap profesional mungkin dah tahu semua tentang gewang2 ni..sebut je nama mesti cepat tangkap macam mane rupa bentuknya. Jadi teman akan kongsi gambar2 gewang dari simpanan teman dan juga gambar dari kawan2 teman dalam arena hanyir ini..
Lucky Craft Wander
Gewang ini paling senang untuk digunakan dalam memikat spesis ini. Lihat sajalah bukti keberkesanan nya apabila skali 3 peacock bass terjerat dengan gewang ini. Gewang ini agak sedikit mahal tetapi berkualiti. Tetapi ada gewang yang seakan mirip dengan LC Wander ini iaitu Storm Flutterstick. Flutterstick ini jauh lebih murah jika dibandingkan dengan LC Wander dan jugak amat berkesan untuk menjerat Peacock Bass.
Ini adalah gambar Gewang Storm Flutterstick yang teman sebut tu..Ianya mirip LC Wander dan aplikasinya juga sama seperti LC Wander.
Megabass Dog X & Dog X Jr
Gambar diatas adalah sahabat teman dengan Peacock Bass menggunakan Gewang permukaan Keluaran Megabass iaitu Dog-X Jr. Amat berkesan semasa keadaan air tenang dan lenggoknya diatas air mampu memikat spesis ini.
2 Gambar diatas pula ialah Megabass Dog-X milik teman. Warna kegemaran teman bagi gewang jenis ini adalah Moth La Obe & Spook Killer. Ianya sedikit besar dari Dog-X Jr, dan ianya tidak akan mengecewakan jika membelinya walaupun agak mahal.
Soft Plastic
Gambar diatas adalah Milik sahabat teman iaitu saudara Atiqul Fahmi dengan SP Nories.
Ini Pula SP keluaran Gary Yamamoto Model Fall Shaker 5' juga dari sahabat teman Atiq.
Gambar2 diatas adalah dari sahabat teman iaitu saudara Atiqul Fahmi dari Geng PbH di Ipoh. Banyak hasil peacock Bass yang telah terjerat dengan SP2 miliknya. Untuk melihat lebih banyak hasil dengan Soft Plastic ini boleh ke halaman Facebook beliau Atiqul Fahmi
Smith Panish & DD Panish
Gewang jenis minnow ini pula adalah kegemaran teman, jika hampir2 kumpau bila memburu spesisi ini. Kiranya Smith DD Panish ini adalah penyelamat teman daripada kumpau hehe. Amat berkesan dan aksinya didalam air juga menarik. Gewang ini juga agak mahal kerana buatan luar negara dan berkualiti tinggi.
Bassday Sugar Minnow
Bassday Sugar Minnow juga adalah gewang paling teman suka bila memburu spesis ini. Senang digayakan dan pasti berkesan jika kena pada tempatnye. Warnanya yang terang sudah pasti membantu dalam memikat spesis ini. Harganya pula tidak lah terlalu mahal dan pasti mampu dimiliki.
Gary Yamamoto Sugoi Splash
Bagi kategori popper pula ini adalah pilihan teman. Aksi percikan air yang cantik dan mampu mengoda Peacock Bass. Boleh digunakan ketika air tenang ataupun sedikit beralun. Juga gewang mampu milik walaupun buatan dari luar negara iaitu Jepun.
Sesudu Mepps Syclops
Gewang sesudu Mepps Syclop adalah yang termurah dan sangat efektif untuk menjerat peacock Bass. Tak silap teman mase teman beli harganya bawah dari RM10. Warna yang paling teman suka adalah warna yellow & Orange Florouscent.
Daiwa Lazy S
Gewang ini juga seakan mirip LC wander, juga mempunyai aplikasi yang sama cuma warna sahaja yang berlainan. Rasa teman gewang ini lebih mahal daripada LC Wander. Dek kerana keberkesanan dan kualitinya teman gagahkan juga membelinya hehe.
Lucky Craft Bevy Prop
Gewang permukaan yang agak unik pada pandangan mata saya..ianya agak kecil dan mempunyai kipas di bahagian ekornya. Cara menggunakanya pun agak mudah. Ia mampu mengeluarkan bunyi yang agak bising dan menghasilkan buih pada permukaan air dimana akan menarik perhatian sang Peacock Bass.
Saurus Gao Pencil
Gewang pencil yang dibeli daripada website Akapiman ini hanya sempat dipakai beberapa kali sahaja sebelum ianya karam di Air Kuning dikerjakan Peacock Bass. Aksinya lenggoknya juga boleh tahan tapi tidak sehebat Dog-x.
Dairitsu Yellow Magic Popper
Selain Sugoi Splash, ini adalah salah satu koleksi popper milik teman. Rupa bentuknya seaakan Sugoi tetapi aksinya agak berbeza sedikit.
Baby Cima
Gewang minnow ini pasti ramai pengcaster memilikinya kerana harganya amat murah dah juga berkesan. Salah satu warna Baby Cima yang teman ada dan selalu guna. Harganya tidak cecah RM20.
Lucky Craft Gunnish 75
Gewang permukaan saingan Dog-X..aksi lenggoknya di permukaan air juga amat mengujakan sang Peacock Bass. Gewang ini ada banyak saiz dan teman rasa saiz 75cm ini adalah ideal untuk saiz Peacock Bass di Malaysia ini.
Abu Garcia Tormentor Minnow
Salah satu gewang yang mendapat perhatian ramai kerana bentuknya seakan ikan pin pin. Dengan harganya yang murah sudah tentu menjadi keutamaan para pemancing untuk membelinya, kalau tak silap teman harganya dalam RM11. Aksinya juga tidaklah seteruk mana dan teman dah banyak hasil dinaikkan dengan gewang ini.
Evergreen Combat Pencil Jr
Pencil ini juga teman beli di website Akapiman tetapi dah lesap kemana teman sendiri pun tak ingat. Mungkin dah kena jual kot hehe..tak ramai yang ada gewang jenis ini kerana ia adalah buatan luar negara dan agak sukar untuk dapat di Malaysia.
Jackall Mudsucker
Gewang yang agak mahal tetapi berkualiti tinggi. Ianya dicari dan digemari ramai pengcaster handalan di Malaysia dek kerana aksinya yang cantik ketika memburu peacock bass. Kalau nak pakai pun mungkin tempat lapang yang tidak berkayu, untuk elakkan daripada tersangkut. Kalau karam sendiri mau ingat la!
Megabass Lip In Bait
Gewang terawal milik teman, dibeli sekenhen dari Akapiman ini juga telah lama karam sangkut pada kayu2 ketika memburu spesis ini. Hanya gambar ini sahaja sempat diabadikan untuk kenangan teman hehe.
Yo-zuri Pins Minnow
Minnow ini juga mampu dimiliki oleh mana mana caster di Malaysia. Gewang ini juga turut menjadi rebutan dek kerana harganya yang murah dan berkesan.
Lucky Craft Bevy Shad
Gewang keluaran Lucky Craft ini rasanya tidak ramai yang menggunakannya untuk menjerat Peacock Bass. Gambar milik saudara Atiq ini menunjukan bahawa ianya juga mampu menjerat Peacock Bass kalau kena dengan cara penggunaannya.
Hinomiya Pencil
Walaupun pensil ini murah harganya, ianya tetap berkesan untuk spesis ini. Lihat gambar sahabat teman si Ayoi dengan spesimen Peacock yang agak kasar dengan gewang permukaan jenama Hinomiya.
River2Sea Bubble Pop
Satu lagi popper yang agak berkesan, teman mula2 dulu pakai popper ini untuk menjerat Peacock Bass sebelum teman jatuh hati dengan Sugoi & yello magic hehe. Harganya yang murah mampu dimiliki oleh semua orang.
Rasanya dah banyak contoh2 teman tunjuk, tapi Insyaallah teman akan cuba masukkan lebih banyak lagi kerana teman kekurangan sumber untuk dimasukkan dalam posting ini.
P/s:Klik pada gambar untuk besarkan supaya lebih jelas.
menarik!!!
ReplyDeletetapi sampai sekarang aku xpaham2 cara guna flutterstick tu... hehehehehe...
-ipen-
ipen,
ReplyDeleteaku pun tak pernah pakai flutterstick tu..tapi rasenye same je macam wander..
baling,pastu biarkan 4-5 saat pastu karau ikut suka..hehe
wan.. kepala sp tu selalu hgpa dpt mana? susah mau jumpa aaaa....
ReplyDeletekepala SP yang mane satu bang blu mush??rasenya dua2 jenis tu ada kat kepong tackle kalo tak silap saya..
ReplyDeleteYg mcm kat gambaq atiq tu... yg purple SP tu.. Jig head ( betul ke ) tu... dok p kepong selalu jumpa yg nitro tu jer....
ReplyDeletekarau ikut suka... tapi selalu ikan yg xsuka... hahahaha...
ReplyDeletebang bluemush... kat sabah ni lagi la susah nak dapat jighead tu... nitro memang melambak... hehehehehehe...
-ipen-
ooo..yang jenis tu saya tak pasti la bang bluemush, rasenye tak pernah nampak..yg dekat kepong tu lain..tak sama dengan yang atiq pakai tu hee
ReplyDeleteCUN! mana dapat lucky craft punye lure? tak nampak kat kedai kedai pancing di PJ dan KL.
ReplyDeleteBang,.. kalau bole, mintak share tempat tempat ngail peacock.
sy tak pasti di area KL ni ada jual atau tidak lure LC ni..susah nak dapat jugak sebenarnya. Cuba tgk2 kalau ada kawan2 nak tolak kat fb..slalunya diorang bawak masuk sendiri dari luar(import).
DeleteKalau bab tempat nak ngail peacock tu area perak saya tau le, belah2 kl ni tak bnyak tempat yang tau. saya pun tak pernah dapat PB area2 kl ni hehe
Thanks Wan.
DeleteMintak PM email kat aku bole lokasi kat perak. i nie baru je pickup pancing. Kalau ade kordinat lagi best, jika tidak I bole organise trip bawak 3-4 kaki join you hari sabtu.
ni saya punya email, irwan_nurli@yahoo.com. kalau trip hari sabtu susah sikit sebab selalunya saya free hari ahad sahaja. nnt sy pm koordinat untuk spot di perak ni.
Deleteaskum bro..sllu kt perak area mn main PB nie...kdg2 tu ada gak main kt lombong sblh station keretapi batu gajah...kurang sambutan tu...tp bila tgk dlm ayor bosar plak..tu yg geram...klu hr ahad..leh join ke? sye dok lumut...
DeleteSalam Bos,saya selalu ke Air Kuning sahaja hari minggu. Ahad ni saya tak free plak wife ade exam.kena jadi babysitter :)
DeleteSifu, klu pki rapalla skitter pop boleh x? poket kosong neh nak beli gewang baru..keh3..
ReplyDeleteBoleh aje Bro, takde masalah :)
DeleteSalam... saya minta maaf awal2...sbb bwu saya tau kat air tawar malaysia pun ader peacock bass... ingatkan dalam game jer... huhu..jgn marah aaaa...
ReplyDeletesaya nak tanya pot tu kat maner?... harap sudi2 lah kongsi.. macam best jer kat situu... bukan aper dah lama cari pot boleh casting ni... kat kuantan ni kurengg.. sampai ke sg. lembing pun takde...
kalo guna pakai spinner mau x die
ReplyDeletesalam.. bila2 nak g sila2 lah ajak teman.. harap dok kampar je.. x tau port.. baru nak belajar casting.. bc ngan joran x pernah rasa lagi nai ikan.. hehehe..
ReplyDeleteInfo sgt berguna...Terima kasih
ReplyDeleteInfo berguna gambor mantap tapi lebih cantik klu deserta kan ngan lokasi lagi cantik...
ReplyDeleteSalam boss nk tnya maii pakai spoon bole jgk ka? Maaf kita budk bru tlng kongsi ii sikit ilmu ii hehe🤭
ReplyDelete