Followers

Wednesday 2 November 2011

Trip Dolu Dolu: Monster Air Kuning

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Entry kali ni teman nak kongsi lagi gambor trip trip teman sebelum ini. Godek2 kat dalam hard disc komputer lama teman jumpa banyak gambar gambar lama. Salah satu nya trip teman ke Air Kuning pada 11hb Oktober 2009. Masa ni teman masih bujang lagi la dan sangat aktif ke Air Kuning setiap minggu bersama rakan baik teman :)

Trip teman pada hari tersebut menjurus kepada penggunaan gewang permukaan Popper. Walaupun tak banyak hasil yang didaratkan pada hari itu, tapi terbukti juga keberkesanan dan kualiti popper tersebut.




Inilah popper peberet teman sehinggat ke saat ini. Popper Gary Yamamoto Sugoi Splash ini teman beli secara online di website Akapiman dengan harga RM30. Tapi malangnya sekarang popper ini dah karam..dimana kan ku cari ganti sob..sob..

Salah satu mengapa teman suka popper ini adalah kerana aksi nya yang statik dan tidak berterabur. Percikan air nya juga mampu menggiurkan Peacock Bass, walaupun agak mahal tapi dek kerana berkualiti tinggi teman sangat berpuas hati lebih lebih lagi kalau dapat spesimen sebesar ini.


Gambar di bawah ini adalah Peacock Bass kedua teman dapat pada hari itu. Kecil sedikit dan juga menggunakan gewang popper yang sama Sugoi Splash.



Sape sape ade popper ini dan nak jual kepada teman amatlah dialu alukan hehe.
Antara hasil lain yang diperolehi rakan2 teman hari itu juga amat memberansangkan. Peacock monster dan tidak pasti dapat menggunakan gewang jenis apa. 


Lihatlah latar belakang port yang berkayu di dalam air, ia merupakan tempat Peacock Bass bermastautin. Jika kena pada hari dan keadaan airnya pasti tidak mengecewakan!


Rakan saya nizam juga tidak ketinggalan mendaratkan seekor Peacock Bass pada hari itu dengan gewang permukaan River2sea Rover. Saiz yang juga boleh mengujakan siapa yang mendapatnya :)
Waktu yang paling sesuai dan efektif untuk mengilat di air kuning ketika itu adalah waktu pagi ketika airnya sangat tenang. Jika bernasib baik dapat lihat anak seluang dikejar Peacock bass di permukaan air!

1 comment:

  1. fuhhh... bila la nak dapat saiz macam tu...
    sini dah ada PB... dan aku dah ada lesen flutterstick... kehkehkeh...

    -ipen-

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...