Followers

Tuesday, 14 February 2012

Abu Garcia Revo SX Oranje

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Kali ini teman nak kongsi cerita sikit pasal Reel mengilat teman yang telah diubahsuai warnanya daripada warna asal. Reel yang teman maksudkan adal Abu Garcia Revo SX yang teman beli pada tahun 2009 pada seseorang. Kira reel tu sekenhen ler hehe. Luaran reel tu nampak dah teruk sedikit dengan kesan calar calar kasar pada badan reel tersebut. Tapi bahagian dalaman masih ok lagi tiada tanda tanda kerosakan berlaku. Teman sempat pakai reel tu dalam setahun sebelum teman ambil keputusan untuk mengecat semula reel tersebut supaya sedap mata memandangnye. Jadi teman buka semua bahagian bahagian yang terdapat pada reel tersebut supaya senang teman nak gosak dan sembur cat nanti.


Gambar diatas adal rangka reel yang telah teman gosok dan sembur dengan cat warna silver ala kadar. Tujuannya supaya teman boleh kesan jika ada permukaan rangka yang teman tak gosok dengan rata. Teman gosok semula tempat tempat yang tidak rata tadi supaya permukaan menjadi sekata dan cantik apabila disembur dengan cat nanti. Langkah langkah ini teman turut lakukan pada bahagian sisi reel tersebut. (Maaf tiada gambar diambil masa ianya dibuat)

Kemudian teman cadang untuk membuat 2 kombinasi warna pada reel tersebut. Pikir punya pikir teman buat kaler oren untuk bahagian sisi badan reel tersebut manakala untuk bahagian rangka teman buat kaler kelabu metalic (star silver).











Gambar gambar adalah reel teman yang telah siap. Bahagian sisi badan dan rangka teman turut sembur dengan warna clear supaya nampak berkilat sikit hehe. Pada teman boleh la walaupun tak sekemas mana. Ikutkan hati teman pada awalnya nak hantar buat "Air Brush" tapi rasa macam tak mampu pulak, jadi buat sendiri je la.

Lagi satu sebenarnya reel ni dah lama siapnya, cuma baru hari ini teman publish. Sebabnya teman nak tunggu "carbon Handle" yang teman order dari USA sampai. Tapi tak sampai sampai lagi sehingga ke hari ini. Mungkin takda rezeki teman la tu. Lepas ni teman nak rasmikan pulak reel ni, tapi tak tahu bila hehe. InsyaAllah jika teman pulang ke kampung dan ada masa terluang pasti teman akan pergi mengilat.

Wednesday, 8 February 2012

Majalah Umpan Edisi Kedua

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca setia blog teman ini. Takde ape ape cerita teman nak kongsi pada entry kali ini kerana cuti yang panjang minggu lepas teman kumpau bersama kawan baik teman. Teman nak kongsi sedikit tentang Majalah Umpan yang teman baru beli ini walaupun dah lama keluar di pasaran. Semakin banyak info info menarik dalam majalah ini setelah beberapa kesilapan telah diperbaiki oleh pihak majalah.


Antara kandungan yang menarik dalam majalah ini ialah:
1) Teknik teknik dan umpan umpan yangterbaik untuk mengilat haruan.
2) Info mengenai anatomi ikan
3) Spesis spesis ikan marin tercantik di dunia.
4) Laporan laporan dari sahabat lain dalam arena pancing di Malaysia.
5) Info tentang aksesori aksesori yang wajib dibeli oleh kaki pancing.

Banyak lagi info info yang ada di dalam majalah Umpan edisi ke-2 ini. Bagi yang belum dapatkan, boleh dapatkan segera :)

Tuesday, 17 January 2012

Laporan Trip Peacock Bass 15hb Januari 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca dan kawan2. Teman nak cerita sedikit tentang trip pertama teman pada tahun 2012 pada 15hb Januari hari itu. Teman pulang ke kampung halaman teman di Bidor pada hari sabtu petang tetapi tidak ada trip yang dijalankan. Namun teman ada merancang trip keesokkan harinya bersama sahabat teman si Ayoi untuk mengilat sebarau di Sungai Bidor. Tapi apakan daya, pada sebelah pagi hujan turun dengan lebat menyebabkan air sungai menjadi keruh dan kotor. Niat untuk mengilat sebarau terpaksa kami batalkan. Kami tukar rancangan untuk mengilat Peacock Bass sekitar Temoh sahaja kerana masa pun dah lewat. Kami bergerak dari Bidor pun dah pukul 10 pagi. Teman dan sahabat teman pergi ke tempat biasa kami pergi di Temoh. Tapi keadaan air kat lokasi pertama kami agak berlainan kerana airnya telah bertukar menjadi hijau tidak seperti sebelum ini. Namun kami tetap untuk cuba mengilat, mana la t ahu kot2 ada juga hasil. Hampir 15 minit mengilat baru la ada ragutan daripada sang Peacock, itu pun sahabat teman yang dapat. Hasil yang sahabat teman agak kasae juga dimana panjangnya mencecah sehingga 35cm.


Hasil sahabat teman, warna spesimen yang sangat menyerlah. Set yang sahabat teman juga terbaik :)

Teman jugak la yang dok terkial2 mengilat masih tak dapat apa2 ragutan dari Peacock Bass. Jadi teman ambil keputusan untuk mencuba gewang baru yang teman beli seperti teman cerita pada entri sebelum ini iaitu gewang pensil unpainted. Tak lama lepas itu baru le teman dapat hasilnya, tapi cuma dapat Peacock juvenil sahaja hehe.


Gambar diatas adalah Peacock Bass pertama teman pada hari itu. Lepas itu teman dan sahabat teman dah tak dapat apa2 ragutan daripada sang Peacock lagi. Jadi keputusan diambil untuk pergi ke lokasi yang lain.

Setiba di lokasi kedua cuaca sudah semakin panas. Topi pulak teman lupa nak bawak jadi tahan je la. Di lokasi kedua juga air lombong nya tak berapa nak cantik kerana sedikit keruh. Ini kerana ada aliran air yang masuk ke lombong tersebut. Tapi kami tetap cuba juga. Di lokasi kedua ini teman mendapat ragutan pertama daripada Peacock Bass dengan menggunakan gewang Bassday Sugar Minnow.


Hasil kedua teman ini juga bersaiz juvenil lagi. Saiz saiz ini banyak di lokasi tersebut dan aktif mengejar gewang. Teman menukar semula gewang yang teman gunakan mula2 tadi iaitu pensil unpainted. Selang 5 minit selepas itu pensil teman itu diragut oleh sang Peacock, kali ini kasar sedikit hasilnya.


Hasil teman di lokasi kedua dengan menggunakan pensil unpainted yang dibeli dari China.

Lepas dari itu kami dah tak dapat apa2 lagi dan memandangkan matahari pula sudah semakin memanaskan tubuh kami, kami ambil keputusan untuk pulang sahaja. Lagipun teman akan bertolak pulang ke Kuala Lumpur selepas itu. Lepas ini ada banyak cuti panjang sedikit, boleh cuba lagi nanti. Sekian sedikit laporan dari saya :)

Monday, 16 January 2012

Review: Gewang Pensil Unpainted

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Entri teman pada kali ini adalah mengenai gewang baru yang teman beli tak lain tak bukan mestilah di Ebay hehe. Cuma kali ini gewang yang teman beli ini unik sedikit dimana ia tidak berjenama dan bercorak. Gewang permukaan pensil unpainted yang dikeluarkan di China ini teman beli dengan harga yang sangat murah iaitu RM16 untuk 5 ketul. Ia tidak disertakan sekali bersama hook dan mata ikan. Ada banyak jenis gewang unpainted ini seperti minnow, crankbait dan macam2 lagi. Tapi teman cuma beli jenis pensil sahaja.


Apabila teman belek2 gewang ini baru teman tau kenapa ia dijual dengan harga yang murah, ini kerana ada sedikit cacat cela yang terdapat pada gewang2 tersebut. Tetapi tidaklah sampai tidak boleh digunakan. Lepas itu teman terus ke kedai pancing yang berdekatan dengan rumah teman untuk membeli Treble hook dan split ring untuk dipasang pada gewang2 tersebut. Kalau diikutkan kita boleh cantikkan gewang tersebut dengan mengecat warna2 kegemaran atau yang dirasakan berpotensi. Tapi teman lebih suka kalau dibiarkan kosong begitu sahaja. Dibawah ini teman cerita sedikit spesifikasi gewang tersebut:


Spesifikasi gewang:

Jenis   : Floating (gewang permukaan)
Panjang: 70mm
Berat   : 3.5gram
Hook   : Tidak disertakan
Harga  : RM16 (untuk 5 biji dan termasuk shipping dari China)


Gambar gewang dari sisi lain.


Gambar gewang dari sisi hadapan.

Untuk pengetahuan pembaca semua, teman telah menguji kebolehan dan keberkesanan gewang ini untuk menjerat Peacock Bass. Hasilnya setakat ini boleh dikatakan memberansangkan kerana teman sempat menguji hanya 2 jam sahaja. Lenggokkan nya juga amat cantik ketika membuat aksi 'walk the dog'. Selain itu ia juga mengeluarkan bunyi yang sangat kuat kerana terdapat bearing yang sederhana besar di dalamnya. Boleh didengar dari jauh. Dibawah teman sertakan gambar kejayaan teman menjeratkan Peacock Bass dengan menggunakan gewang ini:




Rating saya untuk gewang ini:

Aksi    : 9/10
Warna : 0/10
Harga  : 10/10
Kualiti : 7/10
 
Untuk sahabat sahabat yang ingin membeli gewang ini di Ebay boleh mencari dengan menaip 'Unpainted lure'.

Saturday, 7 January 2012

Edisi Tak Terduga.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Entry kali ni teman nak cerita pasal satu aktiviti pancingan teman yang tak dijangka. Alkisahnya pada cuti krismas yang lepas family wife teman ada buat family day kat Sepang. Di sana kami menginap disebuah rumah milik pakcik wife teman di Taman Sepang Putra. Di  belakang rumah pakcik wife teman tu ada sebuat tasik buatan dimana airnya masuk melalui muara laut. Pernah teman bersembang dengan penduduk tempatan yang datang memancing disitu, dan katanya di tasik itu ada macam2 spesis seperti siakap, ikan susu dan lain2. Cuma pada kali ini teman sendiri nak cuba mengilat di tasik itu mana tau kot2 dapat naik ikan siakap hehe. Tapi malangnya set mengilat tertinggal di kampung. Cuma yang ada hanyalah set mengilat spinning teman yang dah berabuk lama tidak digunakan. Boleh lah daripada takde. Lagi satu teman lupa yang gewang teman turut sama tertinggal dikampung, aduhhhhhh macam mana nak mengilat macam ni kalau gewang pun takde? Jadi di pekan Sepang teman cari kedai yang menjual alatan pancing, nasib baik ada. Jadi teman beli ler serba sedikit gewang, tali dan snap yang murah2.


Modal untuk beli barang barang diatas tak sampai pun RM30. Teman beli sebiji gewang minnow, sebiji gewang pensil dan sebiji popper.

Punya la teman bersemangat dan berharap dapat mendaratkan siakap pada hai itu. Tanpa membuang masa teman terus ke tasik belakang rumah tersebut untuk mengilat. Balingan pertama teman menggunakan gewang minnow terus mendapat sambutan tetapi sentapan tidak kuat atau kasar. Punya la teman seronok ingatkan dah dapat ikan siakap pertama walaupun kecil. Rupa rupanya bukan ikan siakap yang teman dapat tetapi ikan lain iaitu ikan Flower Horn. Nak tergelak pun ade dibuatnya hehe. Tapi ini kira rekod baru teman juga la..kali pertama dapat ikan Flower Horn dengan mengilat menggunakan gewang.


Hehe..ikan Flower Horn yang tidak sebesar mana. Jadila dari takde dapat lansung kan. Itu la ikan pertama dan terakhir teman dapat pada hari itu. Lepas tu teman dah tak dapat apa2 lagi. Jenuh pusing keliling tasik tapi hampa tiada sambaran daripada penghuni tasik. Mungkin ikan disini culas dengan gewang kot. Sebab ramai yang datang memancing bawan umpan hidup seperti ikan pinpin, udang dan cacing.

Tuesday, 3 January 2012

Selamat Tahun 2012


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Disini teman nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua pembaca blog teman ni. Teman berharap tahun 2012 ni akan beroleh hasil yang lebih lumayan lagi serta memperbaharui rekod rekod peribasi teman.

p/s: Lesen tahun 2012 teman belum ada lagi hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...